Kenduri Kesyukuran Kakitangan PKM DUN Sungai Burong Sederhana Tetapi Meriah

14 12 2008

Tanjong Karang, 13 Dis    : Majlis kenduri kesyukuran Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan dengan Fairuz Nadhirah Shariff, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri (DMP) Selangor yang di adakan di rumah pengantin lelaki telah berlangsung dalam keadaan sederhana dan meriah.

Pasangan pengantin yang tiba jam 12.30 tengahari dengan diiringi oleh keluarga pengantin perempuan telah disambut dengan meriah.

Faizal dan Fairuz telah selamat diijabkabulkan pada 28 November 2008 yang lalu di Masjid Kampung Parit Hasan, Simpang Renggam Johor selepas solat Jumaat.

Antara pimpinan yang hadir ialah AJK PAS Pusat, Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, merangkap Pengaharah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) PAS Pusat, Pengarah Jabatan IT PAS Negeri Selangor, Haji Abd Rahman Sadikin, Setiausaha JIT, Shafie Abd Wahab serta beberapa lagi AJK JIT PAS Selangor.

Selain itu pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) dan DMPN Selangor yang turut hadir ialah Bendahari DPPN, Ahmad Zaidy Abd Mutalib, AJK DPPN, Zulkarnain Abd Wahab,  Timbalan Ketua DMP, Noraini Hussein, AJK-AJK DMPN Selangor, Hajjah Kalsom Bidin, Wan Azizah Wan Abdullah dan Norlaili.

Diperingkat kawasan pula antara yang hadir ialah Pimpinan PAS Kawasan, DPP, DMP, PAS Cawangan-cawangan serta Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Tanjong Karang.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: