Bapa Pelajar PASTI Maut Terkena Renjatan Elektrik

29 01 2016

FB_IMG_1454053794473-1Tanjong Karang, 29 Jan : Malang tidak berbau, bergitulah nasib yang menimpa seorang guru dari Sekolah Menengah kebangsaan Datuk Harun (SMKDH) Tanjong Karang, Mohd Farhan Mashugi, 32, yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik sewaktu berteduh di dalam dewan semasa hujan lebat semasa menjalani latihan kejurulatihan bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 Shah Alam, pada jam 5.10 petang semalam.

Sewaktu di dalam dewan Allahyaham duduk berhampiran dengan kabel elektrik sebelum terkena renjatan, beberapa orang rakannya yang turut berada disitu cuba memberikan pertolongan, tetapi tidak berjaya. Namun dua orang rakannya yang lain berjaya diselamatkan. 20160129_094232 Allahyarham telah dibawa ke Hospital Shah Alam dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Jenazah telah dibawa pulang kerumahnya di Jalan Persatuan Kampung Seri Tiram Jaya Tanjong Karang. Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Kampung Seri Tiram Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran dengan masjid berkenaan. ne_05.1

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nur Faizun Abdul Habib, 32, yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangdaan Datuk Manan dan dua orang anak berusia lima dan dua tahun.

Ramai sahabat handai dan rakan-rakan sekerja serta pelajar-pelajar Allahyarham telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sejak dari rumahnya sehingga ke tanah perkuburan.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, berkata, “anak sulungnya,  Muhammad Fahim Zahin b. Mohd farhan, 5, adalah merupakan salah seorang  pelajar di PASTI Al Badar, Kampung Sungai Tengi Kanan.” 20160129_100803

“Bagi pihak  PASTI Kawasan Tanjong Karang, kami melahirkan rasa simpati dengan anaknya yg baru kehilangan ayah kesayangannya. Semoga adik fahim dan keluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah”, katanya yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang

“Pihak PASTI Al Badar juga akan menguruskan tabung kebajikan murid untuk membantu adik fahim”, katanya lagi yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: