Sungai Burong Tuan Rumah Mini Karnival Jelajah TUNAS Selangor 2012

6 01 2013

1996_412981425444877_1079800777_nTanjong Karang, 5 Jan    :    Mini Karnival Jelajah TUNAS Selangor peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Hajah Halimah Ali.

Daerah Kuala Selangor adalah daerah keenam yang mengadakan program TUNAS tersebut, dalam program tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan mewarna, persembahan pelajar, senam robik dan “15 Minute Reading Breake”.

Pelajar dan ibubapa juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada bekas vokalis kumpulan UNIC, Hafiz Hamidon dan perunding motivasi, Ustaz Akhwan Afandi, yang turut memberikan motivasi kepada peserta yang hadir.
74578_412967775446242_281072348_n
Beberapa agensi Kerajaan Negeri turut mengadakan pameran semasa program tersebut seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mikrokredit, selain gerai jualan buku daripada PTS, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Kuala Selangor dan sebagainya.

Dalam majlis tersebut seramai 171 orang pelajar pra sekolah dari lima DUN di Daerah Kuala Selangor telah menyertai program tersebut iaitu Sungai Burong (75 orang), Permatang (23 orang), Bukit Malawati (28 orang), Jeram 37 (orang) dan Ijok (8 orang).

385368_412971478779205_1165919681_nHadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Pegawai Penyelaras DUN Jeram, Muhd Rashid Kassim, Pegawai Penyelaras DUN Permatang  Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Pengurus DUN Ijok, Haji Abd Rahman Moharam, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhamad Jaafaruddin Sheik Daud, Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1A dan 1D Tanjong Karang, Abd Malek Abdul Majid dan Sharan Mohd Salleh.

Manakala Norazman Serin, Haji Sujak Arshad, Mad Janal Nawawi,  Saipuddin Ismail, Ustaz Hairon Dahlan Musa Hussein, Esa Ramli, Haji Mustapa Abd Karim, Haji Juhari Satiran, Haji Miskon Misani, Tasimin Pormin, Mat Tekor Jalil dan Md Yatim Mohd Said adalah antara Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang hadir.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: