PAS Kawasan Edar Bubur Lambuk Percuma di Bazar Ramadhan

15 08 2012

Tanjong Karang, 14 Ogo    :    Sebagaimana sambutan ramadhan tahun-tahun sebelumnya, PAS Kawasan Tanjong Karang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong dan Ahli Majlis Zon 1D, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menganjurkan program penyampian bubur lambuk secara percuma untuk orang ramai di Bazar Ramadhan Tanjong Karang.

Ahli Majlis MDKS zon 1D, Mohd Faizal Mohd Barja, berkata, pada tahun ini sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk disediakan kepada orang ramai yang hadir membeli juadah untuk berbuka puasa. Selain bubur lambuk, orang ramai turut diberikan buah kurma, air kotak serta risalah penerangan isu-isu semasa daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, katanya, kad ucapan sempena dengan hari raya daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Pegawai Penyelaras DUN SungaI Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang turut diedarkan kepada orang ramai dan peniaga di bazaar ramadhan.

Alhamdulillah, sambutan daripada masyarakat sangat menggalakkan setiap tahun, ini menunjukkan sokongan masyarakat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bertambah baik dan semakin mendapat sambutan, katanya lagi yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor.

Hadir sama dalam program kali ini ialah, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman dan Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad yang juga Ahli-ahli Majlis, MDKS, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan, Muhd Jafaruddin Sheik Daud dan Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf serta lain-lain pimpinan PAS Kawasan.

Lebih menarik lagi program kali ini, selain pimpinan PAS turun mengedarkan bubur lambuk di bazar ramadhan, kami juga turut mengedarkan bubur lambuk dari rumah ke rumah, lokasi yang dipilih pada kali ini ialah di perkampungan desa kasih, yang menempatkan perkampungan golongan fakir miskin yang terletak di Sungai Kajang.

 

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan komen