Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Dapat Perhatian Serius Kerajaan Selangor

6 01 2013

Tanjong Karang, 5 Jan    :     Negeri Selangor adalah merupakan sebuah negeri yang63771_412980928778260_1634920471_n menacatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, oleh yang demikian Kerajaan Negeri amat sedar tentang pentingnya perkembangan ilmu memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan ekonomi  dan Pembangunan Modal Insan dapat berkembang dengan seiring, Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali

Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah melakukan pelbagai cara untuk melahirkan generasi yang menjadi idaman dan pemimpin pada masa akan datang, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selat Klang.

206189_413346522075034_1149566899_nAhli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) itu juga berkata, Pelbagai bantuan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pendidikan di Selangor seperti bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM6 juta, Sekolah Menengah Jenis  Kebangsaan sebanyak RM2 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India masing-masing diperuntukkan RM4 juta melalui sebagaimana belanjawan Negeri Selangor 2013.

Selain itu bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kerajaan Negeri juga turut memberikan tuisyen percuma bagi keluarga yang berpendapatan rendah iaitu Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah dimulakan sejak tahun 2009 lagi, katannya lagi yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat.

537895_413365068739846_2142060659_n
Manakala yang terbaru ialah Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang dimulakan sejak akhir tahun 2012. Melalui program ini pelajar-pelajar pra sekolah yang belajar di pra sekolah yang berdaftar dibawah Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) dan ibubapa yang berpendapatan RM1,500 kebawah berhak untuk menerima pendidikan percuma dengan mengisi borang yang disediakan.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di Mini Karnival Jelajah TUNAS Selangor 2012 Daerah Kuala Selangor yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.


Tindakan

Information

Tinggalkan komen