Tokoh : Ustaz Haji Khairullah Junid, P.J.K

31 07 2010

Beliau adalah antara pemimpin PAS yang sangat “low profile” dan merupakan seorang pemimpin yang mempunyai mempunyai ilmu yang sangat banyak. Pernah dicalonkan PAS sebagai calon dalam Pilihanraya Umum tahun 1995 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Ikuti pengalaman dan perjuangan Bekas Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Haji Khairullah Junid, dalam ruangan tokoh pada bulan ini.

Latar Belakang

Dilahirkan pada 15 Januari 1938, di Bukit Canggang, Dengkil, Sepang. Tetapi dibesarkan di Tanjong Karang kerana mengikut kedua orang tuanya, Haji Junid b. Haji Yusof dan Hajah Musifah bt. Haji Taib, berhijrah ke Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke 2 daripada 3 orang adik-beradik.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Mamba’ul Ulum, Dato’ Manan, Tanjong Karang. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Sungai Berteh, Klang sehingga mendapat Rabi’ Thanawi. Selepas itu, pada tahun 1960, beliau menuntut di Nadzah Bukit Besar, Kedah, dan berguru dengan Tuan Guru Haji Othman Al-Yunusi, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, ketika itu.

Keluarga

Setelah menamatkan alam persekolah, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan, Hajjah Salimah Haji Ibrahim, pada tahun 1961. Hasil perkongsian hidup selama 49 tahun, beliau telah dikurniakan seramai 10 orang cahayamata, empat lelaki dan enam perempuan. Dua orang anaknya telah mengikut jejak langkahnya sebagai pendidik.

Kerjaya

Pada tahun 1961, beliau telah memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Agama Menengah Hamidiah, Kajang. Manakala pada tahun 1963 beliau telah berpindah ke Sekolah Agama Menengah di Jeram. Semasa di Jeram beliau sempat mengajar bersama Allahyarham Ustaz Abd Razak Dawami, Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Pada tahun 1974, Beliau sekali lagi berpindah ke Sekolah Arab Batu 11, Tanjong Karang. Manakala pada tahun 1977, beliau mengajar di Sekolah Agama Menengah Seri Desa (SAMSED), Tanjong Karang. Pada tahun 1979 pula, beliau ditukarkan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Hishamuddin, Kampong Jawa, Klang, sehingga pada tahun 1983, beliau kembali mengajar di SAMSED, Tanjong Karang sehingga bersara pada tahun 1993.

Mula bergiat dengan PAS

Beliau telah menyertai PAS pada tahun 1961, mula aktif dengan PAS sebagai Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan. Kemudian beliau telah diamanahkan beberapa jawatan di dalam PAS antaranya ialah sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Kuala Selangor dan Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Selangor.

Setelah berlaku persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 1995, Cawangan beliau yang dulunya dibawah DUN Permatang dan Parlimen Kuala Selangor telah di masukkan ke DUN Sungai Burong dalam Parlimen Tanjong Karang.

Setelah berlakunya persempadanan semula kawasan pilihanraya, beliau telah diamanahkan sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang. Selain itu, Ustaz Khairullah juga pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS (DUP) Negeri Selangor pada tahun 90-an.

Ustaz Khairullah yang kini menetap di Masjid Baroh, Tanjong Karang dan berusia 72 tahun, pernah dipilih oleh sebagai calon PAS di DUN Permatang menentang, Jamaluddin Adnan, dari Barisan Nasional (BN), dalam Pilihanraya Umum tahun 1995, tetapi tewas dengan majoriti 7,276.

Manakala dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-46 tahun 2009, beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan yang disandang sejak tahun 2005 untuk memberi laluan kepada muka baru. Walaubagaimanapun beliau masih diberi peranan sebagai AJK Urusan Ulama’ PAS Kawasan. Selain itu beliau juga turut melepas jawatan di peringkat negeri sebagai AJK DUP Negeri Selangor mulai tahun 2009.

Kini, selain sebagai AJK Urusan Ulama’ PAS Kawasan beliau juga masih memegang jawatan sebagai Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kanan, selain itu beliau juga adalah merupakan pengedar Harakah di sekitar Tanjong Karang

Aktiviti masyarakat

Selepas bersara, beliau telah menabur bakti sebagai tenaga pengajar di Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah, Batu 10, Tanjong Karang, sehingga tahun 2003. Selain itu, beliau juga merupakan Pembantu Imam di Masjid Jamiul Ahmadi, Masjid Baroh, Tanjong Karang. Dan mengajar secara mingguan samaada di masjid atau surau di sekitar Tanjong Karang, termasuk untuk muslimat.

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada parti dan masyarakat, beliau telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah dan pingat.

Pada tahun 2005, Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang telah menganugerahkan beliau sebagai “Tokoh Kemerdekaan PAS Tanjong Karang 2005” sempena dengan ceramah Gema Malam Kemerdekaan pada 30 Ogos 2005 yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Manakala pada 8 Mei 2010 yang lalu, PAS Kawasan Tanjong Karang telah menganugerahkan “Tokoh Jasamu Dikenang” sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Terap.

Dan yang terakhir pada 22 April 2010 beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena dengan Hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.





MDKS Adakan Lawatan Sambil Belajar ke Kota Bharu

27 07 2010

Kota Bharu, 25 Jul    : Bagi memantapkan lagi Ilmu dan pengalaman dalam menjalankan dasar-dasar kerajaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) Bandar Raya Islam (BRI).

Lawatan sambil belajar tersebut telah disertai oleh Ahli-Ahli Majlis, MDKS yang baru dilantik bagi sesi 2010-2011 dan turut disertai oleh Bekas-bekas Ahli Majlis, MDKS sesi 2009-2010. Selain itu lawatan tersebut turut melibatkan kakitangan di beberapa Jabatan dalam MDKS.

Antara Ahli-ahli Majlis yang menyertai lawatan tersebut ialah Nor Az Azlan Ahmad (Ketua Whip PAS), Low Tan (Ketua Whip DAP), Mohd Faizal Mohd Barja (Setiausaha Sekretariat Ahli Majlis), yang juga Pegawai Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Haji Misran Serman, yang juga Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Ahmad Alang, Mohd Fakaruddin Ismail, Haji Shahruddin Dollah, Mohd Faizal Baharuddin, Azli Idris, Nor Faizah Ismail, Siti Zalaha Abd Rashid, Selvandran a/a Pongundian, Tanarashu a/l Krishnan dan Jegatheesan a/l Subramaniam.

Manakala bekas-bekas Ahli Majlis yang turut menyertai lawatan tersebut ialah, Pengarah PKM, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Haji  Hairi @ Maruji Darmo dan Faridah Abd Rahman

Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) MPKB-BRI, Dato’ Haji Ahmad Mahmod dan diikuti oleh Setiausaha MDKS, Azahari Sairin, yang mewakili YDP MDKS, Haji Haris Kassim yang tidak dapat mengikuti lawatan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kemudian diadakan dialog diantara wakil MDKS dengan MPKB-BRI bagi bertukar-tukar fikiran dan pandangan serta pengalaman selama 20 tahun MPKB dalam menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat setempat.

Kemudian pihak MDKS dan MPKB telah bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda ingatan sebelum ahli-ahli rombongan dibawa melawat ke beberapa jabatan yang terdapat di dalam MPKB-BRI.





Ahli Majlis PBT Perlu Menjalankan Amanah Dan Tanggungjawab Dengan Baik

20 07 2010

Shah Alam, 30 Jul : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada seluruh Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik bagi sesi 2010-2011 semasa merasmikan persidangan Ahli-Ahli Majlis PBT Selangor penggal 2010-2011 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam.

Bagi yang dilantik semula pasti ada banyak pengalaman yang telah dicapai selama 2 tahun atau setahun memegang jawatan sebagai Ahli Majlis. Manakala bagi yang baru pula perlu bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan, katanya sewaktu berucap dalam majlis peramian tersebut.

Kerajaan Negeri cuba sedaya upaya untuk mengimbagi perlantikan Ahli-ahli Majlis PBT dengan komposisi kaum, jantina, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Profesional dan ahli-ahli politik.

Selain itu, Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan setiap Ahli Majlis PBT selama 1 tahun ½ untuk memberi peluang kepada setiap Ahli Majlis memberikan idea-idea baru dan memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Banyak rungutan yang diterima oleh kerajaan negeri daripada rakyat berkaitan dengan perkhidmatan PBT seperti sampah yang tidak dipungut, longkang yang tersumpat, lampu trafik yang tidak berfungsi dan sebagainya.

Oleh itu, kita perlu cekap menangi masalah yang timbul berkaitan dengan masyarakat bukan hanya tertumpu dengan kelompok kita semata-mata.

Menurutnya lagi, Pada masa sekarang, rakyat boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan Ahli Majlis PBT dengan mudah seperti menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), E-mail, Voice Mail dan sebagainya. Justeru itu, dalam menangani segala masalah yang ditimbulkan oleh rakyat setiap Ahli Mjalis PBT perlulah setiasa bersama-sama dengan rakyat.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Khalid turut menyampaikan watikah perlantikan Ahli Majlis PBT seluruh Selangor. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ahli-ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor dan Ahli-ahli Parlimen Selangor.





30% Muka Baru Dilantik Sebagai Ahli Majlis

20 07 2010

Shah Alam, 20 Jul : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, berkata, Sebanyak 30% Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk sesi 2010-2011 adalah terdiri dari muka baru, manakala yang selebihnya dilantik semula.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ahli Majlis pada tahun ini selama 1 tahun  ½  yang berkuatkuasa pada 7 Julai 2010 sehingga 31 Disember 2011. Bebanding tempoh perlantikan sebelum ini iaitu selama setahun. Ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada setiap Ahli Majlis untuk berkhidmat kepada penduduka di dalam PBT masing-masing, katanya lagi.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk Ahli-ahli Majlis pada sesi ini seperti kursus-kursus untuk memberikan garis panduan kepada setiap Ahli Majlis bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada rakyat. Selain itu, Ahli-ahli Majlis PBT juga akan dilibatkan dengan aktiviti gotong royong an sebagainya untuk merapatkan hubungan dengan rakyat.

Mulai pada tahun ini juga, Setiap Ahli Majlis akan dibekalkan dengan fail kosong untuk memudahkan setiap Ahli Majlis menyimpan rekod aktiviti mereka bersama masyarakat seperti gambar, video dan sebagainya. Ini bagi membolehkan pihak Kerajaan menilai prestasi setiap Ahli Majlis bila  tempoh perkhidmatan mereka berakhir tahun depan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Persidangan Ahli-ahli Majlis PBT Selangor bagi penggal 2010-2011 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Ramli Mahmud, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) dan Ahli-Ahli Parlimen.





PAS Kawasan Anjur Program Pemantapan Organisasi Parti

19 07 2010

Tanjong Karang, 18 Jul    : Buat julung-julung kalinya PAS Kawasan Tanjong Karang telah menganjurkan Program Pemantapan Organisasi Parti yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.ula bertajuk “Ke Arah Mempertahankan Kemenangan Di Selangor” oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan tajuk ketiga ialah, “Kepentingan Daftar Pemilih Dalam Menghadapi Pilihanraya” oleh Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPrN) Selangor, Jafar Samsudin.

Dengan tema “Organisasi Berkesan Pencetus Kemenangan” program tersebut melibatkan seluruh jentera parti iaitu Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, AJK Urusan Ulama’ PAS Kawasan, AJK Dewan Pemuda (DPP) dan Dewan muslimat (DMP) Kawasan, Ketua dan AJK PAS Cawangan-Cawangan, HALWA Jabatan Pilihanraya (JPrK) Kawasan, HALWA Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Burong dan Permatang.

Selain itu, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan Pengerusi Serta Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Kawasan.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Setiausaha (MSU) PAS Kawasan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh jentera PAS Tanjong Karang. Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Organisasi Berkesan Pencetus Kemenangan” oleh Pengerusi Akademi Kepimpinan (AKP) DPP Pusat, Ahmad Zaidy Abd Talib, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Kertas kerja kedua pula bertajuk “Ke Arah Mempertahankan Kemenangan Di Selangor” oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan tajuk ketiga ialah, “Kepentingan Daftar Pemilih Dalam Menghadapi Pilihanraya” oleh Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPrN) Selangor, Jafar Samsudin.

Program yang  bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari tersebut dimulakan dengan Nyanyian Lagu Tema PAS, diikuti dengan Ucapan Aluan oleh Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS selaku Pengarah Program dan ucapan Pemangku Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo.





Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor Sesi 2010 – 2011 Mengangkat Sumpah

16 07 2010

Kuala Selangor, 16 Jul    : Tiga Pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2010 –  2011 di tingkat 1 Majlis Daerah Kuala Selangor.

Ahli-ahli Majlis MDKS daripada PAS Kawasan Tanjong Karang bagi sesi kali ini ialah Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman, yang juga Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, bagi penggal kedua, yang kedua pula ialah Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang dilantik bagi penggal ketiga.

Muka baru yang mewakili PAS Kawasan ialah, Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan dan Pegawai Teknologi Maklumat (IT) PKM DUN Sungai Burong.

Selain itu, antara yang turut mengangkat sumpah ialah lapan muka baru iaitu, Siti Zaleha Abdul Rashid, Norfaizah Ismail, Tanarashu a/l Krishnan, Tee Peng,  Mohd Fakaruddin Ismail, Ahmad Alang, Lee Kok Chuan dan Jegathesan a/l  Subramaniam.

Manakala muka lama yang dilantik semula pula ialah Dato’ Mohd Yaakob Ismail, Mohd Faizal Baharuddin, Zainal Abidin Abdul Samad, Yap Kee Thian, Low Tan, Ang Boon Teik, Selvandran a/l Pongudian, Azri Idris, Haji Sharuddin Dahlan, Kwi Ai Mie, Navaratna Chandren a/l Kanagatnam, Lakhsamanan a/l Subramoiam dan Thirumoorthy a/l Periasamy.

Sebelum Ahli-Ahli Majlis mengangkat sumpah, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Setiausaha MDKS, Azahari Sairin. Diikuti dengan majlis mengangkat sumpah oleh YDP MDKS, Haji Haris Kassim dan Setiausaha MDKS, Azahari Sairin di hadapan Ahli-Ahli Majlis diikuti dengan majlis mengangkam sumpah 24 orang Ahli Majlis MDKS.

Selepas itu YDP MDKS, Haji Haris Kassim telah meyampaikan ucapan kepada seluruh Ahli-ahli Majlis. Di dalam ucapannya beliau, menyeru agar setiap Ahli majlis MDKS yang baru dilantik supaya bekerjasama antara satu sama lain serta memberikan idea dan cadangan yang bernas untuk sama-sama membangunkan MDKS supaya setaraf dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain di negeri Selangor.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli MDKS bagi sesi 2009 – 2010 yang lalu diatas segala jasa dan baikti yang telah ditabur selama memegang jawatan sebagai ahli majlis. Satu majlis bagi meraikan bekas-bekas ahli majlis yang lama akan turut diadakan bagi menghargai jasa mereka.

YDP MDKS juga turut mengumumkan perlantikan Ketua-ketua Whip bagi parti-parti iaitu Nor Az Azlan Ahmad (PAS), Zainal Abidin Abdul Samad (PKR) dan Low Tan (DAP). Manakala Setiausaha Sekretariat Ahli Majlis Pakatan Rakyat (PR) pula ialah Mohd Faizal Mohd Barja.

Turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah ialah Ketua-Ketua Jabatan MDKS .





Jawatankuasa Harian PAS Kawasan dan PKM DUN Sungai Burong adakan pertemuan dengan Pengerusi JKKK

16 07 2010

Sungai Kajang, 15 Jul    : Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong telah mengadakan perjumpaan khas bersama dengan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 di Balai Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 di Sungai Kajang.

Pertemuan tersebut diatur adalah untuk melihat dan menilai prestasi Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa JKKK di setiap kampong. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkembangan-perkembangan setiap kampong yang berada dalam pentadbiran DUN Sungai Burong. Pertemuan yang julung-julung kalinya diadakan ini  juga bertujuan untuk memberikan maklumat dan perkembangan terkini PKM DUN Sungai Burong.

Perjumpaan yang penuh dengan muhibbah itu, bermula jam 9.30 malam dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong yang baru, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang.  Selepas itu setiap Pengerusi JKKK diberi ruang untuk mengutarakan sebarang masalah, persoalan dan cadangan kepada pihak PKM DUN Sungai Burong

Hampir semua Pengerusi JKKK Mukim Tanjong Karang 1 dan 2 hadir kecuali, Nor Azman Serin (Pengerusi JKKK blok DKPV), Mat Tekor Jalil (Pengerusi JKKK Blok I) dan Arbany Katimin (Pengerusi JKKK AGH).

Pertemuan tersebut selain melibatkan kakitangan PKM DUN Sungai Burong, ia juga melibatkan Ahli Jawatankuasa Harian PAS Tanjong Karang.

Antara pimpinan PAS Kawasan dan PKM yang turut hadir ialah, Naib YDP, Haji Misran Serman, yang juga Pengurus PKM DUN  Sungai Burong, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Pegawai PKM DUN Sungai burong, Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Othman Ngah dan  Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat





Sifat Kepimpinan YB Siti Zailah Yusof Perlu Dipuji Dan Dicontohi

14 07 2010

Tali Air 3 Ban 3 ½, 13 Jul     : Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ahmad Zaidy Abd Talib, tersentuh dan memuji sifat kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan, Ustazah Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat (DMP) Pusat.

Menurutnya, Difahamkan sepatutnya saya berceramah pada malam ini bersama YB Siti Zailah Yusof. Tetapi pada saat-sat akhir saya difahamkan YB Siti Zailah tidak dapat hadir pada malam ini kerana anaknya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.

Saya sangat tersentuh malam ini apabila dimaklumkan oleh saudara Faizal, YB Siti Zailah, telah menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) jam 3.00 pagi, memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan dari Kelantan untuk datang ke Tanjong Karang bagi melunaskan janji yang dibuat dengan pihak penganjur, katanya.

Walaubagaimanapun 2 jam kemudian beliau sekali lagi telah menghantar SMS, memaklumkan beliau terpaksa berpatah balik ke HUSM kerana anaknya, sedang menangis kerana mencarinya. Inilah contoh satu sifat kepimpinan yang ada dalam pimpinan PAS, bukan sahaja beliau bahkan kebanyakkan daripada pimpinan PAS, ujarnya lagi yang juga Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor.

Seluruh ahli PAS seharusnya mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh YB Siti Zailah, walaupun beliau dalam keadaan tersepit diantara komitmen sebagai seorang ibu dan sebagai seorang pemimpin, beliau jelas sedaya upaya mahu melaksanakan tugas dan amanah yang digalas sebagai seoarang pemimpin untuk hadir ke Tanjong Karang memberi penerangan kepada masyarakat sini. Walaupun beliau tidak dapat hadir pada malam ini kerana anaknya lebih memerlukan kehadirannya, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Talir Air 3 Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, di Tali Air 3 Ban 3 ½ . Sebelum itu, zaidy, dijadualkan berceramah bersama dengan Siti Zailah Mohd Yusof, walau bagaimanapun Ahli Parlimen Rantau Panjang tersebut tepaksa menarik diri disaat-saat akhir kerana anaknya dimasukkan ke HUSM kerana masalah jantung.

Antara yang hadir ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, AJK DPP Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan dan ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Shafie Jali.





Umno Sebuah Parti Yang Sedang Nazak

14 07 2010

Tali Air 3 Ban 3 ½, 13 Jul     : Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ahmad Zaidy Abd Talib, berkata, Umno sekarang diibaratkan seperti sedang nazak dan menuju kepada kematian, sebab itu Umno telah menggunakan pelbagai cara dan kaedah bagi menghalang daripada Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya amnya dan mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor khasnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Talir Air 3 Seri Gambut, Mad Janal Nawawi di Talir Air 3 Ban 3 ½ Sungai Burong. Antara yang hadir ialah Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, AJK DPP Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan dan ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Shafie Jali.

Oleh sebab itu, menurutnya, Umno juga telah melakukan pelbagai fitnah terhadap PAS, seperti penuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Jika dilihat daripada Perlembagaan PAS, menyebut dengan jelas, Perlembagaan PAS ialah Islam, rujukan PAS pula adalah Al-Quran, Hadith, Ulama’ dan Qias, ini sudah cukup jelas PAS adalah sebuah parti yang memperjuang Islam.

Berbanding dengan penubuhan Umno, yang mana di dalam Perlembagaan Umno me
nyebut perjuangan Umno adalah bersifat kebangsaan di samping itu rujukan Umno pula adalah Perlembagaan persekutuan, ujarnya yang juga Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga mengajak orang ramai berfikir mengenai langkah kerajaan Barisan Nasional (Bn) yang telah meluluskan lessen judi bola di Parlimen baru-baru ini. Di dalam Al-quran telah jelas disebut “Wahai Orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, bertenung nasib dan menyembah berhala adalah perbuatan keji dan amalan syaitan. Maka hendaklah kamu menjauhi”

Tetapi pemimpin Umno tidak menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan, sebab itu mereka boleh menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, jadi sekarang kita boleh bezakan siapakah yang sesat, Umno atau PAS? Soalnya.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh orang-orang Melayu dan yang beragama Islam, supaya berfikir dan bezakan kejayaan yang telah dilakukan sepanjang 3 tahun pemerintahan kerajaan PR di negeri Selangor berbanding di zaman Bn memerintah sebelum ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor dibawah PR sekarang telah banyak membantu meningkatkan ekonomi rakyat dinegeri Selangor, seperti contohnya program Mesra usia Emas dan Pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri Selangor.

Di zaman kerajaan Bn sebelum ini rakyat tidak pernah merasai semua perkara ini. Oleh itu, rakyat di negeri Selangor perlulah terus mempertahankan kerajaan PR di Selangor dalam Pilihanraya Umum akan datang dengan memenangi lebih banyak kerusi di peringkat Dewan Negeri (DUN) khususnya di DUN Sungai Burong, ujarnya lagi mengakhiri ucapan.





Sukarelawan Malaysia Ke Gaza, Jamuliddin Elias, Di Tanjong Karang

13 07 2010

Tanjong Karang, 13 Jul    : Sukarelawan Malaysia yang diserang oleh tentera zionis Israel dalam misi bantuan kemanusia ke Gaza Palestin akhir Mei yang lalu, Jamuliddin Elias, akan turun ke Tanjong Karang pada 18 Julai 2010, ahad ini untuk memberi ceramah yang bertajuk “Kisah Dari Gaza” kepada orang-ramai di dua tempat  iaitu Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan Masjid At-Tuqo, Parit 1 Sungai Sireh.

Program pertama akan diadakan di Dewan Dato’ Hormat pada jam 3.00 petang. Program yang dikendalikan oleh Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang tersebut akan melibatkan seluruh jentera Muslimat PAS Cawangan-cawangan di Tanjong Karang, selain itu program pada petang itu juga terbuka kepada orang ramai.

Manakala program kedua pula ialah kuliah maghrib dengan tajuk yang sama dan akan diadakan di masjid At-Tuqo’ Parit 1 Sungai SIreh mulai jam 8.00 malam selepas solat maghrib.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar kisah beliau dan sukarelawan Malaysia semasa di serang oleh zionis Israel semasa dalam misi bantuan kemanusia kepada penduduk Gaza di Palestin.

Dalam kejadian tersebut kapal yang dinaiki oleh sukarelawan Malaysia, Mavi Marmara, telah diserang oleh Israel pada akhir Mei 2010 yang lalu dan mengakibatkan 2 orang sukarelawan dari Negara luar telah mati syahid.