Selamat Berjuang Sahabatku

19 05 2018





Dato’ Menteri Besar Selangor mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan Pembubaran DUN

9 04 2018

Y.A.B Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memohon perkenan pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14





Perdana Menteri Umum Pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7hb April 2018

6 04 2018

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa 7hb April 2018 bagi memberi laluan Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 diadakan.





Pak Comat Pengedar Harakah Tanjong Karang Meninggal Dunia

22 02 2018

22 Feb, Tanjong Karang: PAS Kawasan Tanjong Karang hari ini kehilangan seorang lagi IMG-20180222-WA0010aktivis yang sangat “low profile”, Ali Mohd Sham, 73, yang telah kembali kerahmatullah jam 7.50 pagi di rumahnya akibat sesak nafas.

Allahyarham yang dikenali dengan panggilan “Pak Comat” dikalangan penduduk kampung dan ahli PAS Tanjong Karang adalah merupakan pengedar harakah Tanjong Karang sejak sekian lama.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, berkata, Saya mengenali Allahyarham memang lama, arwah merupakan seorang yang istiqamah dalam perjuangan dan merupakan seorang yang low profile.

Selain menjadi pengedar Harakah, arwah yang bekerja sendiri juga turut menjadi mengambil upah mengedarkan kad jemputan ke kampung-kampung sebagai salah satu sumber pendapatannya, katanya lagi.

Sementara itu bagi Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad berkata, Saya terkejut apabila mendapat watsap yang memaklumkan arwah Pak Comat telah meninggal dunia.

Pemergiannya adalah merupakan satu sehilangan besar semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, katanya lagi.

Arwah meninggalkan 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 orang perempuan serta 7 orang cucu. Isterinya telah meninggal dunia 2 bulan yang lalu, pada 13 Disember 2017.





Wanita memainkan peranan besar dalam demokrasi

1 02 2018

31 Jan, Kuala Selangor : Seramai lebih 60 orang peserta telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong yang bertajuk “Kepimpinan Wanita Dalam Arus Demokrasi” hari ini yang diadakan di Dewan D’Corel Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad.

Di dalam ucapannya, Peranan wanita dalam arus demokrasi tidak dapat disangkal lagi, mereka bukan sahaja hanya menjadi penyokong atau pengundi bagu sesuatu program atau parti, tetapi wanita sekarang telah diberikan peranan sebagai sebahagian daripada pembuat keputusan.

Contoh yang jelas, katanya, adalah seperti di dalam pentadbiran negeri Selangor yang telah melantik beberapa orang wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO), begitu juga diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah melantik ramai dikalangan Ahli-ahli Majlis dikalangan wanita.

 

Bukan setakat itu sahaja, daerah Kuala Selangor pernah mencatat sejarah dengan perlantikan Hajah Noraini Binti Roslan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada tahun 2011 sehingga tahun 2016 yang lalu, dan kini beliau telah dilantik pula sebagai YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada awal tahun ini.

Peranan wanita sebagai isteri dan ibu juga turut dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor, ini dapat dilihat dengan pelbagai program diwujudkan oleh Kerajaan Negeri khusus untuk kaum wanita contohnya seperti PWB yang di wujudkan di setiap DUN untuk membantu kaum wanita dari sudut pelbagai kemahiran seperti masakkan, kraftangan dan sebagainya.

Saya melihat sendiri bagaimana Penyelia PWB DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak, telah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk kaum wanita di DUN Sungai Burong. Setiap minggu PWB mempunyai program yang diadakan di Dewan PWB di Parit 2 Sungai Burong dan saya kira PWB DUN Sungai Burong adalah merupakan salah satu PWB yang aktif di daerah Kuala Selangor ini

Dan yang terbaru adalah program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dikhususnya untuk kaum-kaum ibu yang berkelayakkan dan masih mempunyai tanggungan dibawah umur 21 tahun.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Mesra Rakyat (PMR) Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.





Tahniah Y.B Ustaz Shafie Bin Ngah, S.M.S

12 12 2017

24993385_1943271179325915_5812149335117004222_n





Daulat Tuanku

11 12 2017





Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2018

3 11 2017

Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2018 oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor





Jenazah Bekas Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong Selamat Di Kebumikan

17 06 2017

Tanjong Karang, 17 Jun : Jenazah Bekas Pegawai Penyeleras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Drs Mohamad Rashdi Deraman, 54, yang juga bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, yang meninggal dunia akibat penyakit barah usus di Hospital Selayang telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Sungai Burong, Tanjong Karang malam tadi.

Sebelum itu, solat jenazah telah diimamkan dan ditalkinkan sendiri oleh anaknya Mohamad Taqiuddin Mohamad Rashdi, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang merangkap Pengerusi penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di Masjid Batu 12, Sungai Burong.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri dan 6 orang anak hasil daripada kedua-dua perkahwinannya.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, yang juga Ahi Dewan Negeri (ADUN) Sabak yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Pegawai Penyeras PKM DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, yang juga Naib YDP PAS Kawasan, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, Ahli Majlis, MDKS, Haji Othman Ngah dan lain-lain.





Bekas Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong Meninggal Dunia

16 06 2017

Tanjong Karang, 16  Jun : Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi

Deraman, 54, dan bekas Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, telah meninggal dunia jam di Hospital Selayang setelah akibat penyakit barah usus yang dihidapinya selama beberapa tahun.

Perkara tersebut telah disahkan oleh anaknya, Mohamad Taqiuddin Mohamad Rashid yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, melalui aplikasi whatapp dan facebook.

Allahyarham yang berasal daripada Machang, Kelantan, meninggalkan dua orang isteri iaitu Ustazah Siti Alpiah Kayun dan Adawiyah Mutalib serta 5 orang anak daripada kedua-dua perkahwinannya.

Allahyarham pernah diamanahkan sebagai Ketua DPP Kawasan Tanjong Karang pada tahun 1999 – 2003, Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor pada tahun 2001 -2003, Ketua Penerangan PAS Kawasan (2003 -2004 dan 2015 sehingga sekarang), YDP PAS Kawasan pada tahun 2009 – 2010 dan Timbalan YDP PAS Kawasan  tahun 2011 – 2014.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pendidik sebelum melepaskan jawatan untuk bergiat aktif didalam politik terutamanya selepas kemenangan Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Kawasan Sungai Burong pada tahun 1999, beliau telah diamanahkan sebagai Pegawai Khas ADUN Sungai Burong.

Selepas PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan Negeri Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008. Allahyarham telah diamanahkan sebagai Pegawai Penyeras DUN Sungai Burong sehingga pada tahun 2010 sebelum melepaskan jawatan. Allahyarham sekali lagi dilantik sebagai Pegawai Penyelas pada tahun 2011 sehingga tahun 2012.

Di dalam pilihanraya Umum (PRU) tahun 2013, beliau yang juga Timbalan YDP Kawasan pada waktu itu, telah diamanahkan oleh parti sebagai calon PAS bagi Parlimen Tanjong Karang menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Tan Sri Dato’ Seri Noh Omar.

Belasungkawa Drs Mohamad Rashdi Deraman








Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free