11 Orang Pelajar SRA Block P peroleh Mumtaz dalam PSRA

19 11 2015

Tanjong Karang 18 Nov  : Sekolah Rendah Agama (SRA) Block P Sawah Sempadan telah mencatat seramai 11 orang IMG-20151118-WA0104pelajarnya memperolehi keputusan Jayyid Jiddan (Cemerlang) bagi Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun 2015.

Manakala 15 orang pelajar mendapat keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 6 orang mendapat Jaid (Baik) dan 8 orang Makbul (Lulus).

Keputusan itu diumumkan semasa majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SRA Block P Sawah Sempadan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan IMG-20151118-WA0110Ahmad.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Block DKPV, Norazman Serin, yang juga Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Block P Sawah Sempadan.

Turut hadir ialah Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon 1A Tanjong Karang, Mohamad Azman Abdul Azis dan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.IMG-20151118-WA0070

Dalam majlis tersebut 11 orang pelajar yang memperolehi Mumtaz telah diberikan  sumbangan sebanyak RM100 dan disampaikan oleh Nor Azlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong.

Keputusan keseluruhan calon PSRA yang memperolehi mumtaz bagi daerah Kuala Selangor pada tahun 2015 telah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun ini seramai 589 orang calon telah mendapat Mumtaz berbanding 359 pada tahun 2014


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: