Lapan Puluh Orang Peserta Terima Cek Skim Hijrah

29 01 2016

20160129_103934Tanjong Karang, 29 Jan : Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat daripada lahir sehinggalah meninggal dunia tanpa mengira fahaman politik, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, sewaktu merasmikan program penyampaian Skim Hijrah kepada lapan puluh orang peserta daripada DUN Sungai Burong.
20160129_110508
Bagi anak-anak yang baru lahir kerajaan negeri menyediakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), untuk anak-anak pra sekolah yang ibubapanya berpendapatan RM3,000.00 kebawah ada Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), katanya lagi yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Manakala bagi anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti, mereka diberikan hadiah sebanyak RM1,000.00, begitu juga sekiranya mahu mendirikan rumah tanggah kali yang pertama mereka diberikan sebanyak RM500.00, ujarnya.

Untuk warga emas yang berusia 60 tahun keatas, mereka diberikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), yang mana apabila seseorang warga emas tersebut meninggal dunia, waris mereka diberikan sebanyak RM2,500.00.
20160129_111245
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengurus PKM DUN Sungai Burong, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka, Abdullah Najib Shaari dan Ketua PAS Cawangan Batu 10, Haji Othman Shamsudin.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: