Program Semarak Hijau Mendapat Sambutan Yang Menggalakkan Daripada Orang Ramai

23 11 2015

Tanjong Karang, 22 Nov    :     Program SemaIMG-20151122-WA0278rak Hijau yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Tanjong Karang yang berlangsung selama sehari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.

Program yang dimulakan sejak awal pagi bermula dengan program Sarapan Pagi bersama pIMG-20151122-WA0282enduduk yang diadakan di Kampung Sungai Sireh, kemudian di Kampung Sungai Burong yang diadakan di Perkarangan Masjid Ar Rahmah Batu 12 Sungai Burong.

Di Masjid Ar Rahmah, anatra program yang diadakan ialah program gotong –royong membersihkan persekitaran masjid, gubahan buah, pertandingan mewarna, program tukar minyak hitam percuma dan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) serta penyampaian sumbangan kepada penduduk kurang berkIMG-20151122-WA0386emampuan dan telah disampaikan oleh Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Shafie Ngah.

Manakala pada waktu petang, program yang sama telah diadakan di perkarangan masjid Darus Solehen. Pada waktu petang antara program diadakan ialah gubahan tuala, tukar minyak hitam percuma, pertandingan mewarna dan penyampian sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.
IMG-20151122-WA0384
Selain itu, program penjelasan isu semasa dan dialog antara pemimpin dan masyarakat turut diadakan. Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Hajah Wan Hasrina Wan Hassan, yang juga Ketua DMP Negeri Selangor.IMG-20151122-WA0298

Pada waktu malam pula ceramah penjelasan isu-isu semasa telah diadakan di perkarangan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Gambut, Mad Janal Nawawi, juga oleh Ustaz Shafie Ngah dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: