Pelbagai Kaum Hadir Rumah Terbuka PAS Tanjong Karang Tanda Sokongan

26 08 2012

Tanjong Karang, 25 Ogos    :    Pelbagai kaum telah menghadiri rumah terbuka PAS Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong yang diadakan di perkarangan pejabat mulai jam 2.00 petang sehingga 5 petang, kata Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo

Pada tahun ini kami mengamalkan konsep secara sederhana tetapi meriah, oleh itu, PAS Tanjong Karang telah mengambil keputusan untuk menyediakan juadah rumah terbuka pada kali ini secara gotong royong. Dua ekor lembu telah disembelih dan dimasak gulai kawah disamping beberapa menu tambahan untuk orang ramai, katanya yang juga Pegawai Penyelas DUN Sungai Burong.

Kehadiran orang ramai telah disambut oleh pimpinan PAS Kawasan dan Ketua-ketua Kampung mulai jam 2,00 petang sehingga 5.00 petang. Disamping itu, pimpinan PAS Kawasan dan masyarakat turut diberikan peluang untuk mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada hadiri yang hadir.

Turut hadir dan memberikan ucapan ialah ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, Ketua PKR Cabang Tanjong Karang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri yang juga Pegawai Penyelaras DUN Permatang. Selain itu, Timbalan YDP PAS Kawasan, Drs Mohamad Rashdi Deraman, Naib YDP, Haji Misran Serman, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat, Muhd Jafaruddin Sheik Daud, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, antara pimpinan PAS Kawasan yang turut memberikan ucapan

Manakala pimpinan masyarakat yang turut hadir ialah Bekas YDP PAS Kawasan, Ustaz Musa Mohamad, Ahli-ahli Majlis, MDKS, Nor Faizal Ismail, Lee Boon Hong, Ng Kok Guan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang juga antara yang turut hadir.

Dengan kehadiran ramai dikalangan orang cina dan india selain orang melayu di rumah terbuka pada kali ini, menunjukkan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS  semakin meningkat. Hari Raya bukan sahaja disambut oleh Umat Islam bahkan orang bukan Islam turut meraikan bersama-sama, katanya lagi.