Rumah Terbuka PAS Tanjong Karang Meriah

19 07 2016

IMG-20160717-WA0170Tanjong Karang, 17 Julai : Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri Selangor (DNS) Kawasan Sungai Burong berjalan dengan lancar dan meriah bermula jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang.

Pelbagai hidangan disediakan kepada orang ramai ialah seperti kambing bakar, nasi minyak, rendang daging, pecal, soto dan laksa serta kuih muih.IMG-20160717-WA0083

Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Lee Boon Hong dan wakil PKR Tanjong Karang, Hasan Sani serta Dayang Suhana Jaafar.

Sementara itu Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pegawai Penyelaras PKM DNS Sungai Burong, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan rumah terbuka pada kali ini dan mengharapkan supaya seluruh rakyat terus IMG-20160717-WA0218memberikan sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Antara pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang yang hadir ialah, Timbalan YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Mohd Maskuri Mardzuki, Ketua Urusan ‘Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Kawasan, Ustaz Haji Mohd Shaaban Sujak, Muhamad Jafaruddin Sheikh Daud, Tiong Koo Yong.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: