Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor 2009 – 2010 mengangkat sumpah

9 07 2009

Kuala Selangor, 9 Jul : Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) daripada PAS Tanjong Karang untuk sesi 2009 – 2010 telah mengangkat sumpah bertempat di  Tingkat 1 Majlis Daerah Kuala Selangor.

Ahli-ahli MDKS daripada PAS Tanjong Karang yang baru ialah Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman. Manakala Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, kekal untuk penggal kedua.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Azahari bin Sairin, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor. Seterusnya Majlis Angkat Sumpah Ahli – Ahli Majlis yang baru diadakan dan diteruskan dengan perutusan Yang Dipertua, Haji Haris b Kasim.

Lain-lain ahli MDKS yang turut mengangkat sumpah ialah, Rosham Mohamad, Haji Shahruddin Dahlan, Haji Hairi @ Maruji Darmo, Dato’ Mohamad Yaakub Haji Ismail, Low Tan, Lim Piang Nam dan Pua Lai Bee.

Selain itu, Kwi Ai Mei, Azli Idris, Yak Kee Thian, Thirumoorthy A/L Periasamy, Selvandran A/L Pongudian, Ang Boon Teik, Mohd Faizal Baharuddin, Steven A/L Arulappan dan Zainal Abidin  Abdul Samad.

Turut menggangkat sumpah ialah, Haji Abdol Raman  Moharom, Dr Raken A/L Matimuthu, Lakshmanan A/L Subramoniam, Navaratna Chandreen dan Faridah Abd Rahman

Advertisements