Kanak-kanak Pula Terima Jom Shopping Bonus Selangorku

23 09 2012

Mohamad Judi sedang beramah mesra dengan peserta

Tanjong Karang, 22 Sep    :    Kerajaan Negeri Selangor terus melaksanakan pelbagai program sebagai salah satu usaha bagi merealisasikan slogan kerajaan negeri iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) benar-benar mencapai matlamat dan sasarannya, Kata Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN Sungai Burong), Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Justeru itu, katanya, Kerajaan Negeri sekali lagi memperkenalkan program dibawah MES  iaitu melalui program “Jom Shopping Bonus Selangorku” bagi anak-anak negeri Selangor yang telah mendaftar dibawah Tabung Warisan Anak Selangor

ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim, turut beramah mesra dengan peserta

(TAWAS).

Ini adalah kali kedua program tersebut dilaksanakan di DUN Sungai Burong sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lalu. Berbanding program sebelumnya program pada kali ini disertai oleh seramai 300 orang kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008. Lebih memeriahkan program pada kali ini ialah ianya turut disertai oleh DUN Sekinchan berbanding sebelum ini yang hanya melibatkan DUN Sungai Burong dan Permatang, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang.

Ibubapa peserta tekun mendengar taklimat daripada pihak TAWAS

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui di dalam program Jom Shopping Bonus Selangorku di Billion Tanjong Karang. Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bagan Sungai Kajang, Lim Hock Tiong, Pengerusi JKKK Kampung Pinang, Tasimin Pormin,  dan Pegawai PKM, Abd Malek Abdul Majid dan Norsidah Samat serta dibantu oleh kakitangan PKM.

Melalui program ini, katanya, setiap kanak-kanak diberikan voucer sebanyak RM100 untuk membeli barangan keperluan mereka seperti pakaian, makanan dan

Pegawai PKM, Norsidah Samat, sedang melayan kerenah kanak-kanak

sebagainya. Walaupun nilai RM100 tersebut tidaklah besar tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban ibubapa kanak-kanak tersebut.

Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit daripada Kerajaan Negeri. Manakala bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran, katanya lagi

Beliau juga berkata, Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun bermula kini.

Untuk rekod sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

 

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: