Ahli Majlis Baru Komited Bantu Majukan Daerah Kuala Selangor

22 01 2016

DSC_4152

Kuala Selangor, 22 Jan : Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang baru dilantik bagi sesi 2016 / 2017, Muhamad Jafaruddin Bin Sheikh Daud, mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan dan Negeri kerana diberi kepercayaan untuk mengalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bagi sesi kali ini.

“Sebagai Ahli Majlis yang baru, saya akan cuba melaksanakan tugas dengan sebaiknya dan akan memastikan melaksanakan visi dan misi MDKS tercapai dan memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan akan memuaskan rakyat selari dengan moto MDKS “Indah dan Bersejarah” , katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Bagi Penolong Setiausaha 1 PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Othman Bin Ngah, pula berharap akan mendapat kerjasama daripada DSC_4146semua pihak untuk melaksanakan tugas sebagai Ahli Majlis. Ini adalah merupakan satu amanah yang berat, tanpa kerjasama semua pihak kita tidak akan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan untuk memberikan khidmat yang berkesan kepada rakyat.

Sebagai Ahli Majlis yang baru juga, kami komited untuk sama-sama membantu MDKS dalam menambah baik pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam untuk keselesaan rakyat disamping meningkatkan kualiti perkhidmatan MDKS, sekaligus ia akan dapat meningkatkan taraf Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada masa akan datang, katanya lagi.

Mereka ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan sebagai Ahli Majlis, MDKS bagi sesi 2016/ 2017 di Bilik Mesyuarat MDKS.

DSC_4200

Bagi sesi kali ini seramai Sembilan orang muka baru dilantik sebagai Ahli Majlis MDKS terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, manakala selebihnya dilantik semula termasuk seorang daripada Amanah.

Antara muka baru daripada PAS ialah Naib Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Selangor, Ustaz Mohd Noor Bin Sahar, Rosham Bin Mohammad dan wakil Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP), Anandan A/L Damodaran.

Manakala Timbalan YDP PAS Kuala Selangor, Haji Mohd Fakaruddin Ismail dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Tanjong Karang, Norhidayah Parmin dikekalkan bagi sesi kali ini.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: