Gunakan Propaganda Jahat Untuk Takutkan Pengundi

28 02 2013

Tanjong Karang, 27 Feb : Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia, Mohd Sany Hamzan, 165951_439454749464211_766946013_nhari ini meminta orang ramai supaya tidak percaya dengan propaganda yang sering dimainkan oleh Umno melalui media, kertana apa yang mereka laporkan sering menyeleweng daripada fakta yang sebenar.

Sebagi contoh, katanya, Umno telah mengeluarkan risalah kononnya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kuasa Raja-raja Melayu akan dihapuskan. Sedangkan PR telah mengambil persetujuan bahawa Kuasa Raja-raja Melayu akan dikekalkan sebagaimana sedia ada sekarang.

Begitu juga kononnya, sekiranya PR memerintah Malaysia Negara ini akan menjadi sebuah negara Kristian, ini juga adalah merupakan satu propaganda jahat Umno untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, katanya yang juga Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor.

Umno mendakwa kononnnya merekalah yang membela Melayu dan 541512_439445686131784_897683572_nIslam, tapi kita dapat lihat bagaimana Umno telah bertindak menzalimi Negeri Kelantan yang diketuai oleh seorang Menteri Besar Melayu dan beragama Islam, iaitu Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan menafikan hak negeri tersebut untuk mendapatkan royalti minyak sebagaimana perjanjian yang pernah dimetrai oleh Kerajaan Negeri dengan Petronas, katanya lagi.

Sedangkan, katanya, rakyat di negeri Kelantan adalah merupakan 95% terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, tetapi mereka telah bertindak zalim terhadap negeri tersebut serta memburuk-buruk negeri Kelantan kononnya negeri tersebut miskin dan tiada pembangunan.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah sempena dengan Jelajah Trailer negara Berkebajikan bersama-sama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri (DMP) Selangor, Ustazah Hajah Wan Hasrina Wan Hassan dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ng Kok Guan.





Wanita Pakatan Rakyat Tawar Agenda Wanita Malaysia

28 02 2013

544349_439447176131635_1887579000_nTanjong Karang, 27 Feb    :    Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Selangor, Ustazah Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, hari ini berkata, Wanita Pakatan Rakyat (PR) telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia merangkumi dasar bersama mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup yang berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda.

“Agenda Wanita Malaysia, yang dirangka oleh sayap wanita dalam PR itu, menekankan tiga elemen utama iaitu pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan”, katanya lagi

Bagi mencapai matlamat ini, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu juga berkata, PR berhasrat menubuhkan Pusat Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional bagi merealisasikan keberkesanan undang-undang yang merangkumi penubuhan baru dan pemberdayaan  pusat krisis sedia ada,  penambahan pusat kaunseling dan pemberdayaan NGO yang mendokong usaha ini.  

Selain itu, katanya, Penubuhan Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) sangat juga penting bagi melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing dalam masyarakat.

“Wanita PR juga berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 sebulan daripada Pakatan Rakyat khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita di dalam masyarakat. Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberi tidak boleh 385813_439455962797423_1670574667_nberbentuk sekali sekala tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan” kata nya lagi

Selain itu, caruman  sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana, kemalangan atau kematian.

“Kelak agenda yang kita mahu warwarkan bukan setakat pelan dan dasar yang menggubal tetapi kita mahu agenda yang menerapkan falsafah dan membudayakan agenda wanita di peringkat nasional dengan jelas,” katanya lagi
 
Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena dengan program Jelajah Trailer Negara Berkebajikan yang diadakan di perhentian Bas Tanjong Karang. Turut berucap ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Mohd Sany Hamzan, yang juga Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor.





Semua Kaum Diminta Jangan Percaya Propaganda Yang Dimainkan Umno

26 02 2013

Tanjong Karang, 25 Feb    : Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, hari ini mengajak406260_438411362901883_2136770798_n masyarakat Cina bersama-sama membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya akan datang dan mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor serta mengambil alih Putrajaya.

Masyarakat Cina, Melayu dan India jangan percaya dengan propaganda perkauman yang sedang di mainkan oleh pihak Umno yang semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa, setelah rakyat menolak mereka dalam PRU tahun 2008, katanya lagi.

“Semua kaum mestilah bersatu menentang dan menumbangkan Umno dalam PRU akan datang dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Kerajaan yang Bersih dan Adil serta bebas daripada rasuah” kata Timbalan Setiausaha DAP Selangor itu lagi.

 Sekarang. Katanya, bukan lagi zamannya untuk Umno menggunakan isu perkauman bagi menarik sokongan rakyat, kerana sekarang 164444_438413322901687_1156689625_nkebanyakan rakyat sudah bermaklumat dan tidak boleh ditipu dengan pelbagai propaganda

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapakan kepada kira-kira 2,000 orang masyarakat Cina semasa program Chap Go Mei yang diadakan di Pekan Tanjong Karang anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja dan Lee Bon Hong, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhd Jaafaruddin Sheik Daud, Ustazah Hajah Jamiyah Yussuf serta Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Tanjong Karang, Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin





120 Orang Pelajar Dijangka Sertai Tuisyen PTRS DUN Sungai Burong

25 02 2013

387388_438291212913898_830901072_nBatu 11, 24 Feb    :    Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Selangor pada tahun ini bagi DUN Sungai Burong diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 Tanjong Karang dengan jumlah pelajar yang telah mendaftar pada tahun ini seramai 100 orang, kata Pegawai PTRS DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.

Walaubagaimanapun, katanya, pelajar yang akan menyertai PTRS pada tahun ini dijangka seramai 120 orang, memandangkan sambutan daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari DUN Sungai Burong amat menggalakkan.

Program PTRS, diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor sejak tahun 2009 dan menawarkan sebanyak empat mata pelajaran utama bagi SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, katanya lagi.

Pada tahun lepas, jumlah pelajar yang menyertai program PTRS adalah seramai 194 orang, ini disebabkan pada tahun lepas terdapat beberapa DUN di Selangor yang tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan oleh pihak Kerajaan  iaitu 100 orang pelajar bagi setiap DUN, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang

Manakala pada hari ahad lepas, tuisyen PTRS, bagi tahun 2013 baru dimulakan dengan sesi suai kenal antara pelajar-pelajar. Program PTRS pada tahun-tahun sebelumnya diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK), tetapi pada tahun ini program ini diadakan di SRA Batu 11, katanya lagi.





Konvoi ARC Edar 7 Tawaran Anak Muda Kepada Pengundi

25 02 2013

Tanjong Karang, 23 Feb : Jelajah 7 tawaran anak muda telah berkunjung ke Tanjong 553344_438294022913617_1119055144_nKarang bagi mengedarkan tawaran Pemuda PAS kepada anak-anak muda sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang untuk mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke13 akan datang.

Sebanyak 33 buah motorsikal dibawah Alternatif Rider Club (ARC) Negeri Selangor telah tiba di hadapan pasaraya Billion Tanjong Karang bagi mengedarkan risalah tersebut kepada orang ramai disekitar pekan Tanjong Karang sebelum mereka bergerak ke Sungai Besar dan berakhir di Tanjong Malim, Perak.

Rombongan tersebut yang tiba di Tanjong Karang kira-kira jam 9.00 pagi disambut oleh Ketua ARC Tanjong Karang, Shahrizal Mohd Sabrah dan 18 orang ahli ARC Tanjong Karang.

574905_438298329579853_1923080657_nTujuh tawaran yang diberikan kepada anak muda ialah “Pendapatan Boleh Guna” iaitu tuntutan supaya diberikan gaji minima kepada pekerja memandangkan kos sara hidup nyang semakin meningkat kini. Yang kedua ialah “Keupayaan Sara Hidup” iaitu menyelaraskan cola sara hidup kakitangan kerana sekurang-kurangnya minima RM500.

Manakala yang ketiga pula ialah “Keusahawanan Belia” iaitu membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan bagi menangani mengangguran dan kemiskinan. Yang keempat pula, “Pendidikan Berkebajikan” iaitu memperkasakan institusi biayaan masyarakat melalui biasiswa, derma, wakaf dan zakat sebagai mekanisma untuk memberikan pendidikan percuma dan berkebajikan.

Yang kelima Pemuda PAS menawarkan kepada anak muda “Rumah Mampu Milik” iaitu melalui pembiay557988_438294812913538_1820315939_naian mampu milik khas tahunan untuk membina rumah mampu milik generasi muda. Manakala yang keenam pula ialah “Capaian Pengangkuran” iaitu melalui pengurangan harga kereta melalui tender terbuka permit import dan pengurangan duti eksais se=rta penyediaan prasarana pengangkutan awam yang efisyen dan mudah dicapai.

Dan yang ketujuh ialah “Kesejahteraan Hidup” iaitu penumpuan program kesihatan dan pencegahan berbanding perubatan, mewujudkan skim pembiayaian kesihatan bagi rakyat yang tiada perlindungan kesihatan daripada majikan, memperkukuhkan peranan masyarakat dalam usaha mewujudkan ketenteraman awam.





24 02 2013

Jelajah Trailer Berkebajikan 10x4x5pcs





Tekad Ambil Alih Pengurusan Air Selangor Daripada SYABAS

24 02 2013

Berjuntai Bestari, 23 Feb    : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, berkata, Kerajaan Negeri bertekad IMG-20130312-WA0020untuk mengambil alih pengurusan air daripada pihak SYABAS memandangkan pihak SYABAS gagal menguruskan air kepada pengguna sebagaimana terma yang terdapat di dalam perjanjian.

Rakyat terpaksa membayar harga air dengan tinggi, tetapi perkhidmatan yang mereka terima amat mendukacitakan dan telah banyak menyusahkan rakyat, oleh sebab itu pihak kerajaan bertekad untuk mengambil alih pengurusan air dengan kadar segera, Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ijok, itu juga berkata, “SYABAS  mendakwa masalah air yang berlaku di Selangor sekarang adalah berpunca daripada Projek Langat 2 yang tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, sedangkan krisis air di Selangor dijangka berlaku pada tahun 2014 oleh pihak SYABAS, sedangkan jika Projek Langat 2 tersebut dibina, projek tersebut bukan dapat disiapkan dalam jangka masa yang singkat ia akan memakan masa yang lama, jadi tidak timbul kononnya masalah air yang berlaku di Selangor sekarang adalah berpunca daripada Kerjaan Negeri yang enggan membenarkan Projek Langat 2”

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Forum Air Untuk Rakyat yang diadakan di Dewan Bestari Jaya, Berjuntai Bestari. Turut berucap ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Dewan Negara, Senator Syed Shahir Mohamed, Pengerusi SAMM, Che’Gu Bard.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajah Noraini Roslan, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Tan Kik Ming, Thirumoorthy Periasamy, Mohd Faizal Mohd Barja, Haji Misran Serman, Ustaz Ahmad Alang, Haji Sharuddin Dahlan, Nor Faizah Ismail dan Jegathesan Subramaniom.





Peruntukan Tambahan Untuk Ahli Majlis MDKS Laksanakan Program Mesra Rakyat

20 02 2013

Kuala Selangor, 19 Feb    : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan20130219_152440 Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, hari ini telah menyerahkan peruntukan tambahan sebanyak RM120,000.00 kepada Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi melaksanakan program mesra rakyat sepanjang tahun ini.

Beliau menyerahkan cek tersebut kepada Yang Dipertua MDKS, Hajah Noraini Roslan, semasa menghadiri program Sesi Dialog Dan Silaturrahim Bersama Pemimpin Komuniti Sempena Tahun Baru Cina di 1Plaza Kuala Selangor.

“Dengan pemberian peruntukan tambahan ini, saya harap Ahli-ahli Majlis akan terus berusaha mendekati masyarakat dengan melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun ini. Ini penting supaya masyarakat dapat melihat Ahli Majlis sentiasa bersama dengan mereka seperti di dalam program gotong-royong dan sebagainya”, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pandamaran.

Sementara itu, beliau turut memberikan peruntukan tambahan kepada MDKS sebanyak RM150,000.00 untuk pihak MDKS memperbaiki kemudahan awam seperti Dewan Dato’ Hormat, tanjong Karang, yang diberikan peruntukan sebanyak RM30,000.00 dan lain-lain, ujarnya.

Bagi program Zon Hijau pada tahun ini, pihak Kerajaan Negeri menyarankan agar pihak MDKS mengadakan program tersebut di Pantai Remis, Jeram, memandangkan tempat tersebut merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang mendapat sambutan di Negeri Selangor, katanya.

Kerajaan Negeri juga, sebagaimana tahun-tahun lepas telah memperuntukan sebanyak RM100,000 untuk meningkat dan memperbaiki kemudahan infrastruktur di Pantai Remis.

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP), Penggerak Beliau Tempatan (PeBT) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)





Kedai Jahitan Terbakar Dipercayai Akibat Litar Pintas

18 02 2013

Tanjong Karang, 18 Feb    : Tindakan pantas abang ipar yang melihat kebakaran kedai jahit adik iparnya telah Berjaya 11286_435470823195937_866675250_nmenyelamatkan kedai tersebut daripada terus hangus dijilat api kira-kira jam 2.00 petang, di Jalan Bernam Tanjong Karang.    
    
Sewaktu kejadian pemilik kedai, Juninah Hassan, 53, sedang membuat rawatan dialisis dirumahnya yang berhampiran dengan tempat kejadian, terpaksa berhenti daripada membuat rawatan apabila dimaklumkan kedainya sedang terbakar.

“akibat daripada kebakaran tersebut, beberapa peralatan yang ada didalam kedai tersebut rosak seperti mesin jahit dan tempahan pakaian termasuk sepasang baju pengantin” ujar ibu kepada dua orang anak yang telah memulakan perniagaan tersebut hampir 20 tahun yang lalu.

“Saya dimaklumkan oleh pihak bomba, kemungkinan kebakaran tersebut berlaku akibat daripada litar pintas dan kerugian daripada kejadian tersebut pula dianggarkan RM10,000.00” Katanya lagi yang ditemani suaminya, Mokhtar Abd Razak.
13143_435470879862598_330731679_n
Sementara itu Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, di pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) kami akan membantu sedaya upaya bagi meringankan beban yang beliau tanggung tambahan pula ia merupakan sumber utama pendapatan keluarganya disamping beliau sendiri juga mempunyai penyakit buah pinggang.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kajang, Siti Khadijah Sheik Osman.





PAS Tetap Konsisten Dengan Perjuangan Islam

17 02 2013

Sawah Sempadan, 16 Feb    :    Rakyat di Negeri Selangor diminta mengekalkan Kerajaan Pakatan IMG-20130312-WA0023Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sekaligus memenangi kerusi Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong dan Parlimen Tanjong Karang sekaligus mengambil alih Putrajaya, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.

“Walaupun PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pihak Umno, kononnya PAS telah lari dari dasar perjuangan Islam apabila bersama-sama dalam PR. Tetapi hakikatnya PAS tetap konsisten dengan perjuangan untuk menegakkan syariat Islam dibumi Malaysia” katanya lagi.

“Sekarang, apabila nyawa Umno sudah berada di halkum barulah mereka bercakap soal perjuangan Islam, tetapi rakyat tahu siapa sebenarnya Umno yang selama ini merendah-rendahkan hukum Islam bahkan menghalang Kerajaan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk dilaksanakan di negeri tersebut walaupun telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan sendiri”, katanya yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Sabak Bernam

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di Block D Sawah Sempadan bersama-sama Pengerusi Jawatnkuasa Tetap Pemodenan Pertanian, PengIMG-20130312-WA0025urusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Dalam majlis tersebut juga, Jawatankuasa Pilihan Raya Unit Peti Undi (JPrU) Sawah Sempadan telah melancarkan jentera pilihanraya mereka dengan penyerahan bendera PAS oleh YDP PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo kepada Ketua UPU berkenaan, Nor Azman Serin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block DKPV.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Shahri, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Permatang dan pimpinan PAS Kawasan serta PKR Cadang Tanjong Karang