Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

27 09 2013

Alor Setar, 26 Sep    : Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, 68, telah meninggal dunia jam 11.15 Menteri-Besar-Kedahpagi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah, akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2008 sebaik sahaja PAS bersama PKR dan DAP memenangi Pilihan Raya umum (PRU) ke 10 pada 8 Mac 2008.

Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Limau mula bertanding pada tahun 1995 pada waktu itu dikenali dengan DUN Sala sehingga pada PRU ke-13.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Datin Seri Diraja Hajah Faekah Sheik Hamzan dan Shamsiah Shafie dan 14 orang anak.
1238055_566055903460577_1061506064_n
Pada bulan jun yang lalu Allahyarham telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran “Tan Sri” sempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Jenazah telah disembahyangkan dan disemadikan di Kolej Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena bersebelahan bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut mencemar duli hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Selain itu antara pemimpin yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir