Kempen Anti Zina Sempena Sambutan Tahun Baharu 2011

31 12 2010

Kuala Selangor, 31 Dis    : Sempena dengan sambutan Tahun baharu 2011, sebuah operasi bagi mencegah maksiat iaitu Kempen Anti Zina telah dilakukan melibatkan beberapa agensi dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor bersama-sama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s).

Antara agensi kerajaan negeri yang terlibat ialah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) dalam Parlimen Kuala Selangor dan Tanjong Karang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Manakala NGO yang terlibat dalam program tersebut ialah Yayasan Amal Malaysia (YAM), Pertubuhan Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) dan lain-lain.

Operasi yang dimulakan pada jam 9.30 malam dimulakan dengan taklimat dan ucapan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) PAID Kuala Selangor, Ustaz Hashim Muhamad sebelum peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat operasi di tiga tempat yang berasingan seperti yang ditetapkan oleh pihak Urusetia.

Antara tempat yang diserbu dalam operasi tersebut ialah Pantai Remis Jeram, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Pekan Tanjong Karang dan beberapa tempat lagi.

Dalam operasi tersebut beberapa pasang “kekasih” telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang berdua-duaan berhampiran dengan tasik di UNISEL, selain itu sepasang “kekasih” yang sedang berdua-duaan di dalam bilik di UNISEL turut ditangkap dalam operasi tersebut.

Sementara itu, dua orang pelajar lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa disebuah rumah di Berjuntai Tin, kerana didapati positif dadah.

Antara yang turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, Ustaz Ahmad Alang, Zainal Abidin Abdul Samat dan Mohd Faizal Baharuddin.

Selain itu ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Sheik Daud Md Maidin, Muhd Jafaruddin Sheikh Daud dan Norsidah Samat, Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, Abdul Malik Abdul Majid, AJK DPP Kawasan, Afif Yusof dan Mohd Amin Mahat.





200 Orang Pelajar Lagi Menerima Sumbangan Buku Latihan Daripada Kerajaan Negeri Selangor

31 12 2010

Kunci Air Buang, 31 Dis    : Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) terus berusaha membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat terutamanya bagi menghadapi sesi persekolah tahun 2011 tidak lama lagi, kata Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo.

Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM650,000.00 bagi memberikan sumbangan berbentuk buku latihan kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Selangor. Ini sekaligus dapat meringanbkan beban yang ditanggung oleh kedua ibubapa mereka, katanya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis penyerahan buku latihan kepada pelajar-pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan yang diadakan di Pusat Komuniti Kunci Air Buang.

Dalam majlis tersebut seramai 200 orang pelajar dari lapan buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Tanjong Karang 2 telah menerima sumbangan

Terdahulu, Kerajaan Negeri bukan sahaja membantu pelajar bahkan rakyat diselangor telah pun mendapat berbagai manfaat dengan hasil usaha daripada pentadbiran kerajaan negeri selangor pada masa ini untuk dikongsi bersama rakyat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi JKKK Kunci Air Buang, Mohd Jamshari Kassim. Selain itu ialah Pengerusi-pengerusi JKKK Mukim Tanjong Karang 2.





Kerajaan Negeri Selangor Sumbang Buku Latihan Kepada Pelajar Sekolah

30 12 2010

Batu 10, 30 Dis    : Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, berkata, Sejak Kerajaan Negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) selama dua tahun banyak program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah dilaksanakan. Ini bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Selaras dengan moto Kerajaan Negeri iaitu, “Hasil Negeri Untuk Rakyat”, rakyat negeri Selangor kini menikmati pelbagai kemudahan yang tidak pernah dirasai oleh rakyat selama ini sepanjang  50 tahun ditadbir oleh Barisan Nasional (Bn).

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan program Penyampaian bantuan buku latihan kepada 325 orang pelajar daripada 13 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 di Perkarangan Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang.

Dalam program tersebut seramai 25 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan telah dipilih untuk menerima sumbangan buku latihan tersebut. Buku latihan tersebut telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihtan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Hari ini, sekali lagi Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar dalam bentuk buku latihan, walaupun orang anggap kecil, tetapi ianya sangat besar ertinya kepada sebuah keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga besar, katanya lagi.

Hadir salam dalam program terebut ialah Ahli-ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Mohd Faizal Mohd Barja dan Pengerusi-pengerusi JKKK Mukim Tanjong Karang 1.





Tokoh : Puan Hajjah Siti Insiah Haji Tahir

29 12 2010

Sebelum menyertai PAS dan bergiat secara aktif dengan PAS Khususnya di peringkat Cawangan, beliau pernah bergiat secara aktif dengan Umno dan pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan.

Namun setelah berlaku pemecatan keatas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, telah banyak meyedarkannya mengenai apa yang selama ini diperjuangkannya semasa di dalam Umno.

Lantaran itu, beliau dan suaminya telah bertindak meninggalkan Umno dan telah menyertai PAS di Cawangan Batu 9 Kampung tengah pada tahun 1999 yang ketika itu baharu sahaja ditubuhkan sebelum dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) pada tahun 2001. Ikuti kisah perjalanan tokoh pada kali ini, Hajjah Siti Insiah Haji Tahir.

Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Kampong Batu 9 Tanjong Karang pada 16 Oktober 1943 dan kini berusia 72 tahun. Merupakan anak ke-2 daripada 9 orang adik beradik, 6 lelaki dan 3 perempuan kepada pasangan  Haji Tahir Bin Kasan Tamin dan Siti Mariam Binti Shukor. Bapanya merupakan seorang petani manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batu 9 dan Sekolah Agama Batu 9 sehingga darjah enam.

Keluarga

Beliau kemudian telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1960 dengan Mohd Senin Bin Haji Shukur dan telah dikurniakan seramai 6 orang cahayamata, 3 lelaki dan 3 perempuan.

Mula Bergiat Aktif Dalam Politik

Mula bergiat aktif dengan politik diperingkat cawangan pada tahun 1977 sebagai ahli Umno dan pernah dilantik sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga pada tahun 1998.

Menyertai PAS

Manakala pada tahun 1998 selepas berlakunya pemecatan keatas Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang juga Timbalan Presiden Umno beliau bersama suaminya telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS melalui Cawangan Batu 9 Kampong Tengah yang baharu ditubuhkan ketika itu.

Penglibatan beliau dengan PAS Cawangan pada mulanya sebagai ahli biasa sebelum dipilih sebagai Ketua img_1995Jawatankuasa Muslimat PAS (JMC) Cawangan Batu 9 Kampong Tengah pada tahun 2001 sehingga tahun 2009. Selama beliau mengetuai JMC  selama 8 tahun beliau telah membuka kelas pengajian dirumahnya setiap hari selasa dan sabtu petang untuk kaum wanita khususnya di sekitar Kampong Sungai Tengi Kiri mendalami ilmu agama dengan dibimbing boleh pimpinan Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang.

Pada hari selasa kelas pengajian dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Asmah Binti Ahmad, yang juga Naib Ketua DMP Kawasan Tanjong Karang, manakala pada hari sabtu dibimbing oleh Ustazah Hajjah Noraini, seorang aktivis PAS Tanjong Karang.

Selain itu beliau turut terlibat aktif dengan aktiviti yang dianjurkan oleh DMP Kawasan Tanjong Karang termasuk dengan Nisa’ Tanjong Karang.

Aktiviti Masyarakat

Diperingkat masyarakat pula beliau aktif dengan kenduri kendara bersama masyarakat kampong dan melibatkan diri dengan program keagamaan yang dianjurkan di Surau Haji Ahmad Lorong Menanti 3 walaupun beliau sendiri telah menganjurkan program pengajian di rumahnya sendiri.

Selain itu beliau juga turut memainkan peranan didalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri sebagai AJK sebaik sahaja PAS bersama Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Negeri Selangor pada tahun 2008.

Masih Bergiat Aktif Dengan Cawangan

Dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu 9 kali yang ke-10 pada tahun 2009 beliau telah melepaskan jawatan sebagai Ketua JMC Batu 9 Kampong Tengah selepas 8 tahun mengetuainya kepada muka baru iaitu Puan Norazman Binti Kassim.

Walaubagaimanapun beliau telah dipilih oleh perwakilan sebagai AJK PAS Cawangan untuk sesi 2009-2011 dan masih dilantik sebagai AJK JMC bagi membantu  generasi muda mengendalikan JMC. Selain itu beliau juga masih terlibat secara aktif dengan program-program yang dianjurkan oleh DMP Kawasan dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong.

_________________________________________________________________________________________

Oleh : Mohamad Faizal Mohamed Barja

*Update 4/8/2015 – Penulis adalah Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang Merangkap Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang





Pembantu Tadbir PKM Di Masukkan Ke Hospital Tanjong Karang Kerana Keguguran

28 12 2010

Tanjong Karang, 28 Dis    : Pembantu Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Fazlena Sharif, telah dimasukkan ke wad 3 hospital Tanjong Karang kerana keguguran.

Menurut suaminya, Afif Yusof, yang juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir di PKM DUN Sungai Burong, Isterinya yang sedang mengandung anak ke-3 dan baru berusia 8 minggu dalam kandungan telah mengalami masalah sejak semalam. Namun Dr yang membuat pemeriksaan semalam mengatakan kandungannya masih ada dalam rahim.

Hari ini, sekali lagi, isteri saya membuat pemeriksaan di hospital setelah terdapat beberapa masalah yang dialami. Dan akhirnya, Dr telah mengesahkan kandungannya gugur, katanya lagi yang juga Ahli Jawatakuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tanjong Karang.

Isteri saya masih dirawat di wad 3 hospital Tanjong Karang bagi membolehkan dr membuat pemeriksaan dengan lebih lanjut sebelum dibenarkan berehat dan pulang kerumah, katanya lagi

Bagi pihak PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, mengucapkan takziah kepada mereka, semoga mereka tabah dan bersabar dengan ujian yang menimpa. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.





30 Jan Tarikh Pembuangan Undi DUN Tenang

25 12 2010

Kuala Lumpur, 24 Dis    : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 30 Januari 2011 manakala 22 Januari 2011 sebagai tarikh penamaan calon.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang yang merupakan PRK ke-14 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 diadakan berikutan kematian ADUN Tenang, Dato’ Sulaiman Taha, 59, daripada Barisan Nasional (Bn) akibat jangkitan kuman dalam darah pada 17 Disember 2010 yang lalu.

DUN Tenang yang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor, mempunyai jumlah pemilih berdaftar padat tahun 2008 adalah seramai 14, 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.

Dalam PRU ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan Sulaiman Taha menentang calon Pas yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu,Mohd Saim Siran. Dalam PRU tersebut Allahyarham memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,492. Allahyarham memperolehi undi sebanyak, 6,367 berbanding calon PAS, 3,875.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, menyeru setiap ahli PAS khususnya di Kawasan Tanjong Karang supaya turun beramai-ramai bagi membantu calon PAS yang akan bertanding di DUN Tenang.





Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

10 12 2010





Hari Keputeraan DYMM SUltan Selangor

10 12 2010





Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor

10 12 2010





Hayati Konsep Hijrah Dari Pandangan Islam

9 12 2010

Batu 10, 8 Dis    : Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Osman Sabran berkata, Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Selain itu ialah dalam soal ekonomi, pembangunan, pentadbiran termasuklah politik, katanya yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor juga berkata, Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain.

Bagaimanapun, katanya yang juga Bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah.

Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu.

Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan tazkirah semasa program penyampaian bantuan beg sekolah dan bantuan fakir miskin oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diadakan di Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang.

Seramai lebih 400 orang telah menerima sumbangan berbentuk peralatan sekolah yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor, Haji Mohd Misri Haji Idris. Antara yang turut hadir ialah, Mohd Faizal Mohd Barja, Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Pengerusi JKKK Sungai Burong Kampung, Md Yatim Mohd Said