Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang Berlangsung Dengan Meriah

15 11 2015

Tanjong Karang, 14 Okt : Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dengan pembangunan modal insan dengan IMG-20151114-WA0060memberikan pelbagai inisiatif kepada pelajar di Negeri Selangor, kata Timbalan Speaker DUN Selangor, Ustaz Shafie Ngah.

Bagi pelajar pra sekolah seperti di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerajaan negeri Selangor telah memberikan insentif sebanyak RM50.00 kepada pelajar melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang ibubapanya berpendapatan RM2,500.00  kebawah.
IMG-20151114-WA0024
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Tanjong Karang kali ke 13 yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Dalam majlis tersebut seramai 220 orang belajar PASTI berusia enam tahun daripaIMG-20151114-WA0031da 11 buah PASTI di Kawasan Tanjong Karang, yang telah menamatkan pelajaran bagi sesi 2015 telah menerima sijil masing-masing.

Sementara itu dua orang pelajar pelajar telah diberikan anugerah sebagai Pelajar Cemerlang 2015 bagi seluruh PASTI Kawasan Tanjong Karang, iaitu Nor Husnina Sanusi (bagi kategori 5 tahun) dari PASTI al Ikhlas Kampung Parit 4 dan Muhammad ‘Atif Sazali (kategori 6 tahun) dari PASTI An Najah Kampung Sungai Yu
IMG-20151114-WA0149
Bagi kategori Guru Cemerlang 2015, Sutirah Abdullah dari PASTI Al Ikhlas Parit 4 Sungai Burong telah dipilih dan menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai dan telah disampaikan oleh Ustaz Shafie Ngah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Hadir sama dalam majlis gilang gemilang tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheik Daud.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: