Perangsang Pulangkan Keuntungan Bantu Rakyat Selangor

28 02 2016

IMG-20160227-WA0164Parit Serong, 27 Feb : Kumpulan Perangsang Selangor (Perangsang) hari ini telah berjaya mengadakan  program Perangsang Bersama Rakyat (PBR) 3.0 di Perkarangan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Serong.

Program yang pertama kalinya diadakan di kampung berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan berkenaan, Haji Mustafa Kamil Ayub.

Di dalam ucapannnya, “Mustafa berkata, Sebagai rakyat di Negeri Selangor, mereka harus merasa bertuah kerana hasil kekayaan negeri yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ataupun melalui anak-anak syarikat milik kerajaan negeri dikembalIMG-20160227-WA0123ikan semula kepada rakyat melalui program seperti ini”

“Inilah yang membezakan Kerajaan Negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain, yang sanggup berkongsi kekayaan dan keuntungan kepada rakyat” katanya lagi.

“Dalam program tersebut seramai seratus orang penduduk yang daripada kampung Parit Serong dan Sungai Gulang-gulang telah menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas beserta wang tunai sebanyak RM50 seorang” kata Penyelaras Program, Mohd Hairussalam Sujak

20160227_093049Selain itu, katanya, antara program yang turut diadakan ialah Kuliah Dhuha yang telah disampaikan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Ustaz Mohd Noor Sahar di Masjid Nurul Iman, kampung berkenaan.

Gotong Royong Rakyat membersih Tanah Perkuburan Islam, Pertandingan mewarna, pertandingan ukiran buah dan tukar minyak hitam motor percuma juga antara program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan diakhiri dengan program kenduri rakyat yang diadakan diperkarangan balai JKKK tersebut, katanya lagi yang juga Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang.
IMG-20160227-WA0205
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Jabatan Syariah Kumpulan Perangsang, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud dan Haji Othman Ngah


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: