Kerajaan Selangor Jaga Kebajikan Rakyat Sejak Lahir

21 11 2015

IMG-20151120-WA0116Sungai Gulang-gulang, 20 Nov    : Kerajaan Negeri Selangor telah banyak memberikan kemudahan bagi membantu rakyat di Negeri Selangor tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya. Antaranya ialah seperti program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan sebagainya, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nor Az Azlan Ahmad.

Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sejak tahun 2008 mengambil berat soal kebajikan penduduk sejak dari awal kelahiran sehingga meninggal dunia, sebagai contoh anak-anak kelahiran Selangor diberikan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), IMG-20151120-WA0114bagi pra sekolah diberikan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi kanak-kanak yang ibubapanya berpendapatan RM2,500.00 kebawah, katanya lagi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.

Bagi anak-anak yang telah berjaya menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Awam dan Swasta (IPTA/S) mereka diberikan ganjaran sebangan RM1,000.00 begitu juga bagi anak muda yang mahu mendirikan rumah tangga kali pertama diberikan insentif sebanyak RM500.00, katanya lagi

Manakala bagi warga emas yang telah berumur 60 tahun keatas layak didaftarkan melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE), yang mana manfaatnya, jika warga emas tersebut meninggal dunia warisnya akan diberikan sebanyak RM2,500.00.

IMG-20151120-WA0088Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Mamba’ul Huda Sungai Gulang-gulang, yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung tersebut.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gulang-gulang, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, yang juga Pengerusi PASTI Kawasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Setiausaha PASTI Kawasan dan Ketua PAS Cawangan Sungai Gulang-gulang, Haji Chamsari Kasaman


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: