368 Ketua Kampung Terima Surat Perlantikan

12 03 2012

Kuala Selangor, 11 Mac    :    Seramai 368 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangangor telah menerima watilah dalam perlantikan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian surat perlantikan Ketua Kampung Tradisi Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Daripada jumlah tersebut, seramai 331 orang adalah Pengerusi JKKK yang dilantik semula manakala 37 orang adalah muka baru.

Di dalam ucapannya, Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah  RM30 juta kepada setiap kampong tradisi di negeri ini khusus untuk pembangunan setempat. Selain itu Kerajaan negeri juga akan menganjurkan kursus teknologi maklumat dan komunikasi kepada ketua kampong bagi melancarkan gerak kerja dan menyenangkan urusan mereka dengan penduduk setempat.

Bagi DUN Sungai Burong, semua Pengerusi JKKK dikekalkan iaitu, Saipuddin Ismail (Parit 2 Sungai Burong), Md Abbas Mujikan (Parit 3 Sungai Burong), Esa Ramli (Parit 4 Sungai Burong), Md Yatim Mohd Said (Sungai Burong Kampong), Mad Janal Nawawi (Parit 3 Seri Gambut), Musa Hussain (Sungai Sireh), Haji Abd Basid Abbas (Kmapung Haji Razali), Haji Roslan Basri (Sungai Tengi Kiri) Ustaz Khairon Dahlan (Sungai Kajang) Hamidon Salim (Kampung Ampangan), Mohamad Tasimin Pomin (Kampung Pinang) Abdullah Najib Shaari (Kampung Melaka), Heng Seng Soo (Bangan Sungai Tengkorak) dan Lim Hock Tiong bagi Mukim Tanjong Karang 1.

Manakala Mukim Tanjong Karang 2 pula ialah Haji Mustapa Abdul Karim (Sungai Tengi Kanan Darat), Haji Juhari Satiran (Sungai Tengi Kanan Baroh), Arbany Katimin (Block AGH), Mat Tekor Jalil (Block I), Haji Sujak Arshad (Block COJ), Norzman Serin (Kampung Tok Adam) Mohamad Jamhari Kassim) Kunci Air Buang LMN dan Lim Soon Kee (Bagan Pasir) masing-masing kekal.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor, Dr Yaakop Sapari, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Khairi, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan ADUN Bukit Malawati, Muthiah Mariapilly.

Pegawai Daerah Kuala Selangor, Dato’ Haji Misri Idris, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Hajjah Noraini Roslan, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Az Azlan Ahmad, Haji Sharuddin Dahlan dan Ustaz Ahmad Alang.


Tindakan

Information

One response

8 05 2012
Ibnumusa El-Muhammady

upload entry ” Polis Yang Dikehendaki kerana mengganas dalam Bersih 3.0″ dari laman web http://anakmudamalaysia.com/

Tinggalkan komen