Rumah Terbuka PAS Tanjong Karang Meriah

19 07 2016

IMG-20160717-WA0170Tanjong Karang, 17 Julai : Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Sungai Burong berjalan dengan lancar dan meriah bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Pelbagai hidangan disediakan kepada orang ramai ialah seperti kambing bakar, nasi minyak, rendang daging, pecal, soto dan laksa serta kuih muih.IMG-20160717-WA0083

Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Lee Boon Hong dan wakil PKR Tanjong Karang, Hasan Sani serta Dayang Suhana Jaafar.

Sementara itu Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras PKM DNS Sungai Burong, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan rumah terbuka pada kali ini dan mengharapkan supaya seluruh rakyat terus IMG-20160717-WA0218memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Antara pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang yang hadir ialah, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Ketua Urusan ‘Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan, Ustaz Haji Mohd Shaaban Sujak, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Tiong Koo Yong.

Advertisements




Rakyat Selangor Bertuah Kerana Nikmati Pelbagai Faedah

13 04 2016

Tanjong Karang, 10 Apr : Rakyat di Negeri Selangor sangat beruntung keranaIMG-20160410-WA0211 mempunyai Kerajaan yang prihatin dan membela nasib rakyatnya sejak berlakunya perubahan Kerajaan bermula pada tahun 2008, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Noraini Hussein.

Ini katanya, disebabkan rakyat sudah bosan dengan keytidak cekapan urustadbir yang dilakukan oleh Kerajaan dibawah Barisan Nasional (Bn) selama ini, katanya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Belum ada di Negara ini, kerajaan memberikan 60 meter padu air secara percuma kepada rakyat, tetapi dinegeri Selangor mereka menikmatinya sehingga sekarang, begitu juga dengan pelbagai IMG-20160410-WA0186skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban masyakakat samaada yang tinggal di Bandar mahupun di kampong, katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan semasa merasmikan program Semarak Hijau 2.0 yang diadakan di Tapak Pasar Lorong 2 ParIMG-20160410-WA0182it 1 Sungai Sireh dengan pelbagai acara disediakan kepada pengunjung seperti pertandingan pewarna, tukar minyak motor percuma, gubahan showl serta penyampaian sumbangan kepada 90
orang penduduk yang berkelayakkan.

Hadir salam dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Bin Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan lain-lain.





PAS Terus Istiqamah Bantu Rakyat

13 04 2016

DSC_0118Tanjong Karang 1 Apr : Program Semarak Hijau 2.0 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan pelbagai acara yang menarik disediakan, program dimulakan dengan Solat dan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Personaliti TV9, Ustaz Mohd Zamri Zainuldin, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 tahun, ukiran buah, tukar minyak motor percuma dan kenduri rakyat.

Program tersebut yang diadakan di Perkarangan PASTI Al DSC_0144Badar Sungai Tengi Kanan, telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Di dalam ucapannya, beliau mengajak semua rakyat untuk melakukan perubahan secara menyeluruh untuk kebaikan rakyat dan Negara dengan memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Perjuangan PAS, menurutnya, sangat jelas sejak ianya ditubuhkan sehingga sekarang dengan bertunjDSC_0064angkan Islam dan bermatlamat untuk meletakkan syariat Islam berada ditempat yang tinggi.

Justeru itu, katanya, Rakyat mestilah memberikan sokongan kepada PAS supaya dapat membina sebuah Negara yang sejahtera dan menyelamatkan Negara daripada kebobbrokan sedia ada.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras DSC_0083Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan ramai lagi.

Dalam program berkenaan seramai 90 orang penduduk daripada Kampung Datuk Manan, Blok B.I dan AGH telah menerima sumbangan hamper berbentuk barangan keperluan harian.





AJK Muslimat PAS Tanjong Karang Rentung Dalam Kebakaran

5 03 2016

Tanjong Karang, 4hb Mac    :  Ahli Jawatankuasa (AJK) IMG-20160304-WA0081Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Hajah Khalijah Yahya, 55, rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Parit 2, Sungai Burong kira-kira jam 10 pagi.

Allahyarhamah yang mempunyai empat anak itu ditemui rentung hampir 80 peratus selepas terperangkap di dalam rumah.

Mangsa yang ketika kejadian berada di luar itu dikatakan masuk semula ke dalam rumah dipercayai cuba menyelamatkan dokumen penting bagaimanapun terperangkap dalam asap tebal dan meninggal dunia.

IMG-20160304-WA0094Semasa kejadian, suaminya, Haji Omar Ismail, yang juga bilal di Masjid Ar Rahmah Batu 12, tidak berada dirumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam  pada jam 10.01 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jentera bomba tiba pada jam 10.05 pagi dan ketika itu api sedang marak dan membakar hampir 60 peratus rumah.

Jenazah Allahyarhamah telah disembahyangkan di Masjid dan diimamkan oleh anak angkatnya, Ustaz Syarhan Humaizi Halim, yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor dan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 selepas solat asar.

Menurut Ustaz Syarhan, saya menerima berita melalui whatapps, saya mengenali keluarga Mak Halijah sewaktu menyertai program anak angkat sewaktu bercuti belajar pada tahun 2001

“Saya doakan semoga Mak Halijah tenang disana dan ditempatkan dikalangan para syuhada”, katanya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang.

Sementara itu, bagi Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, pula, sepanjang mengenalinya, Allahyarhamah merupakan seorang yang komited dan istiqamah dalam perjuangan.
IMG-20160304-WA0095
“Saya difahamkan beberapa hari yang lalu sewaktu Mesyuarat AJK DMP Kawasan Tanjong Karang, Allahyarhamah ada menyerah sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM400.00 kepada DMPK. Sewaktu menyerahkan duit tersebut, Allahyarhamah ada menyebut, beliau bimbang sekiranya meninggal dunia esokatau lusa, anak-anaknya tidak megetahui mengenai duit sumbangan tersebut”, katanya menziarahi jenazah Allahyarhamah di Hospital Tanjong Karang.

Antara pimpinan PAS Yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang.

Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua DMP Kawasan, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan timbalannya, Hajah Hartati Moharom, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang, Norsidah Samat.

Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Othman Ngah dan Norhidayah Parmin serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Burong, Md Yatim Mohd Said

 





Perangsang Pulangkan Keuntungan Bantu Rakyat Selangor

28 02 2016

IMG-20160227-WA0164Parit Serong, 27 Feb : Kumpulan Perangsang Selangor (Perangsang) hari ini telah berjaya mengadakan  program Perangsang Bersama Rakyat (PBR) 3.0 di Perkarangan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Serong.

Program yang pertama kalinya diadakan di kampung berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan berkenaan, Haji Mustafa Kamil Ayub.

Di dalam ucapannnya, “Mustafa berkata, Sebagai rakyat di Negeri Selangor, mereka harus merasa bertuah kerana hasil kekayaan negeri yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ataupun melalui anak-anak syarikat milik kerajaan negeri dikembalIMG-20160227-WA0123ikan semula kepada rakyat melalui program seperti ini”

“Inilah yang membezakan Kerajaan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain, yang sanggup berkongsi kekayaan dan keuntungan kepada rakyat” katanya lagi.

“Dalam program tersebut seramai seratus orang penduduk yang daripada kampung Parit Serong dan Sungai Gulang-gulang telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas beserta wang tunai sebanyak RM50 seorang” kata Penyelaras Program, Mohd Hairussalam Sujak

20160227_093049Selain itu, katanya, antara program yang turut diadakan ialah Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ustaz Mohd Noor Sahar di Masjid Nurul Iman, kampung berkenaan.

Gotong Royong Rakyat membersih Tanah Perkuburan Islam, Pertandingan mewarna, pertandingan ukiran buah dan tukar minyak hitam motor percuma juga antara program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan diakhiri dengan program kenduri rakyat yang diadakan diperkarangan balai JKKK tersebut, katanya lagi yang juga Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang.
IMG-20160227-WA0205
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Jabatan Syariah Kumpulan Perangsang, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud dan Haji Othman Ngah





JKKK Kampung Melaka Bermesyuarat di Pangkor

15 02 2016

IMG-20160213-WA0139Pangkor, 14 Feb           :           Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka telah Berjaya mengadakan Mesyuarat AJK JKKK kampong tersebut di Pangkor Bay View Resort, Pulau Pangkor.
 
Pengerusi JKKK Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari, berkata, Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang selama ini dicurahkan oleh AJK JKKK sepanjang saya diamanahkan sebagai Ketua Kampung sejak tahun 2008.
 
“AJK JKKK selama ini banyak membantu saya dalam melaksanakan segala program dan memberikan idea-idea yang baik untuk kemajuan dan kesejahteraan penduduk kampong, oleh yang demikian kami mengambil keputusan untuk mengadakan Mesyuarat AJK JKKK pada kali ini diluar daripada kampong”, katanya lagi
 
“Selain mesyuarat juga turut mengadakan perbincangan bagi melaksanakan program-program masyarakat sepanjang tahun 2016 ini seperti untuk program-program belia, wanita, keagamaan, masyarakat dan sebagainya”, kaIMG-20160213-WA0129tanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pengurus PKM  DUN Sungai Burong, Mohamad Faizal Mohamed Barja dan Penghulu Mukim Tanjong Karang 1 dan 2, Jumasri Jumin.
 
Dalam program tersebut juga, AJK JKKK turut mengadakan meraikan Jumasri yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari tersebut.





PKM Serah Mesin Oxygen Bantu Warga Emas

11 02 2016

Tanjong Karang, 11 Feb           :           Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)20160211_175632 DUN Sungai Burong hari ini telah menyampaikan sumbangan mesin oxygen kepada warga emas, Shafiai Sulaiman, 73, yang mengidap penyakit asma dirumahnya di Batu 10 Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.
 
“Pak cik telah lama mengidap penyait ini, sebelum ini setiap kali sesak nafas pakcik akan ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan, tetapi dengan adanya mesin ini yang disumbangkan oleh pihak PKM DUN Sungai Burong, memudahkan pak cik”, katanya.
 
“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini, khusunya kepada Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, dengan adanya mesin ini ia dapat membantu dan memudahkan pakcik” katanya lagi
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang.
 
Turut serta ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Hanafi Mohd Mat Dom.