Back To School Bantu Ringankan Beban Ibubapa

28 12 2015

IMG-20151227-WA0062Kuala Selangor, 27 Dis    : Seramai 134 orang pelajar yang telah mendaftar melalui program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah terpilih untuk menyertai program “Back To School” yang diadakan di Giant Pasir Penambang dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Program TAWAS adalah merupakan salah satu daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008 sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Selangor.

Di dalam ucapannya, Azlan berkata, Pada waktu rakyat terhimpit dengan pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menghimpit kehidupan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor terus komited untuk membantu rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
IMG-20151227-WA0064
Antaranya ialah sebagaimana program Back To School pada hari ini, adalah sebagai sebahagian daripada contoh bagaimana Kerajaan Negeri Selangor benar-benar prihatin dengan rakyat yang semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup.

Ia juga, katanya, dapat membantu mengurangkan bebanan kepada ibubapa bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula pada awal Januari 2016.

Selain itu, dalam bidang pendidikan juga, Kerajaan Negeri Selangor juga turut memperkenalkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) untuk pra sekolah bagi ibubapa yang berpendapatan RM2,500 kebawah layak untuk mendaftar dibawah TUNAS untuk mendapatkan bantuan yuran sebanyak RM50.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: