Tokoh : Ustazah Hajjah Safiah Binti L. Ahmad

30 10 2010

Tokoh yang akan ditampil pada bulan ini adalah merupakan aktivis Muslimat PAS kawasan Tanjong Karang yang ”low profile” dan istiqamah di dalam perjuangan sejak sekian lama. Sepanjang terlibat di dalam perjuangan ini, beliau sering turun ke gelanggang bagi membantu calon PAS  di dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) di seluruh Negara.

Tokoh yang ditonjolkan pada kali ini juga bukan sahaja aktif di dalam parti bahkan merupakan pengamal perubatan Islam dan sering membawa rombongan Haji dan Umrah bersama-sama suaminya, beliau yang dimaksudkan ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Safiah Binti L. Ahmad.

Latar Belakang

Beliau adalah anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, pada 2 Oktober 1950, tetapi dibesarkan di Tanjong Karang, Selangor, kerana mengikut ibunya.

Merupakan anak ke-2 daripada 2 orang adik-beradik, kedua-duanya perempuan. Bapanya, Haji Lebai Ahmad bin Hj Omar merupakan guru agama sepenuh masa yang mengajar di Institusi pondok, di Kedah. Setiap bulan Ramadhan bapanya juga dijemput oleh Sultan Kedah untuk bertadarus al-Quran di Istana Kedah.

Manakala ibunya, Hajjah Robeah bt Yusof, juga merupakan guru al-quran, dan masih mengajar sehingga sekarang di Desa Taqwa, Jeram, Selangor. Bapanya telah meninggal dunia semasa beliau masih di dalam kandungan lagi.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang, Arau Perlis, sehingga darjah 6. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat menengah di Madrasah Nurul Islam, Ayer Hitam, Kedah, sebelum berpindah ke Tanjong Karang, Selangor, dan menetap di Sungai Sireh, kerana mengikut ibunya berpindah.

Di Tanjong Karang, beliau telah menyambung pengajian di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Batu 11. Selepas itu beliau menyambung lagi pengajian di Sekolah Agama Mamba’ul Ulum, Dato’ Manan sehingga mendapat Rabi’ Ibtida’ie.

Keluarga

Selepas menamatkan pengajian beliau telah mendirikan rumahtangga di usia 18 tahun dengan Ustaz Haji Munjir bin Ashaari (Allahyarham), seorang pesara guru dan pengamal perubatan Islam pada tahun 1968.

Hasil perkongsian hidup selama 46 tahun beliau telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata, 4 lelaki dan 3 perempuan. 4 orang anaknya telah mendirikan rumahtangga, manakala seorang lagi telah meninggal dunia. Beliau telah dikurniakan seramai 9 orang cucu.

5 orang anaknya telah berkerja, 2 orang bekerja sebagai guru, seorang pensyarah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Seorang Penolong Pengarah dan seorang lagi sebagai Doktor Perubatan. Manakala Seorang lagi masih menuntut di dalam jurusan Undang-undang di Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Mula aktif dengan PAS

Beliau yang dilahirkan di dalam keluarga PAS, mula mengenali PAS semasa mendengar ceramah dari Frof. Dato’ Dr Zulkifli Mohamad, Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah berhampiran rumahnya di Kedah ketika berusia 11 tahun dan  beliau telah menyertai PAS secara rasminya pada tahun 1968.

Pada tahun 1978 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Sungai Tengi Kiri. Manakala pada tahun 1980 beliau telah dipilih sebagai Ketua JMC Sungai Tengi Kiri sehingga sekarang.

Manakala pada tahun 1982 beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang. Dalam masa yang sama beliau juga diamanahkan sebagai AJK Lajnah 20120610_174413Ekonomi DMP Kawasan Tanjung Karang.

Beliau tidak pernah ketinggalan menyertai setiap Pilihanraya kecil yang berlaku dan bertugas sebagai perayu undi untuk PAS. Pengalaman manisnya semasa menjadi perayu undi ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Arau, Perlis pada tahun 1998, yang menyaksikan calon PAS ketika itu, Ustaz Haji Hashim Jasin, yang juga AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis telah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Kassim, yang juga adik kepada Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Shahidah Kassim, ketika itu.

Setiap hari rabu petang pula beliau akan akan mengikuti kelas pengajian di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS) yang dipimpin oleh Timbalan Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim. Manakala setiap hari jumaat malam sabtu beliau tidak ketinggalan mengikuti Kuliah Mingguan Deenul Islam juga di KOMPAS.

Sepanjang beliau memimpin Muslimat di Cawangannya banyak program dan gerak kerja yang telah dijalankan olehnya, lantaran itu DMP Kawasan Tanjong Karang pernah memilih JMC  Sungai Tengi Kiri sebagai Muslimat PAS Cawangan terbaik pada tahun 2005 sempena dengan Mesyuarat Agung DMP Kawasan Tanjung Karang.IMG-20180504-WA0144

Sehingga kini, diusia 60 tahun, beliau masih lagi diamanahkan sebagai AJK DMP Kawasan Tanjong Karang dan Ketua JMC Sungai Tengi Kiri selain menjadi Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMP Kawasan Tanjong Karang.

Pengamal Perubatan Islam dan Mutawif Haji

Selain terlibat secara langsung  dengan PAS, beliau dan suaminya juga adalah merupakan seorang pengamal perubatan Islam di bawah bimbingan Ulama’ terkenal Dato’ Dr Haji Harun Din, yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Beliau sendiri telah dianugerahkan ijazah di dalam bidang perubatan Islam pada 22 Ogos 1999. Beliau sering membantu suaminya untuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan mereka.

Selain itu, Ustazah Safiah dan suaminya juga sering membawa rombongan untuk mengerjakan Umrah dan Haji. Beliau dan suaminya akan akan membawa rombongan umrah sebanyak 3 kali setahun, biasanyaIMG-20180603-WA0070 pada bulan 5, 8 dan 12 selain membawa rombongan haji.

Aktiviti Masyarakat

Di qariahnya, beliau merupakan bilal jenazah Muslimat di Masjid Jamiul Hasanah, Batu 10, Tanjong Karang. Selain itu, beliau aalah merupakan AJK Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 sejak tahun 2006 lagi.

_________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 6/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





PAS ditentang calon Bn di DUN Galas

27 10 2010

Gua Musang, 26 Okt    : Pertandingan satu lawan satu diantara calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed dengan calon daripada Barisan Nasional (Bn), Abd Aziz Yusof dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N45 Galas Kelantan.

Proses penamnaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang berjalan dengan lancar dengan calon PAS diiringi oleh lebih 100000 orang penyokong berbanding calon Bn yang diiringi kira-kira 300 orang sahaja.

Antara pimpinan PAS yang mengiringi Dr Zulkifli Mohamed, ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Mahfuz Omar, Ketua Dewan Pemuda (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Pusat, Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh.

Selain itu, calon PAS turut diiringi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ronnie Liu.

Manakala calon Bn hanya diiringi oleh beberapa pemimpin Bn sepertim Timbalan Pengarah Pilihanraya Bn, Dato’ Mustafa Mohamad, Dato’ Dr Awang Adek Hussein tanpa kehadiran Pengarah Pilihanrayanya, Tengku Razaleigh Hamzah.

PRK DUN Galas akan diadakan pada 4 November 2010 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima akibat penyakit barah usus yang dihidapi sejak 2 tahun yang lalu.

Che Hashim memenangi kerusi DUN Galas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac 2008 dengan majoriti,  646 apabila mengalahkan calon Bn, Saufi Deraman. Allahyarham mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, yang mendapat 3,753 undi.





Program Layar Rakyat Di Pasar Minggu Tanjong Karang

25 10 2010

Tanjong Karang, 24 Okt    : Bagi menyebarkan luaskan lagi program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) sepanjang dua tahun lebih mentadbir negeri Selangor Program Layar Rakyat telah diadakan di Tapak Pasar Minggu Pekan Tanjong Karang mulai jam 6.00 petang sehingga jam 9.00 malam.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah pameran program-program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) seperti Mesra Usia Emas (MUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan sebagainya.

Selain itu, akhbar Selangorkini yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor turut diedarkan kepada orang ramai yang sedang membeli belah di pasar minggu tersebut.

Orang ramai juga turut ditayangkan dengan dokumentari video kejayaan PR sepanjang mentadbir Negeri Selangor dan program-program MES yang tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk memerintah negeri Selangor.

Seluruh agensi kerajaan yang berkaitan juga turut membantu program tersebut seperti pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Antara pimpinan yang turut turun serta mengedarkan akhbar Selangorkini kepada orang ramai ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ahli-ahli Majlis MDKS, Haji Misran Serman, yang juga Naib YDP PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan.

Selain itu ialah Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Sheikh Daud Md Maidin, Muhd Jafaruddin  Sheikh Daud, merangkap Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kanan Darat, Mustapa Abdul Karim, Pengerusi JKKK Blok COJ, Haji Sujak Arshad dan lain-lain juga turut menjayakan program tersebut.





Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (Gems) Daerah Kuala Selangor

25 10 2010

Kuala Selangor, 24 Okt    : Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) telah berjaya diadakan di perkarangan TESCO Kuala Selangor selama sehari dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali.

Antara acara yang menarik sepanjang program GeMS berlangsung ialah, Pertandingan mewarna, pertandingan bercerita untuk kanak-kanak di tempat letak kereta TESCO, pertandingan memasak ikan keli, pertandingan bola keranjang dan pertandingan futsal yang disertai oleh 22 pasukan.

Selain itu, Pertandingan motor klasik tercantik yang disertai 200 peserta dan Konvoi berbasikal, turut didakan bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Turut diadakan ialah, pameran PEMADAM, Semua Program Dibawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan , Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Kolej INSPEN, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Daftar Pemilih Pilihanraya, Pameran Tenaga Kerja, Jabatan Agama Islam Selangor, Maskot Perpustakaan Selangor iaitu Alif & Anis, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan sebagainnya turut diadakan

Majlis perasmian di adakan pada pukul 3.30 petang oleh, Dr Hajjah Halimah Ali, di kawasan letak kenderaan Pasaraya TESCO dan dihadiri oleh Pembantu EXCO, Dr Ahmad Yunos Khairi, merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sijangkang,  Orang Besar Daerah (OBD) Kuala Selangor, Dato Mohamad Yaacub Dato’ Ismail, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris Kassim, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Haji Hashim Muhamad, dan ahli-ahli majlis, MDKS, Low Tan, Mohd Faizal Mohd Barja, Tee Peng, Ustaz Ahmad Alang dan Jeganethan.

Selain itu Penghulu-penghulu Mukim Daerah Kuala Selangor, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kuala Selangor antara pimpinan masyarakat yang turut hadir memeriahkan lagi program.





Dialog Jelajah Generasi Idaman Selangor (Gems) Bersama Pimpinan Masyarakat Daerah Kuala Selangor

25 10 2010

Kuala Selangor, 24 Okt    : Bertempat di Dewan Siantan, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Majlis Dialog mengenai program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS)  bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajjah Halimah Ali bersama pimpinan masyarakat seperti  Ahli-ahli Majlis, MDKS, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seluruh Daerah Kuala Selangor telah diadakan mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Menyedari bahawa trend kecenderungan terlibat dalam gejala sosial di kalangan khususnya remaja/belia semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memberi perhatian khas untuk merangka satu pelan tindakan jangka panjang untuk menangani isu tersebut, katanya Dr Halimah sewaktu menyampaikan ucapan kepada hadirin.

Kerajaan negeri, katanya, mahu melakukan transformasi budaya dengan mendahulukan mentaliti masyarakat terhadap masalah yang semakin gawat ini.

Justeru itu juga katanya, melalui sebuah unit yang ditubuhkan khas iaitu Unit Gejala Sosial di bawah Exco Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor telah memperkenalkan satu gelombang baru yang mahu mengetengahkan idea positif dengan mencetuskan kesedaran rakyat jelata khususnya kepada ibubapa/pimpinan masyarakat setempat/guru-guru dan juga kepada golongan terfokus remaja dan belia kepada keperluan mendesak membentuk generasi muda ke arah generasi yang efektif dan produktif.

Generasi ini akan menjadi modal insan berkualiti yang berdaya membangunkan Selangor ke arah matlamat kerajaan melahirkan Selangor Negeri Idaman, Maju,Sejahtera Dan Berkebajikan, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selat Klang.

Generasi Idaman Selangor ini adalah terdiri dari golongan yang dinamik,berwawasan dan berdaya saing. Ombak jahiliyah dan demam hedonisme serta kecelaruan matlamat hidup menghalang visi Selangor tercapai kerana meleka dan merangsang remaja/belia Selangor menjadi insan liability, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).

Antara yang hadir ialah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Haris Kassim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Idzahar, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, Zainal Abidin Abdul Samat dan Ustaz Ahmad Alang.

Manakala pada waktu malam pula program turut diserikan dengan persembahan sembang santai bersama   Ustaz Ahmad Shukri Yusof, personaliti TV9, serta persembahan dari Ustaz Akhwan Afandy (Motivator Yayasan Amal Malaysia), Penyanyi Renggo (bekas kumpulan Arrow), Penyanyi Muazd dan penampilan dari Ustaz Akhil Hayy.





Dewan Pemuda PAS Pusat Membidas penganjuran Islamic Fashion Festival

21 10 2010

Kuala Lumpur, 21 Okt    : Penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] disifatkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi sebagai satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

Menurutnya, Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah SAW dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian. Islamic Fashion Festival yang jelas bertentangan dengan Islam  telah menghina Rasulullah SAW melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas

Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu, sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya  sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

“Katakan kepada orang – orang perempuan yang berima , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang – orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak – kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang – orang yang beriman mudah – mudahan kamu beroleh kejayaan”

Islamic Fashion Festival ini diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah  sementara Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur  telah bertindak sebagai penaungnya

Penganjuran Islamic Fashion Festival adalah satu idea yang bijak tetapi malangnya pakaian yang di peragakan adalah salah, ujarnya

Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya, Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama’ Muda yang  baru – baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri, ujarnya lagi yang Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat

Justeru itu, katanya, saya melihat jahil bukan alasan dalam isu ini. Saya bimbang benar (jika) Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh – musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu.

Namun, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .





Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

19 10 2010

Kota Bharu, 19 Okt (Harakahdaily) : PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

Kota Bharu, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

“Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

“Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.





Sukaneka PASTI Al-Arif Meriah

10 10 2010

Ban 3 Sungai Sireh, 9 Okt    : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Arif telah mengadakan sukaneka tahunan di perkarangan rumah Allahyarham Haji Hamid Othman di Lorong 2 Parit 1 Sungai Sireh.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan, Muhamad Abdul Majid, Pelbagai acara sukan telah diadakan pada hari tersebut seperti isi air dalam botol, lari berhalangan, bola aiskrim dan tarik gelung bagi acara ibu bapa pula ialah boling kelapa.

Program ini telah disertai oleh kesemua pelajar PASTI Al-Arif seramai 32 orang pelajar dan turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar PASTI. Program sukaneka tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, katanya lagi yang juga Bendahari Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Hadiah-hadiah kepada pemenang pula telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Halimatus Sakdiah Sulaiman, yang juga Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Ban 3 Sungai Sireh, Ketua PAS Cawangan Lorong 2 Parit 1 Sungai Sireh, Haji Razali dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parit 2 Sungai Burong, Saipuddin Ismail.





Dua Pimpinan PAS Kawasan Dikurniakan Anak Lelaki

7 10 2010

Sungai Buluh, 6 Okt    : Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja dan isteri, Nadhirah Shariff, yang juga AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor telah dikurniakan anak sulung di Hospital Sungai Buluh.

Beliau yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  dan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Bur0ng, dikurniakan cahayamata sulung tepat jam 8.41 pagi di hospital berkenaan dengan berat 2.67kg.

Kelahiran cahayamata sulung tersebut telah disambut ceria oleh kedua-dua neneknya iaitu Supatmi Sanimon, yang juga AJK Muslimat PAS Cawangan (JMC) dan Hajjah Salehah Mohamed.

Selain itu, saudara-mara terdekat dan rakan-rakan juga sempat menziarahi mereka semasa di hospital.

Sementara itu turut dikurniakan cahayamata lelaki pada hari yang sama ialah AJK PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya DPP Tanjong Karang

Isterinya, Yusnita Ismail, selamat melahirkan anak ke-6 dengan berat 3.18kg di Hospital Kuala Lumpur jam 12.25 tengahari.





Ketua PKR Cabang Tanjong Karang Meninggal Dunia

1 10 2010

Parit Serong, 1 Okt    : Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Abdul Kudus Omar, 70, telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mendapat rawatan sejak seminggu yang lalu.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Kudus, merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional pada tahun 1998 setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Pada tahun tersebut, beliau telah mengundang  DSAI untuk berceramah di halaman rumahnya yang terletak di Sawah Sempadan Tanjong Karang, ribuan orang telah membanjiri rumahnya bagi mendengar penjelasan daripada DSAI.

Sejak itu beliau terus istiqamah di dalam perjuangan bersama PKN sehingga parti tersebut dikenali sebagai PKR (Parti Keadilan Rakyat). Di dalam PKR, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor sebelum berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2004, sejak itu beliau telah dilantik sebagai Ketua PKR Bahagian (Sekarang dikenali sebagai Cabang) Tanjong Karang, dan beliau memegang jawatan tersebut sehingga akhir hayatnya.

Pada bulan Februari yang lalu, beliau pernah menerima rawatan di IJN, sebelum dibenarkan pulang untuk berehat.

Sebelum bergiat aktif di dalam politik, beliau telah bekerja sebagai seorang anggota polis cawangan khas (SB) sehingga bersara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak, salah seoarang anaknya telah mengikut jejak lan gkahnya sebagai seorang aktivis PKR iaitu Shahibudil Akmar Kudus, Naib Ketua Cabang PKR Tanjong Karang.

Jenazah telah dibawa ke Masjid Kampung Parit Serong dari IJN  untuk disembahyangkan dan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Serong.

Antara pimpinan negeri yang hadir member penghormatan terakhir kepada jenazahnya ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dan lain-lain pimpinan.

Manakala di peringkat kawasan pula antara yang turut member penghormatan terakhir ialah Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Majlis MDKS, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Usta Shafie Jali dan lain-lain lagi.

Bagi pihak PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong pula mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Al-Fatihah.