JKKK Block COJ sampaikan 200 beg Sekolah kepada pelajar

8 12 2015

Tanjong Karang, 7 Dis : Seramai 200 orang pelajar hari ini telah menerima sumbangan berupa beg sekolah daripadaIMG-20151207-WA0082 Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Block COJ Sawah Sempadan.

Menurut Pengerusi JKKK Block COJ, Osman Wagiman, program ini adalah merupakan program tahunan JKKK sejak tahun 2008 lagi yang bertujuan untuk membantu meringankan beban penduduk kampung yang masih mempunyai tanggungan anak yang bersekolah.

Pemberian beg sekolah ini, katanya, tidak terpilih kepada penduduk miskin atau tidak, sebaliknya seluruh penduduk kampung yang mempunyai anak yang masih bersekolah bermula daripada pra sekolah sehingga ke peringkat menengah  diberikan kepada mereka, katanya lagi yang juga Ketua PAS Cawangan Raden MasIMG-20151207-WA0083 Sawah Sempadan.

Selain daripada pemberian beg sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah, setiap tahun JKKK Block COJ turut memberikan sumbagan hamper berupa barangan keperluan asas juga kepada seluruh penduduk kampung biasanya diberikan menjelang bulan Ramadhan setiap tahun, katanya lagi.

Penyampaian beg sekolah tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap  Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.IMG-20151207-WA0084

Program tersebut juga diadakan sempena dengan program Pembentangan Jajaran Lebuhraya Pantai  Barat (West Coast Expressway) Dan Dialog Bersama Pihak-Pihak Berkepentingan di Pusat Komuniti Kunci Air Buang.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: