Jom Shopping Ringankan Beban Menjelang Hari Lebaran

10 08 2012

Alam Jaya, 9 Ogo     :    Warga emas di negeri Selangor mesti berasa beruntung tinggal di negeri ini kerana Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) sejak tahun 2008 telah banyak melaksanakan pelbagai program untuk golongan warga emas yang berusia 60 tahun ketas, kata, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Untuk golongan warga emas yang telah mendaftar melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan berumur 60 tahun ketas, waris mereka akan diberi RM2,500.00. Selain itu mereka juga turut diberikan voucer sebanyak RM100 melalui program jom shopping, katanya yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Tanjong Karang.

Rakyat dinegeri Selangor tidak akan menikmati semua ini sekiranya negeri ini masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional (Bn). Ini terbukti apabila mereka telah memerintah negeri ini selama lebih 50 tahun, tetapi rakyat menerima limpahan kekayaan negeri ini, ujarnya lagi.

Tetapi setelah lebih 4 tahun Kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh PR sejak tahun 2008 rakyat negeri ini telah banyak menikmati kemudahan seperti pemberian 20 meter padu air secara percuma setiap bulan, bagi anak-anak yang berjaya menyambung pelajar di IPTA/S mereka diberkan hadia sebanyak RM1,000.00 daripada Kerajaan Negeri Selangor, ujarnya lagi.

Dengan adanya program jom shopping ini, ujarnya, sekurang-kurangnya dapat meringankan golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan harian, terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu program Jom Shopping yang diadakan di Econsave Alam Jaya. Kali ini seramai 100 orang peserta menyertai program tersebut bagi DUN Sungai Burong. Lebih memeriahkan lagi Jom Shopping kali ini turut disertai oleh peserta daripada DUN Permatang

Hadir dalam program tersebut ialah Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Faizal Mohd Barja, Nor Faizah Ismail, Jegathesan A.L Subramaniam, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Azahari Marzuki, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Haji juhari Satiran dan lain-lain

 

 

 


Tindakan

Information

Tinggalkan komen