Dialog Isu Semasa Bersama Pimpinan PAS Negeri Selangor

29 07 2015

20150728_204445Tanjong Karang, 28 Jul : Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Selangor hari ini telah mengadakan lawatan ke Kawasan Tanjong Karang dan diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Kompleks PAS DUN Sungai Burong.

Program dimulakan dengan berbincangan mengenai perkembangan semasa PAS khusunya di Kawasan Tanjong Karang kh20150728_224352ususnya selepas daripada Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 yang diadakan pada awal bulan Jun yang lalu.

Selepas daripada dialog dan perbincangan isu semasa tersebut, Ahli-ahli Jawatankuasa Harian PAS Negeri telah mengadakan20150728_221217 dialog dan soal jawab dengan ahli-ahli PAS Kawasan Tanjong Karang.


Antara pimpinan BPPNS yang turut hadir ialah, Setiausaha BPPN Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Mohd Haslin Hassan, Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Negeri, Ustaz Ridzuan Rahmat, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Tahirah Ahmad

Advertisements




ORANG RAMAI HADIRI RUMAH TERBUKA

28 07 2015

IMG-20150726-WA0237Tanjong Karang, 26 Jul    :    Rumah terbuka PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai mulai jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Dianggarkan lebih 2,000 orang telah hadir ke majlis tersebut termasuk dari kaum Cina dan India. Yang IMG-20150726-WA0086Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir memenuhi jemputan ke rumah terbuka pada tahun ini.

Orang ramai yang hadir turut dihidangkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Al Fateh daripada Maahad Thahfiz Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan, dIMG-20150726-WA0151an Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor; Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor; Ustaz Shafie Ngah, yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor, IMG-20150726-WA0293Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim, Setiausaha DPPN Selangor, Damanhuri Dol dan Yang Dipertua (YDP) PAS Sabak Bernam, Ustaz Sallehen Mukhyi, yang juga ADUN Sabak.

Turut hadir ialah Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Yahya Mat Shaari dan Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Rozana Zainal Abidin dan rombongannya dan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang, Dato’ Seri Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang diiringi oleh Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umo Bahagia, Marwan Ahmad, Dato’ Habibah Mohd Yusof dan Salbiah Saari serta rombongannya.





16 07 2015

IMG-20150713-WA0081

IMG-20150713-WA0075

IMG-20150713-WA0084

IMG-20150713-WA0077

 





Lawatan Ke Hospital Menjelang Hari Lebaran

15 07 2015

Tanjong Karang, 14 Jul    :    Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong IMG-20150714-WA0045dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang telah mengadakan lawatan ke Hospital Tanjong Karang dan menyampaikan sumbangan sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.

Lawatan diketuai oleh Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, itu dimulakan jam 9.30 pagi di Wad 1, Wad 2 dan Wad bersalin serta  Hemodialisis seramai lebih 200 orang pesakit berseta jururawat telah menerima hamper.

Turut menerima hamper pada hari tersebut ialah Klinik Kesihatan Sungai Kajang, KliIMG-20150714-WA0061nik Pergigian Tanjong Karang, Balai Polis dan Balai Bomba dan Penyelamat.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, program tersebut adalah merupakan program tahunan yang diadakan menjelang Hari Raya.

“Dikala umat Islam sedang bergembira untuk menyambut ketibaan Aidilfitri, kita jangan lupakan insan-insan yang kurang bernasib baik yang sedang menerima ujian daripaIMG-20150714-WA0044da Allah dengan pelbagai ujian seperti sakit dan sebagainya. Justeru itu, kami datang untuk melawat dan memberikan sedikit buah tangan untuk menggembirakan mereka” katanya lagi yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang.

Kita juga menghargai jasa pasukan keselamatan yang bertugas untuk menjaga  keselamatan rakyat pada hari lebaran. Oleh itu, kami turut menyampaikan sumbangan hamper tersebut kepada mereka, katanya lagi

IMG-20150714-WA0047Turut serta dalam lawatan tersebut ialah, Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Tiong Koo Yong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang, Norsidah Samat dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Hajah Hartati Moharom, Haji Othman Shamsudin, Nor Azman Serin, Mohd Sa’ad Bakar, Sri Rahayu Cham Sari, Rodziah Shamsudin dan lain-lain





Edar lebih 700 bubur lambuk untuk orang ramai sempena bulan ramadhan

13 07 2015

IMG-20150712-WA0100Tanjong Karang, 12 Jul    :    PAS Kawasan Tanjong Karang telah mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan Tanjong Karang kepada orang ramai. Sebanyak lebih 700 bungkus bubur lambuk  telah disediakan oleh PAS Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Edaran bubur lambuk telah mula dibuat mulai jam 5.00 petang dihadapan pasaraya sakan diketuai oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad.
IMG-20150712-WA0092
Sebelum ini, edaran bubur lambuk turut diagihkan oleh PAS Kawasan pada 5hb Julai 2015 ditempat yang sama dan turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Turut hadir mengagihkan bubur lambuk ialah Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain, Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Tiong Koo Yong, Penggerak Belia Temptan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Sharan Mohd Salleh, Mohamad Azman Abdul Azis dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) IMG-20150712-WA0109PAS Kawasan, Hajah Hartati Moharom, Norsidah Samat, Rodziah Shamsudin dan lain-lain.

Sementara itu, PeBT MDKS, turut mengadakan program berbuka puasa dan solat terawih di surau sementara MDKS yang terletak di bazar Ramadhan Tanjong Karang. Sambutan daripada peniaga dan orang ramai sangat menggalakkan.

“Insya-Allah, pada tahun hadapan kita akan mengatur program ini dengan lebih teratur dan tersusun secara mingguan di bazar ramadhan dan akan turut mengadakan tazkirah untuk peniaga dan pengunjung yang datang ke bazar ramadhan”, kata Pengerusi PeBT Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis yang juga Setiausaha DPP Kawasan Tanjong Karang.





Iftar Ramadhan Bersama Presiden PAS Dapat Sambutan Menggalakkan

6 07 2015

20150705_180239Shah Alam, 5 Jul : Program Iftar Ramadhan dan ramah mesra bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli PAS Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Universiti Industri Selangor (UNISEL) Seksyen 7 Shah Alam.

Di dalam ucapannya Tuan Guru Haji Abdul Hadi, berkata, “Kemenangan adalah anugerah daripada Allah s.w.t, tiada gunanya jika dianugerahkan kemenangan tetapi hukum Allah tidak dapat dilaksanakan, kerana ia adalah merupakan salah satu daripada asas perjuangan yang dibawa oleh PAS sejak ditubuhkan 60 tahun yang lalu”

“Oleh yang demikian, semua ahli-ahli PAS diminta untuk20150705_175213 terus beristiqamah bersama perjuangan PAS bagi mendaulatkan hukum dan pemerintahan Islam, Insya-Allah jika kita menolong agamanya, Allah s.w.t akan memberi pertolongan kepada perjuangan ini, tanpa disangka-sangka”, katanya lagi.


Program tersebut adalah merupakan anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat, dalam rangka lawatan ke Negeri-negeri selepas daripada Muktamar Tahunan PAS pada bulan Jun yang lalu

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib-naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah, Dato’ Isiftar shah alamkandar Abdul Samad, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.

Antara pimpinan PAS yang turut hadir ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalannya, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naibnya, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Setiausaha, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha, Haji Othman Ngah dan lain-lain.





Gotong Royong Sediakan Bubur Lambuk Untuk Orang Ramai

3 07 2015

Tanjong Karang, 2 Jul    : Sempena bulan Ramadhan yang mulia Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 & 2, Jumasri Jumin bersama-sama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Penggerak Belia Tempatan20150702_123221 (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Pengerusi-pengerusi Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengadapan program edaran bubur lambuk untuk orang ramai di sekitar pekan Tanjong Karang.

Bubur lambuk tersebut disediakan secara bergotong royong  mulai awal pagi dan siap pada waktu tengahari. Sebanyak lebih 600 bungkus bubur lambuk berjaya disiapkan hasil kerjasama daripada semua pihak dan diedarkan kepada orang ramai di hadapan Balai Penghulu Mukim Tanjong Karang 2 mulai jam 4.30 petang.

Selain itu, bubur lambuk tersebut turut diberikan kepada kakitangan hospital TanjIMG-20150702-WA0105ong Karang bagi menghargai jasa mereka yang telah banyak berkorban untuk rakyat.

Antara pimpinan masyarakat yang hadir dan mengedarkan bubur lambuk ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang dan lain-lain.IMG-20150702-WA0113

“Program yang julung-julung kalinya diadakan ini, adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah diantara satu sama lain dan memupuk semangat saling bekerjama terutamnya dibulan yang mulia” kata Jumasri.

Majlis berbuka puasa dan solat terawih turut diadakan di perkarangan Balai Penghulu dan dihadiri oleh pimpinan masyarakt setempat dan Ketua-ketua kampong di kedua-dua mukim