Surat Cinta Dari Penjara Dapat Bidaan Tertinggi

29 09 2012

Surat cinta dari penjara mendapat bidaan tertinggi RM50,000

Shah Alam, 28 Sep    :    Surat cinta dari penjara yang ditulis oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar  Ibrahim kepada isterinya, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail semasa dalam penjara telah mendapat bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM50,000 daripada orang ramai yang menghadiri majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Stadium Tertutuap Malawati Shah Alam.

Manakala lukisan daripada pelukis reformasi, Zunar, telah dibida dengan harga RM30,000, Pen milik Ketua

Tuan Guru Abd Hadi menyerahkan koleksi peribadi beliau kepada pembida dengan bidaan RM17,000

Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang digunakan untuk menulis semasa beliau dipenjara satu ketika dulu dibida dengan harga RM23,000.

Gambar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, yang diambil semasa beliau ke laut beserta topi yang selalu digunakan semasa turun ke laut dibida dengan harga RM17,000. Gambar milik Bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Hussein Ali, semasa memperolehi Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya yang diambil pada tahun 1951 pula dibida dengan harga RM15,000.

Sementara itu gambar terbaru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Azi

Husam Musa mewakili Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan koleksi barang pribadi milik Mursyidul Am PAS

z Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan beserta tongkat yang

selalu beliau gunakan dan gambar milik Pegerusi DAP, Karpal Sing yang bertajuk “Sing Is Kinng” masing-masing dibida dengan harga RM12,000.

Plak dan gambar milik Bekas Presiden PAS, Allahyaram Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, yang diterima daripada PAS Kawasan di Melaka dibida dengan harga RM11,000 dan teady bear kesayangan Pengerusi DAP Selangor, Teressa Kok, yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor dibida dengan harga RM10,000.

Jumlah kutipan melalui lelongan barang kesayangan milik pemimpin PR tersebut berjumlah RM182,000 tersebut akan digunakan sebagai dana untuk Tabung Impian Rakyat.

 

 

 





Anwar Jemput Najib Dengar Ucapan Perbahasannya Isnin Ini

29 09 2012

Shah Alam, 28 Sep    :    Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, di Parlimen hari ini, adalah bajet untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR).

Bajet tersebut juga bertentangan dengan dengan konsep “wasatiyah” (sederhana) yang dilaung-laungkan oleh Najib dan bertentangan dengan Islam. Jika mereka benar-benar mengamalkan konsep Wasatiyah, sepatutnya seluruh rakyat menikmati hasilnya bukan hanya dinikmati oleh adik beradik dan kroni mereka yang diutamakan, tetapi rakyat hanya digula-gulakan dengan pemberian BR1M, katanya lagi sewaktu berucap di majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR juga menjemput Najib untuk mendengar ucapan perbahsannya pada hari Isnin ini untuk menjawab balik tohmahan yang dilemparkan terhadap PR di dalam ucapan bajetnya jika beliau benar-benar berwibawa bukan hanya berani bersuara di media tetapi takut untuk berdebat.

Sementara itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkata memegang jawatan dalam pentadbiran Negara bukan untuk mengumpulkan kekayaan untuk anak beranak dan ahli keluarga, tetapi ianya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat.

Negara mempunyai banyak sumber asli yang boleh digunakan untuk rakyat, sepatutnya rakyat menikmati hasil kekayaan Negara bukan hanya dinikmati oleh segelintir rakyat yang kaya semata-mata, katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Seperti sumber air, katanya, ia adalah merupakan hak bersama dan tidak boleh digunakan untuk diniagakan bagi mengaut keuntungan untuk sesetengah pihak, katanya lagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula berkata, Fitnah digunakan oleh Umno dan Bn sebagai senjata terakhir untuk menarik sokongan rakyat setelah beberapa usaha yang mereka lalukan gagal untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka.

Kes terbaru ialah melibatkan Speaker DUN Pulai Pinang, Dato’ Abdul Halim Hussein, yang difitnah oleh Umno dan media pro-kerajaan kononnya beliau mempunyai kepentingan dalam projek taman tema yang laksanakan oleh kerajaan negeri di Teluk Bahang, katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mereka juga mendakwa jika PR mentadbir putrajaya Negara akan bangkrup sedangkan apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya terutamanya prestasi yang ditunjukkan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh PR seperti Pualu Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, adalah jauh lebih baik berbanding negeri yang ditadbir oleh Bn, sebagaimana yang dilaporkan oleh Audit Negara, katanya lagi.

 

 

 





Makan Malam Bersama Pimpinan PR Berjaya Kumpul Dana Untuk PRU

29 09 2012

Antara pimpinan PR yang hadir di majlis makan malam perdana

Shah Alam, 28 Sep    :    Majlis Makan Malam Perdana bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi mengadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang telah berjaya mencapai sasarannya.

Dengan kehadiran tokoh-tokoh utama dalam PR  seperti Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji

Wan Azizah membacakan surat cinta Anwar semasa di dalam penjara

Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara acara yang menarik dalam program tersebut ialah lelongan barangan pribadi milik pemimpin PR yang dibida untuk disumbangkan sebagai dana untuk PRU ke-13 akan datang yang Berjaya

Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo, dan pimpinan PAS Kawasan antara yang turut hadir

mengumpulkan sumbangan sebangal RM182,000. Diikuti

dengan ucapan daripada pemimpin tertinggi PR.

Kutipan derma daripada orang ramai turut diadakan dan Berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM19,000 selain daripada sumbangan orang ramai melalui jualan meja.

Sementara itu, antara pimpinan PR yang turut hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sing, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan-Timbalan Presiden/ Pengerusi PAS, PKR dan DAP, Haji Mohamad Sabu, Azmin Ali dan Dr Tan Seng Giaw, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim dan ramai lagi.

 

 

 





Peserta Dari Klang Juara GP Selangor 2012

24 09 2012

Ban Canal, 23 Sep    :     Pertandingan GP Selangor 2012 yang diadakan di Ban Canal Sungai Sireh telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang datang dari seluruh Negara untuk menyertai pertandingan tersebut, yang disertai oleh seramai 1,350 orang.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama daripada Manjali Event Management tersebut menawarkan hadiah sebanyak RM45,000 bagi tempat pertama, manakala tempat kedua sebanyak RM15,000 dan RM7,000 bagi tempat ketiga berserta hamper.

Program tersebut telah dirasmikan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari. Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1, Jumasri Jumin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ampangan, Hamidon Salim.

Bagi tempat pertama dan kedua peserta daripada Klang telah berjaya mendapat tempat tersebut apabila Berjaya mendapat ikan seberat 2.6 kg dan 2.4 kg. Manakala tempat ketiga jatuh daripada peserta dari Sungai Sireh.

Selain wang tunai, pihak penganjur turut menyediakan cabutan bertuah sebanyak 4 biji berupa  TV Plasma 24” , wang saguhati dan 500 t-shirt bagi yang mendaftar awal.

 

 

 





Walimatul Urus Anak Sulong Timbalan YDP PAS Tanjong Karang

24 09 2012

Batu 12, 23 Sep        :    Majlis perkahwinan anak Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman  yang diadakan dirumahnya  di Batu 12 Sungai Burong berlangsung dengan suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran daripada orang ramai dan pimpinan masyarakat.

Mohd Taqiuddin, 24, diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya Hasliana Mat Deris, pada 31 Mei lalu di Machang Kelantan. Taqiuddin merupakan anak sulong daripada tiga orang adik beradik kepada Mohd Rashdi dan Ustazah Siti Alpiah Kayun.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong Kelantan, Zulkifli Mamat yang turut memberikan ceramah isu semasa pada hari sabtu malamnya.

Bagi pihak ahli keluarga, beliau mengucapkan  terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan majlis walimatul urus anaknya.

Manakala PAS Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai semoga berbahagia dari dunia sehingga ke akhirat.

 

 

 





Kanak-kanak Pula Terima Jom Shopping Bonus Selangorku

23 09 2012

Mohamad Judi sedang beramah mesra dengan peserta

Tanjong Karang, 22 Sep    :    Kerajaan Negeri Selangor terus melaksanakan pelbagai program sebagai salah satu usaha bagi merealisasikan slogan kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) benar-benar mencapai matlamat dan sasarannya, Kata Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN Sungai Burong), Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Justeru itu, katanya, Kerajaan Negeri sekali lagi memperkenalkan program dibawah MES  iaitu melalui program “Jom Shopping Bonus Selangorku” bagi anak-anak negeri Selangor yang telah mendaftar dibawah Tabung Warisan Anak Selangor

ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim, turut beramah mesra dengan peserta

(TAWAS).

Ini adalah kali kedua program tersebut dilaksanakan di DUN Sungai Burong sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lalu. Berbanding program sebelumnya program pada kali ini disertai oleh seramai 300 orang kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008. Lebih memeriahkan program pada kali ini ialah ianya turut disertai oleh DUN Sekinchan berbanding sebelum ini yang hanya melibatkan DUN Sungai Burong dan Permatang, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang.

Ibubapa peserta tekun mendengar taklimat daripada pihak TAWAS

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di dalam program Jom Shopping Bonus Selangorku di Billion Tanjong Karang. Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Sungai Kajang, Lim Hock Tiong, Pengerusi JKKK Kampung Pinang, Tasimin Pormin,  dan Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid dan Norsidah Samat serta dibantu oleh kakitangan PKM.

Melalui program ini, katanya, setiap kanak-kanak diberikan voucer sebanyak RM100 untuk membeli barangan keperluan mereka seperti pakaian, makanan dan

Pegawai PKM, Norsidah Samat, sedang melayan kerenah kanak-kanak

sebagainya. Walaupun nilai RM100 tersebut tidaklah besar tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban ibubapa kanak-kanak tersebut.

Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit daripada Kerajaan Negeri. Manakala bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran, katanya lagi

Beliau juga berkata, Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun bermula kini.

Untuk rekod sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

 

 

 





Umat Islam Bangkit Menentang Filem Hina Nabi

22 09 2012

Kuala Lumpur, 21 Sep    :     Lebih 5,000 orang Umat Islam telah menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengutuk tindakan mereka menyiarkan filem “Innocence of Muslims”  yang telah mengguris perasaan Umat Islam dengan menayangkan filem  yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

Perhimpunan  yang diketuai oleh Ketua DPP Malaysia, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi itu dimulakan selepas solat jumaat di Masjid Tabung Haji, yang turut disertai oleh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang lain.

Kemudian orang ramai berjalan menuju ke kedutan AS sambil mengutuk mereka yang menerbitkan filem tersebut.

Memorandum telah diserahkan kepada pihak kedutaan AS oleh Ustaz Nasrudin dan diiringi oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan lain-lain.

Walaubagaimanapun usaha untuk bertemu dengan  wakil kedutaan untuk menghantar memorandum tersebut gagal apabila tiada wakil kedutaan yang berani turun untuk bertemu dengan wakil PAS dan memorandum tersebut diserahkan kepada pengawal keselamatan kedutaan berkenaan.

Sementara itu diluar keduataan AS beberapa orang  pimpinan telah memberikan ucapan bagi mengecam tindakan biadap pihak yang menerbitkan filem terbabit dan mengutuk pihak AS yang enggan mengambil tindakan terhadap filem tersebut atas nama kebebasan bersuara serta memberikan amaran keras sekiranya maruah Umat Islam terus dicabar,

Antara pimpinan yang memberikan ucapan ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, Mohamaed Hanipa Maidin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP), Ustaz Nik Mohamad Abduh Dato’ Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, Naib Presiden PKR, Tian Chua, N Surendran, wakil pelajar Akram Ikrami Dato’ Taib Azamuddin, yang juga Presiden GAMIS.





1,396 Orang Warga Emas Telah Sertai Jom Sahopping

20 09 2012

Alam Jaya, 19 Sep    :     Seramai 100 orang lagi  warga emas dalam DUN Sungai Burong hari ini telah terpilih untuk menyertai program jom Shopping yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Serlangor di Econsave Alam Jaya.

Bagi program kali ini, peserta yang terlibat terdiri dari pelbagai kaum iaitu cina dan india selain melayu. Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan penyertaan mereka pada kali ini terutamanya masyarakat cina.

Menurut Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, termasuk program hari ini, jumlah peserta yang telah menyertai program Jom Shopping di DUN Sungai Burong adalah seramai 1,396 orang.

Ustaz Mohamad Judi dan Kakitangan PKM bergambar bersama peserta Jom Shopping

Kerajaan Negeri Selangor sekarang turut memperkenalkan satu lagi program untuk anak-anak negeri Selangor iaitu Jom Shopping Bonus untuk anak-anak kelahiran negeri Selangor mulai tahun 2008 mulai bulan lepas. Bagi DUN Sungai Burong, program kedua akan diadakan pada 22 September ini di Billion, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang

Hadir sama dalam program jom shopping kali ini ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, Block C.O.J, Haji Sujak Arshad dan Sungai Tengi Kanan Darat, Haji Mustapa Abd Karim.

 

 

 





Pengusaha Burong Walid Hantar Memorandum Pada Menteri Pertanian

16 09 2012

Tanjong Karang, 15 Sep    : Lebih 300 orang pengusaha sarang burong walid hari ini telah mengadakan demontrasi bagi meminta pihak Kementeraian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil tanggungjawab untuk mengatasi masalah harga burong berkenaan yan semakin tidak menentu sekarang.

Demontrasi diadakan di perkarangan perhentian bas Tanjong Karang diketuai oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim. Selain itu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham @ Che’gu Bard turut serta dalam demontrasi ini.

Memorandom diserahkan kepada Menteri berkenaan, Dato’ Seri Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang di hadapan Pejabat Umno Bahagian Tanjong Karang jam 11.00 pagi.

Sebanyak enam tuntutan telah dikemukakan oleh pengusaha burung walid, yang mengalami kerugian kira-kira RM5 juta setahun, untuk diambil tindakan oleh pihak kementerian.

Walaubagaimanapun keadaan tiba-tiba menjadi kecoh apabila beberapa orang Umno telah bertindak agresif menyerang peserta demontarsi yang berada di seberang jalan dan mencabut kain rentang yang mereka pasang.

Akhirnya menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan dan meleraikan ketegangan yang berlaku diantara kedua-dua belah pihak akibat daripada provokasi pihak Umno.

Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo,  Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Haji Misran Serman, Zainal Abidin Abd Samat, Lee Boon Hong, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin antara pimpinan masyarakat yang turut serta dalam demontrasi tersebut.

 

 

 





Usaha Pelajar UiTM Tanam Semula Pokok Bakau Wajar Di Sokong

16 09 2012

Sungai Kajang, 15 Sep :    Sekumpulan belajar seramai 200 orang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, hari ini telah turun ke Sungai Kajang bagi menjayakan program penanaman semula pokok bakau yang semakin musnah di Hutan Simpan Banjar Utama Sungai Kajang, sejak beberapa tahun yang lalu.

Melalui program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Negeri Saelangor dan Kelab Pencinta Alam sebanyak 1,000 batang pokok bakau telah ditanam oleh pelajar-pelajar tersebut.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini turut disertai ole Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, Ustaz Haji Hairon Dahlan. Selain itu turut disertai oleh 30 orang pensyarah universiti berkenaan, 12 orang dari jabatan perhutanan dan kakitangan PKM termasuklah Pegawainya, Abd Malek Abdul Majid dan lain-lain.

Sementara itu, Ustaz Mohamad Judi berkata, program seumpmana ini amatlah dialu-alukan, kerana ia bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar yang semakin musnah, ia juga dapat mengekalkan kehijauan muka bumi yang semakin berkurangan.

Ia juga secara tidak langsung dapat mendidik pelajar-pelajar untuk menjaga dan memelihara alam sekitar supaya tidak tercemar. Justeru itu, bagi pihak PKM DUN Sungai Burong amat menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh UiTM dengan kerjasama daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jabatan Pertanian ini, katanya lagi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang