JKKK Block COJ Adakan SKT ke Langkawi

31 12 2015

IMG-20160105-WA0055Langkawi, 30 Dis    : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block COJ Sawah Sempadan telah mengadakan Mesyuarat JKKK dan program Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi merancang dan melaksanakan program sepanjang tahun 2016 selama tiga hari bermula pada 28 sehingga 30 Disember di Hotel Bahagia Pekan Kuah, Langkawi dan telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Tanjong Karang 1&2, Jumasri Jumin.

Menurut Pengerusi JKKK Block COJ, Osman Wagiman, program seperti ini adaIMG-20160105-WA0054lah merupakan program tahunan JKKK untuk merangka program sepanjang tahun 2016, selain meraikan Ahli Jawatankuasa (AJK) JKKK yang selama ini telah bertungkus lumus membantu dan menjayakan program JKKK.

Ketua PAS Cawangan Raden Mas Block N Sawah Sempadan itu juga berkata, antara program tahunan yang diadakan di kampong sejak tahun 2008 ialah pemberian beg sekolah kepada semua anak-anak penduduk kampong yang bersekolah mulai daripada pra sekolah sehinggalah ke peringkat menengah.

Selain itu juga, katanya lagi, JKKK kampong turut memberikan hamper berbentuk barangan keperluan asas kepada semua penduduk kampong setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan dan beberapa program lain yang menjadi agenda tahunan bagi JKKK berkenaan.





Back To School Bantu Ringankan Beban Ibubapa

28 12 2015

IMG-20151227-WA0062Kuala Selangor, 27 Dis    : Seramai 134 orang pelajar yang telah mendaftar melalui program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah terpilih untuk menyertai program “Back To School” yang diadakan di Giant Pasir Penambang dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Program TAWAS adalah merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008 sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Selangor.

Di dalam ucapannya, Azlan berkata, Pada waktu rakyat terhimpit dengan pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menghimpit kehidupan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor terus komited untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
IMG-20151227-WA0064
Antaranya ialah sebagaimana program Back To School pada hari ini, adalah sebagai sebahagian daripada contoh bagaimana Kerajaan Negeri Selangor benar-benar prihatin dengan rakyat yang semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Ia juga, katanya, dapat membantu mengurangkan bebanan kepada ibubapa bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula pada awal Januari 2016.

Selain itu, dalam bidang pendidikan juga, Kerajaan Negeri Selangor juga turut memperkenalkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) untuk pra sekolah bagi ibubapa yang berpendapatan RM2,500 kebawah layak untuk mendaftar dibawah TUNAS untuk mendapatkan bantuan yuran sebanyak RM50.





Bengkel Perancangan Mukim Tanjong Karang 2 Tanjong Karang

24 12 2015

Pulau Pangkor, 22 Dis : Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Jumasri Jumin, telah berjaya menganjurkan Bengkel IMG-20151222-WA0062Perancangan Ketua Kampung 2016 Mukim Tanjong Karang 2, selama tiga hari mulai 21 – 22 Disember 2015 di Purnama Beach Resort Pulau Pangkor.

Program tersebut melibatkan Ketua-ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Di dalam ucapannya, Mohamad Judi berkata, Ketua Kampung sangat penting kerana ia merupakan orang yang paling rapat dengan masyarakat dan menjadi mata dan telinga bagi pihak Kerajaan Negeri.

Selain itu, katanya, mereka juga bertanggungjawab untuk menjelaskan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada penduduk dibawahnya.

Antara objektif program ini, kata Jumasri, adalah untuk membimbing  Ketua-ketua Kampung untuk menyediakan profile kampung masing-masing selain itu, kita juga memberikan mereka panduan untuk membuat kertas kerja yang baik bagi membuat sesuatu permohonan untuk melaksanakan program di peringkat kampung masing-masing pada tahun 2016.

IMG-20151222-WA0018 Selain itu, katanya lagi, kita juga meminta mereka menyediakan perancangan program-program bagi tahun 2016 untuk dilaksanakan di peringkat kampung masing-masing seperti untuk belia, wanita, agama dan sebagainya, yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.
Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Jumasri Jumin, telah berjaya menganjurkan Bengkel Perancangan Ketua Kampung 2016 Mukim Tanjong Karang 2, selama tiga hari mulai 21 – 22 Disember 2015 di Purnama Beach Resort Pulau Pangkor.

Program tersebut melibatkan Ketua-ketua dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Di dalam ucapannya, Mohamad Judi berkata, Ketua Kampung sangat penting kerana ia merupakan orang yang paling rapat dengan masyarakat dan menjadi mata dan telinga bagi pihak Kerajaan Negeri.

Selain itu, katanya, mereka juga bertanggungjawab untuk menjelaskan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan kepada penduduk dibawahnya.

Antara objektif program ini, kata Jumasri, adalah untuk membimbing  Ketua-ketua Kampung untuk menyediakan profile IMG-20151222-WA0036kampung masing-masing selain itu, kita juga memberikan mereka panduan untuk membuat kertas kerja yang baik bagi membuat sesuatu permohonan untuk melaksanakan program di peringkat kampung masing-masing pada tahun 2016.

Selain itu, katanya lagi, kita juga meminta mereka menyediakan perancangan program-program bagi tahun 2016 untuk dilaksanakan di peringkat kampung masing-masing seperti untuk belia, wanita, agama dan sebagainya, yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.





Ziarah Anak Guru PASTI Al-Hidayah Di Hospital Tanjong Karang

15 12 2015

Tanjong Karang, 15 Dis : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Pengerusinya, Mohamad Faizal Mohamed 20151215_134830Barja telah membuat lawatan ke Hospital Tanjong Karang untuk menziarahi anak kepada salah seorang guru PASTI yang dimasukkan ke wad 2 malam tadi.

Adik Amiera Fasehah Mohd Azmi, 1, anak kepada guru PASTI Al- Hidayah Batu 10 Tanjong Karang, Nor Azlina Mois, dimasukkan ke dalam wad hospital berkenaan kerana jangkitan kuman.

Menurutnya, Doktor telah mengambil contoh darah anaknya dan memaklumkan darah putih lebih tibggi berbanding darah merah.

Pagi tadi sekali lagi contoh darahnya telah diambil untuk ujian selanjutnya, katanya lagi.

Antara yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Bendahari PASTI Kawasan, Norazman Serin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block DKPV, Ketua Unit Kebajikan PASTI Kawasan, Norsidah Samat, yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan.

Selain itu, Pengerusi JKKK Kampong Tok Adam, Haji Mohd Sa’ad Bakar dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sunvai Burong, Mislihah Sekak.





Tahniah Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor

12 12 2015

Tahniah YAB Dato' Seri MB





11 12 2015

DYMM Sultan Selangor 2015





Tahniah Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, S.P.M.S

11 12 2015





JKKK Block COJ sampaikan 200 beg Sekolah kepada pelajar

8 12 2015

Tanjong Karang, 7 Dis : Seramai 200 orang pelajar hari ini telah menerima sumbangan berupa beg sekolah daripadaIMG-20151207-WA0082 Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Block COJ Sawah Sempadan.

Menurut Pengerusi JKKK Block COJ, Osman Wagiman, program ini adalah merupakan program tahunan JKKK sejak tahun 2008 lagi yang bertujuan untuk membantu meringankan beban penduduk kampung yang masih mempunyai tanggungan anak yang bersekolah.

Pemberian beg sekolah ini, katanya, tidak terpilih kepada penduduk miskin atau tidak, sebaliknya seluruh penduduk kampung yang mempunyai anak yang masih bersekolah bermula daripada pra sekolah sehingga ke peringkat menengah  diberikan kepada mereka, katanya lagi yang juga Ketua PAS Cawangan Raden MasIMG-20151207-WA0083 Sawah Sempadan.

Selain daripada pemberian beg sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah, setiap tahun JKKK Block COJ turut memberikan sumbagan hamper berupa barangan keperluan asas juga kepada seluruh penduduk kampung biasanya diberikan menjelang bulan Ramadhan setiap tahun, katanya lagi.

Penyampaian beg sekolah tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap  Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.IMG-20151207-WA0084

Program tersebut juga diadakan sempena dengan program Pembentangan Jajaran Lebuhraya Pantai  Barat (West Coast Expressway) Dan Dialog Bersama Pihak-Pihak Berkepentingan di Pusat Komuniti Kunci Air Buang.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.





Bengkel Pengurusan Strategik PASTI Tanjong Karang

6 12 2015

IMG-20151206-WA0050Tanjong Karang,6 Dis : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang telah berjaya mengadakan Bengkel Pengurusan Strategik selama tiga hari mulai pada 4 sehingga 6 Disember 2015 yang diadakan di D’ Alphine Training Centre Morib.

Peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PASTI Kawasan TanjongIMG-20151206-WA0142 Karang, AJK Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tanjong Karang, Pengurus-pengurus PASTI Cawangan dan guru-guru PASTI seluruh kawasan Tanjong Karang.

Program telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Kawasan Tanjong Sepat, Ir Haji Mohd Haslin Hassan manakala perasmian penutup pula telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan TanjoIMG-20151204-WA0106ng Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Menurut Pengerusi PASTI Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, antara objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk merangka perancangan dan penambah baikan untuk PASTI pada tahun 2016.

Selain itu, katanya lagi, ia juga bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan diantara satu PASTI dengan PASTI yang lain. Di Tanjong Karang terdapat sebanyak 11 buah PASTI yangIMG-20151204-WA0125 diuruskan oleh cawangan-cawangan.

Oleh yang demikian dengan adanya bengkel seperti ini sekurang-kurangnya pihak PASTI Kawasan telah cuba untuk menyelaraskan kembali pengurusan tersebut, jika tidak pun berjaya sebanyak 100% sekurang-kurangnya perbezaan tersebut dapat dikurangkan, katanya lagi yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Sebabyak dua kertas kerja telah dibentangkan di dalam bengkel tersebut oleh Ketua Unit Latihan Guru & Pengurus PASTI Kawasan Tanjong Karang, Hanafi Mohd Mat Dom, yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Tanjong Karang.