Jom Shopping Sempena Tahun Baru Cina

29 01 2013

Alam Jaya, 27 Jan    :    Sekali lagi seramai 110 orang warga emas dari DUN Sungai Burong428224_423277401081946_909031338_n telah terpilih untuk menyertai program Jom Shopping yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui Skim  Mesra Usia Emas (SMUE) di Econsave Alam Jaya.

Program pada kali ini turut disertai oleh warga emas terdiri dari kaum cina sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Rata-rata masyarakat cina yang ditemui sangat gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini, selain mereka rasa dihargai dengan menyertai program ini, kata Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Lee Bon Hong

555370_423277407748612_1987532192_njuga harap dengan program ini, dapat menggembirakan mereka terutamanya sempena dengan Tahun Baru Cina. Program ini membuktikan kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dapat memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat, katanya lagi yang juga Timbalan Ketua DAP Tanjong Karang

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Seri Gambut, Md Janal Nawawi dan Sungai Tengi Kanan Darat, Haji Mustapa Abdul Karim, Pengerusi Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) Ah Yong dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.