AJK PAS Kawasan Antara Penerima Pingat PJK Pada Tahun Ini

18 08 2016

Shah Alam, 17 Ogo : Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Jinal Ariffin,ajk-mohamad03 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bestari Jaya adalah antara 123 orang penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah kali ke70 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dalam majlis yang sama, baginda turut menganugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S).

Sementara itu, Mohamad, yang juga Ketua PAS Cawangan Berjuntai Tin, melahirkan rasa syukur atas kurniaan tersebut dan akan terus berusaha untuk berkhidmat membantu rakyat pada masa akan datang.

Pengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Cawangan Al Bestari itu juga adalah merupakan penerima tunggal daripada PAS Kawasan Tanjong Karang pada tahun ini.

PAS Kawasan Tanjong Karang mengucapkan tahniah kepada beliau atas kurniaan pingat PJK tersebut dan berharap agar beliau terus memberikan perkhdimatan yang terbaik kepada masyarakat pada masa akan datang, kata Yang Dipertuanya, Nor Az Azlan Ahmad.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: