Jadikan perjuangan Nabi Muhamad sebagai panduan hidup manusia

17 03 2009

Parit 4 Ban 2, 16 Mac      :               Umat Islam mestilah melaksanakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhamad S.A.W, bukan hanya menyambutnya setahun sekali apabila tiba 12 Rabiul p3140113Awal, kata Penceramah Bebas, Ustaz Dr Azhar Yaakub, semasa menjadi Ahli Panel Forum Perdana sempena Maulidur Rasul di Masjid Block P, Parit 4 Ban 2 Sungai Burong.

 

Umat Islam juga mesti mengambil iktibar dalam peristiwa Thaif semasa Nabi Muhamad hendak mengembangkan Islam. Penduduk Thaif telah bertindak menghalau Nabi dengan kejam dengan membaling baginda dengan batu sehingga Nabi cedera dan patah gigi.

 

Akhirnya Nabi telah bersembunyi disebalik bukit dan bermunajat kepada Allah dengan apa yang telah dilakukan oleh penduduk Thaif terhadapnya. Malaikat telah mendengar rintihan Nabi dan turun ke bumi bertemu Nabi dan menawarkan kepada Nabi untuk menurunkan azab kepada penduduk Thaif. Tetapi Nabi menolak tawaran tersebut.

 

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman berkata, Rasulullah S.A.W adalah merupakan model yang sempurna kepada manusia. Umat Islam wajib melaksanakan ajaran yang dibawa oleh baginda, bukan sahaja melaksanakan Syiar Islam tetapi yang lebih penting daripada itu ialah Syariat Islam yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

 

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda sebelum baginda wafat iaitu “Aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara. Selama mana kamu berpegang kepada 2 perkara tersebut kamu tidak akan sesat selama-lamanya ip3140107aitu Al-Quran dan Sunnah”.

 

Oleh yang demikian, beliau menyeru supaya setiap Umat Islam supaya membaca al-quran setiap hari sekurang-kurangnya  1 muka surat sehari. Umat Islam juga perlu mendalami majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelbagai pihak, untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam diri Umat Islam.

 

Forum Perdana sempena Maulidur Rasul yang pertama kalinya diadakan di Masjid Block P, Parit 4 Ban 2 Sungai Burong tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, dan telah mendapat sambutan yang mengallakkan daripada orang ramai terutama penduduk disekitar masjid tersebut.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen