Rabbani ceriakan Jamuan Hari Raya PAS Tanjong Karang

19 10 2009

Tanjong Karang, 17 Okt :               Buat pertama kalinya Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh PAS Tanjong 100_3005Karang dengan Kerjasamana Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dimeriah dan diceriakan oleh Kumpulan Rabbani.

 Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat, Tanjong Karang mulai jam 2.00 petang sehingga 5.30 petang telah diserbu oleh orang ramai sejak awal kerana ingin mengikuti persembahan daripada kumpulan Rabbani.100_3004

 

Dianggarkan seramai 6,000 orang telah mengunjungi rumah terbuka tersebut yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Soto, Laksa, Lemang. Seekor lembu turut disediakan oleh pihak PAS Tanjong Karang dan PKM DUN Sungai Burong.

 

Antara tetamu yang hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, Elizabeth Wong, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris bin Kassim, Ahli-ahli MDKS, Zainal Abidin Abd 100_3053Samad, Lim Piang Nam dan Low Tan.

Lebih memeriahkan lagi rumah terbuka kali ini ialah turut dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum yang terdiri dari kaum Cina, India dan Orang Kurang Upaya (OKU)

 

YDP PAS Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Pengarah P100_3045KM DUN Sungai Burong turut menyampaikan ucapan kepada yang hadir.

 Kehadiran orang ramai telah disambut oleh Jawatankuasa Harian PAS Tanjong Karang diketuai oleh Naib YDP Haji Misran Serman, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang.

1) Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri (01)

2) Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri (02)





Briged Amal Selangor dan Pejabat DUN anjur program motivasi

19 10 2009

100_2958Tanjong Karang, 17 Okt :               Briged Amal Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong buat perkata kalinya telah menganjurkan program motivasi kepada pelajar-pelajar Alumni SPIES bertempat di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

 Program tersebut yang dimulai jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang telah mengikuti program yang dianjurkan oleh SPIES, turut serta dalam program tersebut ialah pelajar-pelajar yang akan mengikuti kursus SPIES dalam masa yang terdekat.

 

Sasaran asal peserta ialah seramai 100 orang pelajar tetapi pelajar yang menyertai program tersebut meningkat pada hari pendaftaran menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 150 orang. Sebanyak dua tajuk telah dibentangkan dalam program tersebut iaitu, “Alumni SPIES : Harapan & Cabaran” serta “Cemerlang 5 Alam”.

 

Timbalan Yang Diperta (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkapgambar aku-02 Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah membuat perasmian penutup menggantikan YDP PAS Kawasan, Drs Mohd Rushdi Deraman.

 

Turut hadir ialah Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Mohamad Arish, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha DPP Tanjong Karang dan beberapa pimpinan PAS Tanjong Karang.

Gambar sekitar program motivasi





Rumah Terbuka

13 10 2009

Banner jamuan raya Briged amal + pas tg krg 2009