Pemimpin Masyarakat, Agensi Kerajaan Hulur Sumbangan Untuk Maahad Thahfiz

10 08 2015

IMG-20150809-WA0124Tanjong Karang, 9 Ogo :        Pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan telah hadir menyalurkan pelbagai sumbangan untuk pembinaan semula Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang yang hangus terbakar malam tadi dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam.

Kebakaran yang dipercayai akibat daripada litar pintas tersebut hangus sama sekali dan menyebabkan 25 orang pelajar hilang tempat tinggal.
IMG-20150809-WA0121
Bangunan berusia lebih 20 tahun tersebut, terletak berhampiran dengan Masjid Jamiul Hasanat Batu 10 Tanjong Karang.

Antara pemimpin masyarakat yang melawat dan memberikan sumbangan ialah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Hajah Siti Mariah Mahmud dan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri serta Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang, Rozanna Zainal Abidin.
IMG-20150809-WA0191
Manakala pada sebelah petang, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor turut hadir melawat tempat kejadian.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Haji Zaidy Abdul Talib, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga turut hadir.
IMG-20150810-WA0004
Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajah Noraini Roslan, juga turut hadir memberikan sumbangan kepada Maahad Thahfiz Jamiul Hasanat Batu 10 dan menyampaikan sumbangan kepada 25 orang pelajar.

Sementara itu, Mudir Maahad Thahfiz berkenaan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Kami memerlukan kira-kira RM1.5 juta untuk pembinaan semula thahfiz moden untuk keselesaan dan menampung jumlah pelajar pada masa akan datang. Bangunan baru tersebut dijangka akan dibuat di tapak berhampiran bangunan sediaada  IMG-20150809-WA0151yang telah hangus terbakar.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan untuk pembinaan semula Maahad Thahfiz berkenaan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Maahad Jamiul Hasanat (12083010011313).

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong Karang dan pemimpin masyarakat setempat.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: