Anak Muda Disaran Membina Rumah

17 10 2015

Pulai Chondong, 17 Okt : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong, Haji Zulkifli Mamat, IMG-20151017-WA0044meminta golongan muda pada hari ini untuk berfikir bagaimana untuk membina rumah bukannya berfikir bagaimana hendak membeli rumah.

Ini kerana kos bagi membeli sebuah rumah sekarang sangat mahal dan kebanyakkan golongan muda tidak berkemampuan untuk membeli rumah disebabkan harganya yang terlalu tinggi, katanya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

BeIMG-20151017-WA0063rbeza dengan kita membina rumah dengan hanya kos yang sangat minima, tambahan pula bagi
pasangan yang baru berkahwin atau yang baru mempunyai seorang anak, mereka hanya perlu membina rumah yang sederhana dan mempunyai sebuah bilik sahaja, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Machang itu lagi.

Namun, katanya, cadangan tersebut tidak sesuai bagi golongan muda yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya memandangkan tempat tersebut tidak sesuai untuk mereka berbuat demikian.IMG-20151017-WA0068

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Kelantan itu berkata demikian sewaktu berucap dihadapan
80 orang ahli PAS daripada Tanjong Karang yang hadir bersarapan diPerpustaakan Al Fateh yang dibina berhadapan dengan kediamannya, sempena dengan Perhimpunan Fastaqim 60K yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV mulai petang sehingga malam.

Turut hadir ialah YDP & Timbalan YDP PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Ustazah Hajah Marsunah Jemain dan Setiusaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: