Tiga Sekeluarga Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

23 08 2015

Tanjong Karang, 23 Ogo    : Tiga sekeluarga maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang ditunggangnya hilang IMG-20150822-WA0102kawalan dan merempuh sebuah lori di Kilometer 35.9 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari arah utara menghala ke KLIA.

Pemandu kenderaan, Mohamad Rafee Bin Mohammad Khamdani, 30, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori dan mengakibatkan dua penumpang yang turut berada dalam kenderaan terbabit meninggal dunia ditempat kejadian iaitu bapanya, Mohammad Khamdani Bin Sardi, 59 dan kakaknya Siti Salwati Bin Mohammad Khamdani, 33.

Manakala dua penumpang lagi yang turut bersama dalam kenderaan tersebut iaitu anak Khamdani dan anak kepada pemandu kenderaan dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.30 petangIMG-20150823-WA0016

Ketiga-tiga jenazah telah dibawa ke rumah keluarganya di Block I Sawah Sempadan kira-kira jam 8.00 pagi ini untuk disembahyangkan dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato’ Manan dalam satu liang lahad.

Menurut rakannya, Haji Othman Shamsudin, Pagi semalam sebelum Allahyarham bertolak ke Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis walimatul urus saudaranya, kami sempat bersarapan dan bersembang seperti biasa. Allahyarham tidak menunjukkan apa-apa perubahan sepanjang perbualan tersebut.

Bila saya dimaklumkan Allahyarham terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia saya amat terkejut dan tidak menyangka kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata. Lebih mengejutkan lagi Allayarham turut meninggal bersama-sama dua orang anaknya, katanya yang juga Ketua PAS Cawangan Batu 10 Jalan Lama.
IMG-20150823-WA0015
Allahyarham juga adalah merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan saya, dan kehilangannya adalah merupakan satu kehilangan besar bagi kami PAS Cawangan Batu 10, katanya AJK PAS Kawasan Tanjong Karang itu lagi.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Mohd Shaaban Sujak dan lain-lain.





Enam PASTI terima Cek Skim TUNAS

21 08 2015

Tanjong Karang : Sebanyak enam buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di IMG-20150821-WA0026dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong hari ini telah menerima cek Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) untuk bayaran bagi bulan April sehingga Jun 2015.

Enam buah PASTI yang menerima skim tersebut ialah PASTI Nurul Islam, Sungai Kajang (12 orang); Al- Badar, Kampung Datuk Manan (36 orang); Al Amin, Block C Sawah Sempadan (10 orang); Al Ikhlas, Kampung Parit 4 (16 orang);  Al Hidayah, Batu 10 (22 orang) dan Al Arif, Sungai Sireh (18 orang). Cek tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja.
IMG-20150821-WA0022
“TUNAS adalah satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang berkait rapat dengan pendidikan pra sekolah yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,  Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Selangor sejak tahun 2013”, katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang

Kerajaan Negeri, katanya, sentiasa mengambil berat dengan pendidikan rakyat di Negeri Selangor, terutama pendidikan awal. Sebelum iniIMG-20150821-WA0027 Kerajaan Negeri Selangor  telah melaksanakan beberapa program berkaitan dengan pendidikan seperti Program Tuisyen Rakyat, Hadiah Masuk Universiti dan yang terakhir ialah TUNAS.

Untuk Skim TUNAS, kelayakan bantuan adalah untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500.00 ke bawah. Walaubagaimanapun untuk ibu bapa yang berpendapatan RM2,500.00 ke atas dan mempunyai jumlah tanggungan anak yang ramai juga akan dipertimbangkan, ujarnya lagi.

Turut serta semasa penyampaian cek TUNAS tersebut ialah Pengerusi PASTI Tanjong Karang, Muhamad Abdul Majid.





Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Ke Pantai Timur dirai

17 08 2015

IMG-20150814-WA0163Tanjong Karang: Sukarelawan Briged Kebajikan Tanjong Karang yang menyertai Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur 1.0 – 5.0 akhir tahun lalu dan awal tahun ini telah diraikan di Apps Hotel Kuala Selangor.

Menurut Pengerusi Briged, Mohd Faizal Mohd Barja, Sukarelawan Briged Kebajikan Tanjong Karang telah turun ke Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan setiap minggu untuk menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk disana.

Selain menghulurkan bantuan kepada penduduk, sukarelawan misi bantuan banjir turut mengadakan gotong royong membersihkan rumah penduduk, sekolah dan membina khemah sementara untuk kegunaan penduduk yang terjejas teruk akibat daripada banjir tersebut.IMG-20150814-WA0176

Ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka musnah samasekali semasa banjir besar tersebut, katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi Kerajaan yang turut terlibat semasa misi tersebut bersama-sama sukarelawan Briged seperti Pejabat Tanah/ Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Pejabat Projek Pembangunan Kawasan Pertanian  Bersepadu (IADA) Kuala Selangor, Kolej Inpens Kuala Selangor dan Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin.
IMG-20150814-WA0185
Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Shafie Ngah. Ahli Dewan Negeri Kawasan Bangi, tersebut juga turut berkongsi pengalaman membantu mangsa banjir di Kelantan.

Sehingga kini, kami melalui Bangi Care telah membina IMG-20150814-WA0186rumah pasang siap untuk penduduk seramai 15 buah rumah dan kini masuk rumah ke 16.

Rumah Pasang siap dipilih memandangkan ianya lebih cepat disiapkan berbanding rumah biasa yang memakan masa agak lama. Tambahan pula rumah tersebut boleh bertahan dijangka sehingga 50 tahun, katanya lagi.

IMG-20150814-WA0156Seramai hampir 80 orang sukarelawan telah hadir dimajlis tersebut. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abd Raji, Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Azahari Sairin, Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad dan lain-lain.

Dalam majlis tersebut, Shafie, turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan dan sukarelawan yang terlibat semasa misi bantuan banjir 1.0-5.0 yang lalu.





Gembira dapat berpindah ke rumah baru

17 08 2015

Tanjong Karang : Kesedihan yang menimpa Sulaiman Alang, beberapa bulan yang lalu apabila rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran telah berganti kegembiraan apabila beliau dan keluarganya mendapat rumah baharu hasil sumbangan dari Bangi Care dengan kerjasama Briged Kebajikan Tanjong Karang.
IMG-20150813-WA0112(1)
Rumah tersebut mula dibina awal bulan Jun lalu telah siap dibina beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Shafie Ngah, yang juga Ahli Dewan Negeri Kawasan Bangi telah hadir dan merasmikan rumah tersebut.

Menurutnya, Walaupun saya tinggal di Bangi, tetapi rasa kebersamaan dengan penduduk disini masih ada, kerana saya berasal dari Kampung Parit 4, Sungai Burong.

Semasa sekolah dahulu, jalan dihadapan rumah ini adalah merupakan laluan saya untuk ke Sekolah Agama Menengah Seri Desa (SAMSD) di Sungai Kajang. Oleh itu, apabila saya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa Sulaiman Alang aka Pak Ibrahim ini, saya rasa terpanggil untuk IMG-20150813-WA0108memberikan bantuan bagi membina semula rumahnya, katanya lagi.

Alhamdulillah, katanya, dengan kerjasama daripada Briged Kebajikan Tanjong Karang, rumah ini telah berjaya disiapkan dan Pak Ibrahim beserta keluarga dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu di rumah yang baru.

Sebenarnya, saya telah pun datang kerumah Pak Ibrahim sebelum ini, pada waktu malam hari raya kedua untuk melihat sendiri keadaan rumah tersebut dan berpuas hati dengan pembinaannya, katanya lagi.

Sementara itu, Pak Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu membina semula rumahnya, terutamanya bantuan daripada YB Shafie Ngah dan anggita Briged Kebajikan Tanjong Karang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah, Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, Yang dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad dan pemimpin masyarakat setempat.





Pemimpin Masyarakat, Agensi Kerajaan Hulur Sumbangan Untuk Maahad Thahfiz

10 08 2015

IMG-20150809-WA0124Tanjong Karang, 9 Ogo :        Pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan telah hadir menyalurkan pelbagai sumbangan untuk pembinaan semula Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang yang hangus terbakar malam tadi dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam.

Kebakaran yang dipercayai akibat daripada litar pintas tersebut hangus sama sekali dan menyebabkan 25 orang pelajar hilang tempat tinggal.
IMG-20150809-WA0121
Bangunan berusia lebih 20 tahun tersebut, terletak berhampiran dengan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang.

Antara pemimpin masyarakat yang melawat dan memberikan sumbangan ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Hajah Siti Mariah Mahmud dan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri serta Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang, Rozanna Zainal Abidin.
IMG-20150809-WA0191
Manakala pada sebelah petang, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor turut hadir melawat tempat kejadian.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Haji Zaidy Abdul Talib, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga turut hadir.
IMG-20150810-WA0004
Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajah Noraini Roslan, juga turut hadir memberikan sumbangan kepada Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10 dan menyampaikan sumbangan kepada 25 orang pelajar.

Sementara itu, Mudir Maahad Thahfiz berkenaan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Kami memerlukan kira-kira RM1.5 juta untuk pembinaan semula thahfiz moden untuk keselesaan dan menampung jumlah pelajar pada masa akan datang. Bangunan baru tersebut dijangka akan dibuat di tapak berhampiran bangunan sediaada  IMG-20150809-WA0151yang telah hangus terbakar.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan untuk pembinaan semula Maahad Thahfiz berkenaan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Maahad Jamiul Hasanat (12083010011313).

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang dan pemimpin masyarakat setempat.





Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Hangus Terbakar

9 08 2015

Tanjong Karang, 8 Ogo: Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10 TanjongIMG-20150809-WA0114 Karang hangus dalam kebakaran yang memakan masa 15 minit dipercayai akibat daripada litar pintas.

Maahad Thahfiz yang berusia lebih 20 tahun itu mempunyai murid seramai 25 orang yang berumur antara 12 sehingga 17 tahun dan dengan beberapa orang tenaga pengajar, terletak di berhampiran dengan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang.

Menurut Pengerusi Maahad Thahfiz tersebut, Ustaz Mat Hasbollah Sudin, sewaktu kejadian, pelajar-pelajar Thahfiz tiada di dalam asrama kerana menghadiri kenduri penduduk qariah. Saya dimaklumkan oleh jiran berhampiran, api dipercayai mula menyala IMG-20150809-WA0112daripada salah sebuah bilik sebelum merebak dengan pantas dan menyebabkan bangunan yang menempatkan kelas dan asrama pelajar tersebut hangus sama sekali.

Sementara itu, Mudir Maahad Thahfiz tersebut, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Sewaktu kejadian, kira-kira jam 9.30 malam saya berada di Sawah Sempadan kerana menghadiri rumah terbuka, sebelum mendapat panggilan daripada ahli qariah yang memaklumkan kebakaran tersebut sebelum bergegas pulang.

Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya melihat keseluruhan bangunan asrama tersebut telah hangus terbakar dan pasukan bomba dan penyelamat sedang memadamkan kebakaran. Kebakaran dipercayai aklibat daripada litar pintas, katanya yang juga salah seorang pengasas Maahad berkenaan.
IMG-20150808-WA0169
Sementara itu, Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin, berkata, Saya telah menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor. Dan pihak JKM Kuala Selangor telah memberikan bantuan segera seperti tilam, bantal selimut dan keperluan untuk pelajar.

Turut sama ditempat kejadian ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badriza Mohd Noor, dan beberapa agensi kerajaan.





1 08 2015

IMG-20150731-WA0120

IMG-20150731-WA0115

IMG-20150731-WA0116

IMG-20150731-WA0118

IMG-20150731-WA0119