Rumah Hangus Terbakar : Warga Emas Selamat

18 11 2015

IMG-20151119-WA0068Parit 3, 18 Nov : Berpantang maut sebelum ajal, begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas apabila rumah yang didiaminya terbakar sewaktu beliau sedang berehat pada waktu tengahari.

Turinah Jono, 79, bernasib baik kerana tersedar semasa api mula marak dari salah sebuah bilik dirumahnya, beliau cuba memadamkan api tersebut dengan menggunakan bekas air, namun tidak berjaya kerana api marak dengan begitu cepat dan beliau keluar daripada rumahnya melalui pintu dapur untuk  menyelamatkan diri.IMG-20151119-WA0069

Beliau yang tinggal berdua bersama salah seorang anaknya, hanya bersendirian dirumah kerana anaknya tiada dirumah sewaktu kejadian.

Semua dokumen penting dan barangan rumah hangus terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Sewaktu pasukan bomba dan penyelamat tiba rumah makcik sudah hangus kerana api marak dengan begitu IMG-20151119-WA0074cepat, katanya sewaktu ditemui dirumah anaknya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

Simpati dengan nasib yang menimpa beliau sekeluarga, PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Nor Az Azlan Ahmad dan Pengerusi Briged Kebajikan Tanjong karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja, tampil memberikan bantuan barangan asas makanan dan wang ringgit untuk meringankan beban beliau.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan, Esa Ramli, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Norsidah Samat dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Burong, Mislihah Sekak.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: