PKM Serah Mesin Oxygen Bantu Warga Emas

11 02 2016

Tanjong Karang, 11 Feb           :           Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)20160211_175632 DUN Sungai Burong hari ini telah menyampaikan sumbangan mesin oxygen kepada warga emas, Shafiai Sulaiman, 73, yang mengidap penyakit asma dirumahnya di Batu 10 Jalan Bagan Tengkorak Tanjong Karang.
 
“Pak cik telah lama mengidap penyait ini, sebelum ini setiap kali sesak nafas pakcik akan ke Hospital Tanjong Karang untuk mendapatkan rawatan, tetapi dengan adanya mesin ini yang disumbangkan oleh pihak PKM DUN Sungai Burong, memudahkan pak cik”, katanya.
 
“Saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini, khusunya kepada Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, dengan adanya mesin ini ia dapat membantu dan memudahkan pakcik” katanya lagi
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras PKM, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang.
 
Turut serta ialah Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Hanafi Mohd Mat Dom.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: