DHPP Mainkan Peranan Dekatkan PAS Dengan Masyarakat Cina

8 02 2016

IMG-20160207-WA0045Tanjong Karang, 7 Feb : Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada esok hari, PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong tidak ketinggalan meraikan bersama masyarakat Cina di DUN Sungai Burong dengan mengedarkan sebanyak 110 buah kotak limau ke Tokong disekitar DUN Sungai Burong.

Edaran tersebut telah dilakukan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad bersama-sama Ketua Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Tanjong Karang, Tiong Koo Yong.

IMG-20160207-WA0044“Kita sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat Cina di Tanjong Karang khususnya di DUN Sungai Burong sejak dahulu lagi. Kita bukan hanya mendekati masyarakat cina ketika hendak menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) semata-mata, tetapi setiap masa” kata YDP PAS Kawasan

“Disinilah peranan yang dimainkan oleh DHPP yang menjadi penghubung diantara PAS Kawasan Tanjong Karang dengan masyarakat Cina, DHPP banyak memainkan peranan untuk menjelaskan perjuangan PAS selama ini setiap masa sehingga PAS dapat diterima oleh masyarakat Cina”, katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Turut sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Ustazah Norhani Zaini, Haji Hanafi Mohd Md Dom, Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak dan kakitangan PKM DUN Sungai Burong.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: