Wanita Hidap Ketumbuhan Dapat Perhatian Pusat Khidmat DUN Sungai Burong

30 11 2012

Parit 4, 29 Nov : Penderitaan yang ditanggung oleh Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang menghidap penyakit ketumbuhan dibahagian IMG_1269perut, bahagian belakang bahu kanan dan bawa peha kanan sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Ibu kepada dua orang anak dan tinggal di Kampong Parit Empat, Ban Tiga Sekinchan, berkata penyakit tersebut dihidapinya sejak berusia empat tahun dan ia semakin membesar terutamanya selepas dia berkahwin lapan tahun lalu.

Akibat daripada penyakitnya itu, beliau juga mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Setiap malam beliau hanya tidur kira-kira tiga jam sebelum terjaga kerana bahagian ketumbuhannya itu akan merasa kebas.

IMG_1274Berat badannya kini meningkat hamper 130kg dan berat ketumbuhannya itu sahaja dianggarkan sebanyak 60kg.

“Saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh beberapa tahun lalu dan pihak hospital memaklumkan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan kos RM50,000. Tetapi dengan pendapatan suaminya, Hassan Zakaria, 47, sebagai pengawal keselamatan sekolah di sini, tidak mampu untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga termasuk dua anak perempuannya iaitu Nurul Hasanah Sathiah dan Nurul Hasanah Faziha”

Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Burong, Norsidah Samat, berkata, kami berusaha untuk membantu keluarga Rohaya bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Kami sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Rohaya, dan akan cuba membantu dengan segera.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: