Jangan Leka Dengan Kemenangan

5 02 2016

Tanjong Karang, 4 Feb : Ahli-ahli PAS diminta jangan leka dengan kemenangan yang IMG-20160204-WA0113dicapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, sebaliknya hendaklah bekerja keras mempertahankan kemenangan sedia ada disamping menambah kerusi PAS di Dewan Negeri Selangor termasuk Sungai Burong, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Ir. Haji Mohd Haslin Hassan.

Dalam PRU yang lalu PAS bertanding 20 kerusi DUN dan 7 kerusi Parlimen, dan memenangi 15 DUN serta 4 Parlimen berbanding dalam PRU sebelumnya pada tahun 2008 PAS hanya memenangi 8 kerusi DUN, katanya.

Menjadi tugas setiap penjawat awam yan20160204_222255g dilantik oleh parti seperti Ketua-ketua Kampung dan Ahli-ahli Majlis untuk memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS dalam PRU akan datang, kata Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat itu lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap semasa majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan-cawangan 2016 yang diadakan di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad dan ahli-ahli PAS seluruh kawasan Tanjong Karang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: