Briged Kebajikan DUN Sungai Burong anjur kejohanan Sepaktakraw

27 08 2008

Tanjong Karang                 :               Sukan merupakan sebahagian daripada Ibadat dalam Islam, kerana Islam menekankan betapa pentingnya manusia menjaga kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT. Tetapi selama ini kefahaman kita hanya sembahyang dan amalan-amalan agama yang lain hanya dikira sebagai ibadah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan DUN Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, sewaktu merasmikan pembukaan Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Jemputan Antara Regu Tahun 2008 di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang.

Beliau juga mengalu-alukan program yang telah dianjurkan oleh Unit Sukan dan Kebudayaan Briged Kebajikan DUN Sungai Burong dengan Kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong. Dan menghrapkan agar kejohanan-kejohanan seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Kejohanan Sepaktakraw Tertutup yang buat julung-julung kalinya diadakan nini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakaan daripada pemuda-pemuda Khususnya di DUN Sungai Burong. Selain itu, kejohanan ini juga telah disertai oleh regu daripada Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Menurut Pengarah Program, Mohd Sofian Mohd Khalil, seramai 25 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini, dengan penyertaan seramai 3 regu dari Sabak Bernam dan 2 regu daripada Sungai Besar, selebihnya adalah daripada Tanjong Karang.

Dengan sambutan yang sangat menggalakkan ini, program-program seumpama ini akan dianjurkan lagi pada masa-masa akan datang dengan perancangan yang lebih teratur dan masa yang sesuai, katanya lagi.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Team Wawasan dari Sungai Burong dan Tempat Kedua dimenangi oleh team Rela. Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, telah sudi menutup kejohanan sepaktakraw tersebut dan telah memberikan hadiah kepada pemenang.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Team Wawasan daripada DUN Sungai Burong manakala tempat kedua telah disandang oleh Team Rela.





Pengorbanan guru PASTI perlu diberi perhatian

10 08 2008

Tanjong Karang                 : Peranan dan tanggungjawab guru-guru PASTI dalam mendidik anak-anak cukup mencabar di era globalisasi sekarang. Oleh yang demikian, jasa dan pengorbanan mereka perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutama dari sudut elaun yang diterima oleg guru-guru PASTI pada masa sekarang, kata Mohd Rashdi Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong, sewaktu berucap merasmikan Ihtifal PASTI Negeri Selangor di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang.

Satu mekanisma perlu dicari  bagi membantu PASTI terutama guru-guru yang selama ini telah berjaya mendidik anak-anak kita sejak sekian lama. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, saya mencadangkan supaya Pengerusi Jawatankuasa Tatap, Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, perlu mengambil perhatian yang serius, katanya.

Ihtifal PASTI Negeri Selangor tahun 2008 disertai oleh 17 daripada 22 PASTI Kawasan seluruh Negeri Selangor. Seramai 310 pelajar PASTI telah menyertai Ihtifal yang julung-julung kalinya diadakan di Tanjung Karang. Sebanyak yang 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Nasyid, Sajak, Bercerita, Pidato Azan & Khutbah.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Timbalan YDP, Ustaz Abd Ghani Samsudin, Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Haji Abd Rahman Bujang dan AJK PAS Kawasan, Sheikh Daud Maidin.





Kerajaan Negeri Selangor Tunai Janji Pilihanray

8 08 2008

Taman Seri Damai           :  Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan  janji yang dibuat semasa pilihanraya umum yang lepas kepada rakyat secara berperingkat-peringkat. Semua ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan kos sara hidup sekarang, kata Pengarah Jawatankuasan Pengurusan DUN Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman.

Sebagai langkah awal Kerajaan Negeri telah memberikan 20 meterpadu air secara percuma bermula bulan lalu. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memberikan RM1000.00 kepada pelajar yang dapat menyambung pengajian di Universiti.

Warga emas di negeri Selangor juga bakal dicarum ke dalam Takaful dan perubatan percuma bermula bulan Oktober nanti. Manakala kanak-kanak yang baru lahir pula akan dimasukkan kedalam Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang akan berkuatkuasa 31 Ogos tahun ini, ujarnya lagi.

Beliau juga menyeru agar rakyat memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang memerintah sekarang kerana banyak kebaikan yang diberikan kepada rakyat berbanding kerajaan BN yang memerintah sebelum ini.

Mohd Rashdi berkata demikian ketika berucap di Balai Raya Taman Damai sempena penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal di sekitar Taman Seri Damai dan Kampong Tok Adam seramai 120 orang.

Antara yang hadir ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Saad Ibrahim, Haji Abd Rahman Bujang, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, Mohd Faizal Mohd Barja, Norshidah Abd Samat dan wakil-wakil daripada PKR Bahagian Tanjong Karang.





PKM beri sumbangan kepada warga emas

7 08 2008

Parit 4   : Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN Sungai Burong, Mohd Rashdi Deraman, telah meluangkan masa melawat seorang warga emas yang uzur, Haji Ramli Kadir, 88, di rumahnya di Kmapong Parit 4 Dalam.

Ramli merupakan Veteran PAS Kawasan Tanjong Karang dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan selama lebih 20 tahun juga merupakan pengedar akhbar Harakah disekitar kampongnya.

Beliau yang tinggal bersama keluarga mengalami sakit kedua-dua belah lututnya menyebab dia tidak dapat berjalan dengan baik dan memandu motorsikal.

Di dalam lawatan tersebut Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong turut memberikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada beliau.

Turut serta di dalam lawatan tersebut ialah kakitangan PKM dan Anggota Briged Kebajikan DUN Sungai Burong





Kerajaan Negeri bela masyarakat tanpa mengira kaum

7 08 2008

Parit 4   : Prihatin dengan menderitaan terhadap Ibu Tunggal dari masyakat India, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong telah menyampaikan sumbangan kepada golongan tersebut di Balairaya Gandiji Parit 4.

Seramai lebih 40 orang Ibu Tunggal dari kaum India telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan DUN Sungai Burong, Mohd Rushdi Deraman.

Di dalam ucapannya, Mohd Rashdi, berkata, Kerajaan Negeri Selangor yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Dengan pemberian sumbangan kepada Ibu Tunggal dari masyarakat India ini membuktikan kerajaan negeri benar-benar prihatin dan mengambil berat masalah rakyat dari semua lapisan, katanya lagi.

Oleh itu beliau menyeru supaya semua kaum memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang ada pada hari ini terutama di dalam pilihanraya umum akan datang.