PKM Lantik Pembantu Tadbir baru

29 05 2009

zwan 2Tanjong Karang, 29 Mei                             : Pembantu Tadbir (Kerani) Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Mohd Ridhwan Halimi, telah ditamatkan perhidmatan berkuatkuasa pada 1 Jun 2009 oleh Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Ekoran daripada itu PKM  DUN Sungai Burong telah melantik, Sofiah Abdul Majidpkm-sofiah, sebagai Pembantu Tadbir PKM yang baru dan telah mula bertugas sejak awal bulan Mei 2009 yang lalu.

Oleh yang demikian, segala masalah yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan PKM DUN Sungai Burong perlulah berurusan dengan Pembantu Tadbir yang baru.

Pihak PKM juga tidak bertanggungjawab terhadap segala dokumen atau apa-apa perkara yang melibatkan bekas Pembantu Tadbir yang lama selepas bulan Mei 2009.

Advertisements