Bengkel Pengurusan Strategik PASTI Tanjong Karang

6 12 2015

IMG-20151206-WA0050Tanjong Karang,6 Dis : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang telah berjaya mengadakan Bengkel Pengurusan Strategik selama tiga hari mulai pada 4 sehingga 6 Disember 2015 yang diadakan di D’ Alphine Training Centre Morib.

Peserta terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PASTI Kawasan TanjongIMG-20151206-WA0142 Karang, AJK Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tanjong Karang, Pengurus-pengurus PASTI Cawangan dan guru-guru PASTI seluruh kawasan Tanjong Karang.

Program telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Kawasan Tanjong Sepat, Ir Haji Mohd Haslin Hassan manakala perasmian penutup pula telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan TanjoIMG-20151204-WA0106ng Karang, Nor Az Azlan Ahmad.

Menurut Pengerusi PASTI Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, antara objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk merangka perancangan dan penambah baikan untuk PASTI pada tahun 2016.

Selain itu, katanya lagi, ia juga bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan diantara satu PASTI dengan PASTI yang lain. Di Tanjong Karang terdapat sebanyak 11 buah PASTI yangIMG-20151204-WA0125 diuruskan oleh cawangan-cawangan.

Oleh yang demikian dengan adanya bengkel seperti ini sekurang-kurangnya pihak PASTI Kawasan telah cuba untuk menyelaraskan kembali pengurusan tersebut, jika tidak pun berjaya sebanyak 100% sekurang-kurangnya perbezaan tersebut dapat dikurangkan, katanya lagi yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Sebabyak dua kertas kerja telah dibentangkan di dalam bengkel tersebut oleh Ketua Unit Latihan Guru & Pengurus PASTI Kawasan Tanjong Karang, Hanafi Mohd Mat Dom, yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Tanjong Karang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: