Pengorbanan Ibu Tunggal dihargai oleh Pusat Khidmat

21 07 2008

Tali Air 2 Ban 3  : Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Ibu Tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Burong telah memberikan sumbangan berbentuk barangan harian kepada mereka di Dewan Orang Ramai Block S, Tali Air 2 Ban 3 Sungai Burong.

Program ini melibatkan beberapa kampong di Sungai Burong, antaranya Sungai Sireh, Batu 12, Parit 4 Kampong, Tali Air 1, 2 dan 3 serta Parit 4 Bendang. Lebih 200 Ibu Tunggal telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Pengarah Jawatankuasa DUN Sungai Burong, Mohamad Rashidi Deraman, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Saad Ibrahim, Pemimpin masyarakat, Ustaz Musa Mohamad dan Ustazah Jamiyah Yusuf.

Sebelum itu, Pendakwah Bebas, Ustaz Yusri Mohamad, telah memberikan ceramah berkaita Israq dan Mikraj kepada Ibu-ibu Tunggal tersebut.

Ini merupakan program pertama yang melibatkan Ibu-ibu tunggal, selepas ini Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Burong akan memberikan sumbangan yang sama kepada Ibu-ibu Tunggal daripada kampong yang berlainan, kata Mohamad Rashdi.

Seorang Ibu Tunggal yang ditemui, Salimah Sokami, berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat yang telah memberikan sumbangan tersebut bagi meringankan perbelanjaan yang ditanggung oleh Ibu Tunggal sekarang.

Manakala seorang lagi Ibu Tunggal yang ditemui, Khalimatul Sa’adiah Sulaiman, berkata,  Makcik harap sumbangan seperti ini akan dapat diberi pada masa-masa akan datang.





Rumah Warga Emas Terbakar Dibersihkan

21 07 2008

Mohd Rashdi dan anggota Briged Kebajikan sedang membersihkan tapak rumah

Tanjong Karang                 : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Burong telah membuat program gotong-royong membersihkan tapak rumah, Muazzam Suriadi atau Pak Tajam, 67, yang terlibat dalam kebakaran minggu lalu.

Gotong-royong tersebut turut melibatkan Briged Kebajikan Sungai Burong telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anggota Briged turut menyertai program tersebut ialah beberapa orang penduduk kampong.

Pejabat Daerah Kuala Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina semula rumah Pak Tajam dalam  masa yang terdekat ini.

Pak Tajam ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak PKM Sungai Burong dan Briged Kebajikan yang telah sudi membersihkan tapak rumahnya.

Turut serta dalam gotong-royong tersebut ialah Pengarah Jawatankuasa Pembangunan DUN Sungai Burong, Mohamad Rashdi Deraman.





RUMAH TERBAKAR KETIKA KELUAR BELI CENDOL

15 07 2008

Muazzam Suriadi

Tanjong Karang : Rumah seorang warga emas hangus terbakar kira-kira jam 1.30 tengahari tadi ketika tuannya keluar membeli cendol di Pekan Tanjong Karang.

.

Muazzam Suriadi, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Tajam, yang tinggal berseorangan di Jalan Kenangan, Kampong Sungai Tengi Kanan Darat, Tanjong Karang, terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya sedang terbakar.

.

Rumah yang hangus terbakar

Saya bergegas balik kerumah selepas mendapat panggilan telefon daripada jiran dan apabila pulang didapai rumahnya sudah hangus dijilat api, katanya.

.

Bomba telah berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan daripada penduduk kampong. Kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000. Punca kebakaran tidak diketahui.

.

Pegawai Pusat khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja dan Ustaz Mohd Judi Sarjo, telah melawat tempat kejadian dan memberikan sumbangan kepada Pak Tajam.

.

Selain itu Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Misri Haji Idris, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor turut melawat tempat kejadian.





Pusat Khidmat sedia bantu keluarga Allahyarham Sanusi

11 07 2008

Kedaan bumbung yang rosak

Insiah dan Supiyah sedang berbual dengan Fatimah

 

Tanjong Karang : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah membuat lawatan ke rumah Allahyarham Sanusi Salleh, petugas pilihanraya PAS yang meninggal  dunia semasa Pilihanraya Umum yang Lalu.

 

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk melihat keadaan Isterinya, Siti Fatimah Binti Hashim, yang menjaga lima orang daripada 7 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham Sanusi. Selain itu Pusat Khidmat juga akan berusaha membantu untuk membaiki keadaan bumbung rumahnya yang telah uzur.

Lawatan tersebut disertai oleh Pegawai Teknologi Maklumat (IT) PKM Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, Biro Kebajikan Am PKM, Mohamad Abd Majid, Biro Hal Ehwal Wanita PKM, Norshidah Samat, Rugayah Ramli, Ketua dan Naib Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Siti Insiah Binti Tahir, Hajjah Supiyah Ponin.

Sanusi merupakan Bendahari PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah sebelum ini dan merupakan petugas PAS Cawangan yang komited dengan tugas yang diberi.





Pusat Khidmat Anjur Forum Perdana

11 07 2008

Dr Fauzi Deraman

Tanjong Karang : Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam pada 11hb Julai 2008, Jumaat ini di Padang Sekolah Rendah Agama Parit Empat.

Program dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dan Lembaga Zakat Selangor, menampilkan tiga orang ahli panel yang berwibawa iaitu Prof Madya Dr Fauzi Deraman (Pensyarah Universiti Malaya), Ustaz Roslan Mohamad (Pensyarah Universiti Malaya) dan Ustaz Ann Wann Seng Abdullah (Pendakwah Bebas).

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini akan membincangkan tajuk “Israq Mikraj dan Pengiktibaran Kepada Ummah”, sempena memperingati peristiwa penting dalam Islam yang akan disambut tidak lama lagi.





EXCO Lawat Perkampungan Setinggan

8 07 2008

Tanjong Karang  : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad, telah membuat lawatan mengejut ke penempatan setinggan di sekitar Sungai Kajang sempena dengan Program Dialog dan Mesra Rakyat di Taman Desa Jaya.

Dalam lawatannya, pelbagai aduan telah diajukan oleh penduduk yang telah tinggal selama lebih 30 tahun di kawasan tersebut.

Kerajaan sebelum ini hanya memberikan status TOL dan penduduk di perkampungan berkenaan perlu membuat permohonan setiap tahun kepada pejabat tanah. Penduduk berkenaan mengharapkan agar Kerajaan Negeri yang baru dapat mengkaji semula kedudukan tapak rumah yang mereka huni sejak sekian lama.

Menurut Iskandar, Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha membantu penduduk di kawasan berkenaan untuk keselesaan mereka pada masa akan datang.

 

 





Bacaan Yaasin sempena pembukaan Pusat Khidmat Masyarakat

8 07 2008

Tanjong Karang : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong telah menganjurkan sembahyang hajat dan bacaan yaasin sempena pembukaan pejabat Pusat Khidmat di Taman Raden Jaya, Tanjong Karang, dipimpin oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad.

 

Program dimulakan dengan Sembahyang Maghrib, diikuti dengan Sembahyang Hajat dan Bacaan Yaasin sehingga Isya’.

Pusat Khidmat Masyarakat ini diwujudkan bagi membantu penduduk di sekitar DUN Sungai Burong, selain untuk melancarkan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberikan mandat oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum yang lepas.

Bagi melicinkan pentadbiran, Pusat Khidmat ini, telah melantik tiga orang kakitangan sepenuh masa iaitu Mohd Rashdi Deraman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN, Mohd Faizal Mohd Barja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat dan Mohd Ridwan Halimi sebagai Pembantu Tadbir.

Pusat Khidmat ini dibuka setiap hari pada jam 9.00 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.

 





Hello world!

8 07 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!