PAS Tetap Berjuang Diatas Dasar Islam

23 11 2015

Seri Gambut, 22 Nov    :    Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS (DMP) Malaysia, Ustazah Hajah Wan Hasrina 20151122_220444Wan Hassan, berkata, PAS tetap berdiri teguh diatas dasar dan prinsip Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS. Sejak daripada penubuhan PAS sehingga sekarang cita-cita PAS untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia tidak pernah berganjak sehingga sekarang.

Setiap Umat Islam hendaklah yakin bahawa kemenangan adalah milik Allah, oleh itu jangan kita mudah menggadaikan prinsip perjuangan kita semata-mata untuk mencapai kemenangan dengan mudah, katanya yang juga Ketua DMP Negeri Selangor.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah, pula berkata, 20151122_225350Tindakan PAS untuk berkecuali semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Parlimen baru-baru ini adalah kerana demi untuk kepentingan rakyat.

Ini kerana, katanya, RUU Perbekalan ataupun Bajet adalah melibatkan antaranya gaji kakitangan awam. Cuma kita bayangkan seandainya Bajet tersebut ditolak bagaimana kerajaan hendak membayar gaji kepada kakitangan awam pada tahun hadapan? Soalnya.

Siapa dikalangan tuan-tuan atau puan-puan yang bekerja tetapi tidak mahu menerima imbuhan ataupun gaji?. Sebab itulah PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan matang mengambil sikap berkecuali semasa Bajet 2016 di Parlimen baru-baru ini, katanya lagi yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.

Penjelasan tersebut dibuat semasa program penjelasan isu semasa sempena program Semarak Hijau yang diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut.

Dalam program yang sama juga seramai 20 orang penduduk kampong telah diberikan sumbangan berbentuk barangan asas dan telah disampaikan oleh Ustaz Shafie
IMG-20151122-WA0397
Hadir sama didalam program tersebut ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud, Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Mohamad Azman Abdul Azis, Bendahari PAS Kawasan, Haji Roslan Jamaluddin dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan, Norsidah Samat, Sri Rahayu Chamsari, Norazman Serin dan lain-lain.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: