Ziarah Anak Guru PASTI Al-Hidayah Di Hospital Tanjong Karang

15 12 2015

Tanjong Karang, 15 Dis : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Pengerusinya, Mohamad Faizal Mohamed 20151215_134830Barja telah membuat lawatan ke Hospital Tanjong Karang untuk menziarahi anak kepada salah seorang guru PASTI yang dimasukkan ke wad 2 malam tadi.

Adik Amiera Fasehah Mohd Azmi, 1, anak kepada guru PASTI Al- Hidayah Batu 10 Tanjong Karang, Nor Azlina Mois, dimasukkan ke dalam wad hospital berkenaan kerana jangkitan kuman.

Menurutnya, Doktor telah mengambil contoh darah anaknya dan memaklumkan darah putih lebih tibggi berbanding darah merah.

Pagi tadi sekali lagi contoh darahnya telah diambil untuk ujian selanjutnya, katanya lagi.

Antara yang turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Bendahari PASTI Kawasan, Norazman Serin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block DKPV, Ketua Unit Kebajikan PASTI Kawasan, Norsidah Samat, yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan.

Selain itu, Pengerusi JKKK Kampong Tok Adam, Haji Mohd Sa’ad Bakar dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sunvai Burong, Mislihah Sekak.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: