Kerajaan Selangor Nafi Naikan Tarif Air Tahun 2016

23 11 2015

IMG-20151122-WA0155Batu 12, 22 Nov    :    Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat di negeri ini, yang sangat terbeban dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, oleh itu Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, semasa membentangkan belanjawan 2016 telah bersetuju antaranya menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada RM1,300.00 kepada RM1,500.00 pada tahun hadapan, kata Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

Mengenai khabar angin yang mengatakan tarif air akan dinaikan pada tahun hadapan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor  itu menafikan dakwaan tersebut.

“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah berhasrat untuk menaikkan tarif air seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, oleh itu berita tersebut adalah palsu dan bersifat IMG-20151124-WA0104khabar angin semata-mata”, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Bangi

Beliau berkata demikian sewakti berucap merasmikan  program Semarak Hijau yang diadakan di Perkarangan Masjid Ar Rahmah Batu 12 Sungai Burong anjuran PAS Kawasan Tanjong Karang.

Dalam program tersebut pelbagai program telah diadalah seperti kelas ukiran buah oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Program tukar minyak motor percuma yang dikendalikan oleh Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP), Gotong –royong bersama masyarakat setempat dan penyampaian sumbangan kepada IMG-20151122-WA0027golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam program yang sama Shafie turut berkesempatan menziarahi beberapa orang penduduk yang uzur serta menyampaian sumbangan kepada mereka dan diiringi oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Ketua DPP Kawasan, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud dan Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo,  Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis, yang juga Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Haji Mohd Sa’ad Bakar, Md Yatim Mohd Said, Mad Janal Nawawi, Norazman Serin dan Abd Wahab.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: