EXCO Kerajaan Negeri Ziarah Keluarga Guru Terkena Renjatan Elektrik

7 02 2016

IMG-20160206-WA0145Seri Tiram Jaya, 6 Feb : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi hari ini telah meluangkan masa mengunjungi keluarga guru yang telah meninggal dunia akibat daripada terkena renjatan elektrik, Mohd Farhan Mashugi, 32, pada 28 Januari lalu.

Lawatan beliau telah disambut oleh isteri allahyarham, Nor Faizun Abdul Habib, yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Datuk Manan, dirumahnya di Jalan Persatuan Kampung Seri Tiram Jaya.

11738102_1100007310013650_5255581142592809965_nAllahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia lima dan dua tahun, manakala isterinya pula sedang mengandung empat bulan. Anak sulungnya, Muhammad Fahim Zahin, adalah pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Badar Kampung Datuk Manan.

Dalam lawatan tersebut Dr Daroyah, turut melahirkan rasa simpati daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan turut menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham.

Dalam kejadian pada 28 Januari 2016 tersebut, Allahyarham bersama rakan-rakanya sedang menjalani kursus kejurulatihan bola sepak di pada Sekolah Menengan Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam, sebelum allahyarham dan rakan-rakannya berteduh di Dewan sekolah berkenaan apabila hujan turun dengan lebatnya beserta petir dan menyebabkan allahyarham yang berpakaian basah terkena renjatan elektrik pada jam 4.20 petang itu.

Dua orang rakannya yang cuba menyelamatkan, juga terkena renjatan elektrik tetapi dapat diselamatkan. Allahyarham telah dibawa ke Hospital Shah Alam, tetapi meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital pada jam 5.20 petang.

IMG-20160206-WA0064Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Timbalan Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Zainal Abidin Abdul Samad, Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Jumasri Jumin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Tiram Jaya, Ahmad Paroji Kemat.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak dan lain-lain


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: